Sijil Halal Segera Jakim – Hanya 63 Hotel Tersenarai Setakat Ini

Reading Time: 2 minutes

Terbaca kat Kosmo malam tadi masa singgah 7-Eleven, Jakim nak percepatkan pensijilan halal restoren-restoren di hotel yang menyediakan buffet Ramadhan. wow.. Bila baca tajuk berita macam tu, aku rasa macam.. macam ada something pulak. Yelah kat Malaysia ni (atau mana-mana pun kat dunia) memang ada orang yang suka ambil kesempatan bila ada sesuatu yang nak disegerakan macam ni..

Bila cakap pasal bulan puasa, potensi untuk buat duit bertambah-tambah terutamanya kepada peniaga makanan. Aku boleh cakap sebab aku pernah la berkecimpung dalam perniagaan makanan masa bulan puasa ni. Pelik kan.. bulan orang tak makan adaah bulan yang paling lumayan untuk buat duit dengan menjual makanan. Pelik tapi benar. Itulah nafsu manusia sebenarnya dan aku pun tak terkecuali, aku enjoy makan time puasa ni. Macam-macam ada dijual di pasar ramadhan.

Daripada peniaga kecil-kecilan kepada hotel besar-besar lima bintang yang selama ni ada menyediakan makanan dan minuman yang tidak halal (bukan semua), semua buat duit lebih masa bulan puasa ni. Hotel dapat buat duit melalui majlis buka puasa yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang korporat untuk pekerja dan eksekutif mereka. Kadang-kadang kementerian atau pejabat kerajaan pun ada buat sekali. Untung besar-besaran..

Jadi bila dah melibatkan untung besar macam ni, aku harap sangatlah pensijilan halal ‘segera’ ni tak dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan. Pada sesetengah orang, mereka akan cakap this is business manakala orang yang bakal menerima pula menganggap sebagai pengeras untuk bekerja lebih pantas atau lebih teruk lagi menutup sebelah mata. Harap dijauhkanlah daripada semua ni kan dan pensijilan halal tu boleh dilakukan dengan telus.

Pelik la, kita ada 11 bulan dalam setahun, tapi last-last minute baru nak kecoh macam ni. Salah siapa? Salah Jakim sebab lembab buat kerja atau salah hotel yang baru nak apply? Boleh ke Jakim menyelesaikan tugas mengesahkan status kehalalan beratus buah restoren di hotel seluruh Malaysia dalam masa 2 minggu ni?

Harap semuanya berjalan lancar dan halal.

Bacaan lain:


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Sijil Halal Segera Jakim – Hanya 63 Hotel Tersenarai Setakat Ini”

  1. KNizam Avatar

    mcd islamabad pun ada sijil halal jakim woooo hehe :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      perghh. Biar betul? hebat ah macam tu

  2. […] kecekapan sehingga kami pengguna Islam selesa untuk memenuhi premis anda. Ramadhan kian dekat pasti status halal buffet ramadhan di hotel dan restauran juga menjadi keutamaan umat islam.Firman Allah yang bermaksud: “Makanlah apa yang telah […]

  3. dayah Avatar

    mmg meragukan. risau,jgn mkn kopitiam trus….enjoy2 mkn halal

  4. nursarah Avatar

    erm, yang ada sijil halal pun masih ada bunyi2 keraguan. entahlah. huhu

  5. klcitizen Avatar

    hotel2 tersebut tidak merasakan keperluan untuk memohon sebab orang Islam masih makan di situ walau pun tiada sijil

  6. fyzal Avatar

    ni pun kategori kerja last minute gak ni. tp betul la macam bro kata, time bulan puasa ni lagi byk untung yg peniaga nk buat, padahal masa time berbuka tu, minum air 2,3 gelas pun dah kenyang.

    peniaga untung, pembeli pulak membazir. ish ish ish.

  7. amar haziq Avatar

    beberapa bulan lepas..d’org bising pasal status halal kopitiam kat msia yang makin berkembang macam cendawan tumbuh selepas hujan..
    haih..macam2
    malaysia oh tanah airku!

  8. Nadri Avatar

    rata2nya hotel2 yg terkemuka tak tersenarai dalam list JAKIM..byk hotel yg pernah aq stay atas urusan kerja tak tersenarai..mmg dalam dilema nie..diharap pengurusan hotel kena peka atas isu HALAL nie…

  9. denaihati Avatar

    Ramai yg marah JAKIM tetapi tak ramai yg tahu bahawa tiada peruntukan undang yg membolehkan JAKIM serbu hotel atau restauran yg tak ada sijil halal. JAKIM hanya boleh serbu lokasii yg dah ada sijil HALAL sahaja samada mereka patut atau tidak dgn syarat.

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. tapi betul gak, jakim memang tak boleh serbu premis yang takde sijil halal ni. Cuma apa yang boleh dibuat, hebahkan jelah tempat ni takde sijil halal yang sah. Selebihnya bergantung pada umat islam sendiri la nak memilih apa yang terbaik untuk mereka

  10. Lord Zara Avatar

    Harap tiada hotel atau mana2 premis perniagaan yang menagguk di air keruh.
    Bayangkan aku masa belajar di universiti sangat suka makan sushi dari satu francais tu~

    tapi, last year aku dapat tau yang sushi tu tak halal~
    takde pengesahan JAKIM. Make me wonder, logo2 halal yang bertampalan tu dari siapa plak?
    :(

    skrang dorang ada bukak outlet kat tempat aku.
    yes, I just can see it, tapi tak bleh makan.
    :(

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh. ni sushi apa? macam terkenal je..

  11. Miro Avatar

    yup, harap semuanya lancar…isu halal haram ni bukan perkara kecik…