Setelah mendapat tidur yang tak berapa lena, akhirnya sampailah masa untuk berlepas ke Cambodia. Destinasi yang dituju adalah Siem Reap. Siem Reap ni bermaksud “kekalahan Siam” dalam bahasa di sini dan dinamakan atas sebab dulu Siam (Thailand) pernah kalah perang di sini. Jadi melekatlah nama tersebut yang memalukan Thailand sehingga sekarang.
Sampai je di airport, kami disambut oleh Hj Musa dan beberapa wakil dari Koperasi Islam Cambodia. Hj Musa ni kadi kat sini, jadi kalau sesiapa nak buka cawangan baru di Cambodia, bolehlah jumpa Hj Musa. Kos perkahwinan dengan orang sini adalah murah iaitu sekitar US$2000 je.
Kat sini, mode of transport yang utama adalah motosikal. Tapi motosikal tu dimodifiedkan dengan supaya kapasiti dia jadi macam kereta. Menjimatkan. Minyak kat sini mahal ye, kalau tak silap sekitar US$1.30.
Walaupun negara miskin, mat rempit Malaysia lebih bawah tarafnya berbanding orang biasa kat sini. Kat sini orang biasa pun pakai helmet full face dan kalau letak kat luar, tak payah takut kena curi pun.
Apparently hanya penunggang motosikal yang perlu pakai helmet. Pembonceng tak perlu walaupun kadang-kadang sampai empat pembonceng. Kat sini sebuah keluarga satu motosikal pun cukup dah.
Ada beberapa kedai halal di Siem Reap. Salah satu daripadanya adalah D’ Wau yang memang dah popular di sini. Selain tu ada kedai makan di masjid, dan sebuah lagi restoren yang tak sempat dilawati, D’ Halal Cafe.
Siem Reap adalah sebuah bandar pelancongan dan pertanian. Bandar ini adalah pintu masuk ke Angkor Wat. Selain tu, tasik Tonle Sap boleh dilawati dari sini.
Pemandangan malam sekitar bandar Siem Reap. Yang membuatkan bandar ini hidup ialah pelancong yang rata-ratanya datang dari US dan Russia. Yes. Sini bersepah pelancong dari Russia.
Hari pertama kami di sini diakhiri dengan sesi mengurut di night market. Harga serendah US$8/jam dikenakan untuk perkhidmatan ini. Macam murah. Murah ke? Tapi gambar urut tak perlulah ditunjukkan di sini kan.. ish korang ni..










Bestnyer.. Boleh kenal negara orang..
Kabel elektrik diorang sama macam kat thailand.. Berserabut..
Entri terbaru Nurul >> Wordless Wednesday : Berangan jadi Artis
kak sha mmg suka tempat2 exotik cam ni… tempat lain yg kak sha teruja is bhutan dan nepal. tapi tu masa bujang dulu lah.. hmmmm
Entri terbaru sha >> Nestle 100 Years l My Incredible Stories
jauh tu kak. Kos tinggi
helmet fullface selamber jer taruk camtu? mesti pemilik motor tu otai kat situ kut.hehe..
teringin pergi Cambodia, tidak pernah kesana
Entri terbaru donnyien >> Wordless Wednesday # Air Terjun Langanan Poring Ranau
Gambar lelaki kacak tak muncul pun hehe, x pernah kesana, teringin juga tengok pemandangan2 menarik dsana sambil cuci mata =D
Entri terbaru donnyien >> Wordless Wednesday # Air Terjun Langanan Poring Ranau
menarik!
agak-agak kalau buat motor macam tu kt malaysia boleh ke?
Entri terbaru zhazmi >> Iklan Nuffnang Tidak Ganggu Kelajuan Blog
rasanya bro kena buat entry pasal urutlah. ramai rasanya komen pasal urut walaupun cerita pasal urut tu hanya beberapa perkataan di perenggan terakhir…
Entri terbaru noorsyamsul >> LADANG TEH ORGANIK DI SABAH
best dpt jalan jalan
Entri terbaru Juan >> Price List and Specification of Proton Preve 2012
Seronok dapat jalan-jalan..
Entri terbaru Azydy >> Clueless Wednesday
wah..bestnye..dah lame tak g melancong..huhu
Entri terbaru akhiyy >> Wordless Wednesday : Riak