Pemilik blog.ariff – Sebuah blog peribadi yang mengisahkan tentang kehidupannya di Moscow. Blog.ariff juga merupakan tempat untuk dia meluahkan perasaan, membebel, mengarut, berkongsi idea serta tips berblogging melalui pengalaman dan pemerhatian dalam dunia blogging. Walau bagaimanapun dia masih berpendapat bahawa lebih ramai yang pakar di luar sana dalam dunia blogging ini.
Karier bloggingnya bermula seawal tahun 2002 dan sehingga kini dia telah membuat lebih daripada 10 blog yang gagal mencapai matlamatnya. Pada asalnya blog.ariff yang beralamat di ariff.mmaso.com merupakan sebuah blog bahasa Inggeris namun telah dibrandingkan menjadi sebuah blog bahasa Melayu pada Oktober 2009. Atas masalah teknikal, entri lama blog.ariff gagal diupload ke hosting baru dan telah hilang begitu sahaja.
Ariff Shah sekarang menuntut di Moscow Aviation Institute dan merupakan pelajar tahun 4 di fakulti Robotics & Intelligent Systems. Akan menamatkan pelajaran dalam bidang Servo Drive Systems for Aircraft & Flying Vehicles dengan pengkhususan dalam Automated Servo Drives bertaraf Diploma di Russia, yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) dengan nilai taraf Sarjana Kejuruteraan. Pengajian di Moscow Aviation Institute akan tamat pada April 2012.
Memegang jawatan sebagai admin Geng Blogger yang kini berdiri teguh dengan kekuatan seramai 5000+ ahli. Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda merupakan sebuah ping aggregator site dan komuniti alam maya untuk penulis blog khususnya penulis blog berbahasa Melayu. Namun blogger yang menulis dalam bahasa lain dialu-alukan untuk menyertai Geng Blogger.
Secara peribadi, dia merupakan seorang yang pendiam dan mungkin pemalu. Seringkali disalah anggap sebagai seorang yang sombong disebabkan sifatnya yang pendiam dan kurang mesra dengan orang yang belum dikenalinya secara rapat.
Masih bujang dan belum berpunya.
P/s: Entri ni ditulis untuk menge’test’ ping dengan gambar versi WordPress.
Assalamualaikum.Saya ‘terbaca’ your blog.Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredaan)Kami,nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan kami…~al-’ankabut 29:69.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..~al-baqarah ayat 216..So sedara lagi 2 tahun jek pun study tu..GOOD LUCK
sekrg geng blogger dah lebih 3 kali ganda bil ahlinya. tahniah ariff.
oh. tahniah tu untuk founder je. saya dah tak aktif kat sana dah..
selamat berjaya bro. jangan terpengaruh dengan budaya barat dah la.hehehe
minta la pihak hosting
entri lama.tapi kalau dah lebih
sebulan.hilang semua entri.
aku terlambat 3 hari saja.
selamat entri blog aku.
emmm…agk2 amek course tuh, bile dah habis study,boleh kerja ape ye??
Salam..Singgah ni selamt berpose bt Ariffshah..
Thanks sebab singgah cyda. Selamat berpuasa =)
assalamualaikum arifff,
saya bru jenguk blog…mcm bes je…tahniah,,,selamat berpuasa dan semoga bjaya di moscow…
Thanks rod!
Selamat berpuasa juga =)
Assalamualaikum…
Hai Ariff, ape khabar? Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak di tanahair sendiri ye…
Saya suka topik Ariff tentang Lelaki Berkualiti tu..macam senrasi dengan hidup saya pulak..
Thanks for your comment farah dan selamat berpuasa juga.
entri lelaki berkualiti tu.. memang kena pada sesetengah wanita terutamanya yang baru menceburi alam pekerjaan ni.
Apa-apa pun terima kasih kerana membaca blog.ariff =)
klu ak xde bf,agak2 leh x kite kapel???hhahaa=p
erk
tnye je..hahhaa
hye…
suka baca bloq u…
nice topic n nice opinion…
esp LELAKI BERKUALITI…:p
haha.. thanks salieza =)
salam, singgah jap kat sini. lepas baca kosmo onlinee. tak sempat baca apa2 coretan lagi .insyallah kemudian.