Setahun Meninggalkan Moscow

Hari ini pada tarikh yang sama tahun lepas, saya melangkah pergi meninggalkan Moscow. Memang sengaja pilih tarikh yang agak signifikan supaya boleh ingat sampai bila-bila. So, what have I achieved within this one year?

  • First ever project sebagai design engineer telah siap dan ditandatangani oleh Head of Engineering. Memang susah nak dapat tandatangan sebab masih baru bekerja. A lot to learn
  • Rumah pertama berjaya dibeli
  • Menang award, contest melalui blog
  • Berjaya menulis semula sebuah buku ke dalam bahasa Malaysia. Dijadualkan keluar tahun ni, masih lagi di peringkat editing
  • Bought a sexy bike
  • .. dan beberapa kejayaan lain yang saya tak nak kongsi di sini

Oklah.. Banyak yang dapat dicapai selepas meninggalkan Moscow. Walaupun begitu, jauh di sudut hati rasa nak balik semula ke tempat sejuk tersebut.

Harap tahun ni lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi dan impian yang terlaksana.

Comments