Sesuai Ke Beli Hartanah Sekarang atau Tunggu Kegawatan Ekonomi?

beli hartanah sekarang atau tunggu

Sesuai ke beli hartanah sekarang atau tunggu kegawatan ekonomi? Ada dua jawapan kat sini. Ini pendapat saya yang tak seberapa. Saya bukan pakar, tapi saya beli rumah tahun ni. Jadi saya cerita berdasarkan rasional saya.

Tak sesuai, bila hartanah yang bakal dibeli adalah yang terletak di lokasi yang baru nak naik. Rawang, Puncak Alam, Bukit Beruntung dan entah mana-mana lagi. Kawasan yang takde industri (takde pekerjaan) yang mana penduduknya terpaksa travel sejam dua setiap hari untuk sampai ke tempat kerja.

Memang orang beli di kawasan ini untuk dapat rumah yang lebih besar, tapi masalah lokasi jauh dengan pusat bandar (tempat kerja) menjadikannya tidak sesuai untuk pelaburan pada masa sekarang. Ada yang cakap harga hartanah di beberapa kawasan ni dah mula menampakkan penurunan.

Kawasan macam ni memang pernah mengalami kenaikan harga yang gila-gila sebelum ini tetapi itu semua disebabkan oleh permintaan yang gila-gila. Bila kegawatan ekonomi berlaku, pendapatan berkurangan dan mereka yang kononnya nak melabur di kawasan ini terpaksa jual hartanah ini disebabkan komitmen lain pada harga yang sanggup orang beli pada masa tu.

Kalau tak terjual, maka terpaksalah dilelong.

Hartanah di kawasan ini tidak sesuai dibeli sekarang, kecuali kalau anda ingin pindah ke sana sekarang dan anda sanggup berulang alik ke tempat kerja dari kawasan ini.

Sesuai, kalau hartanah yang nak dibeli terletak di tengah bandar, lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan, dekat dengan tempat kerja dan bersesuaian dengan bajet anda. Hartanah macam ni susah nak jatuh harga sebab permintaan sentiasa ada, samada gawat ataupun tidak.

Anda kena faham orang pilih tempat tinggal berdasarkan kriteria ini:

  • Dekat dengan tempat kerja, senang cari duit
  • Kemudahan cukup, tak perlu travel jauh untuk dapatkan something basic
  • Akses yang bagus, terletak berdekatan jalan utama / lebuhraya
  • Sesuai dengan bajet mereka
  • Bonus. Potensi pembangunan di kawasan tersebut (LRT, MRT, BRT, lebuhraya baru)

Dan disebabkan permintaan hartanah seperti ini tinggi di kawasan bandar, memang susahlah harga nak jatuh walaupun berlaku kegawatan. Orang beli sebab nak tinggal kat sini, bukan sebab nak jual bila harga dah naik.

Itu yang ramai tak faham sekarang dan masih kekal dengan waiting game mereka. Kalau anda berkemampuan dan memang mencari tempat tinggal sendiri di kawasan bandar berdekatan dengan tempat kerja, beli jelah. Beli sekarang lebih untung berbanding bayar sewa selama beberapa tahun lagi sementara menunggu konon-kononnya harga jatuh.

By the time anda tunggu setahun dua tu, orang yang dah beli tahun ni dah untung 10-15% daripada kenaikan harga hartanah.

Harap dapat membantu anda membuat keputusan. Silalah rujuk orang berpengalaman yang lain seperti Abang Ensem sebab apa yang saya sampaikan di sini hanyalah sekadar pendapat sebagai orang baru yang mula berkecimpung dalam bidang pelaburan hartanah ni.

Kepada yang nak beli rumah pertama boleh baca panduan beli rumah ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments