Senarai Top Performer Unit Trust – The Edge Lipper Fund Rating

Bagaimana mengetahui dana terbaik dalam industri unit trust?

Kalau tanya ejen unit trust, confirm kata fund yang mereka jual adalah yang terbaik. Kalau bukan terbaik, macam mana mereka nak jual kan.

Kalau tengok carta prestasi untuk daripada syarikat pengendali unit trust, pastinya mereka akan tunjuk data yang menampakkan kelebihan fund mereka atau marketing material mereka. Jadi maklumat yang anda dapat tu mungkin berat sebelah.

Jadi paling senang nak tau fund mana terbaik, kita rujuk kepada agensi luar yang meletakkan rating pada setiap fund ni. Yang saya pernah tunjukkan dulu adalah Morning Star, kali ini saya tunjuk carta terbaru daripada The Edge Lipper Fund rating.

Carta The Edge Lipper ni boleh didapati daripada akhbar mingguan The Edge. Tak payah beli tiap minggu, 3-4 bulan beli sekali sudah bagi mereka yang dah invest dalam unit trust dan ingin memilih fund baru untuk switching.

the edge lipper fund

Nak lagi best, lepas shortlist unit trust yang ada daripada senarai The Edge Lipper ni, cross-check dengan senarai dalam MorningStar 5-Star fund list. Dengan ini, anda akan dapat senarai yang ditapis daripada dua pakar berbeza dalam industri unit trust ni.

At least takdelah anda membabi buta ikut cakap unit trust consultant.

Untuk 3 bulan ni, fund-fund popular macam Public Ittikal, Public Islamic Dividend, CIMB Dali & Hwang Aiiman dah mula menunjukkan penurunan prestasi antara 0 ~ 1.5% akibat keadaan market yang tak mampu nak naik lagi. Kepada yang baru nak invest, nasihat saya adalah cash is king sekarang ni.

FYI. Eastsptring Investment adalah pengurus dana untuk PruBSN Takaful.

9 Comments