Semua Salah Air Asia!

Video ni tersebar di social media sekarang berkaitan seorang wanita yang sarat mengandung tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk pulang melihat bapanya yang baru sahaja meninggal dunia.

Macam biasa reaksi semua orang di social media ialah, Air Asia jahat! Come on la..

Air Asia adalah sebuah syarikat yang mementingkan keuntungan. So you have to play by their rules. Tak ikut rule, dan anda berisiko untuk kena perkara macam ni.

Baca terms. Kalau mengandung kena ada surat doctor. Daripada video, pada fahaman saya, saya tak rasa mereka ada surat doctor. Of course, mereka lepas terbang dengan airline lain sebelum tu tapi kena faham polisi setiap airline berbeza.

Kalau ikutkan, untuk air travel, kepada yang mengandung walaupun masih baru, kalau dah boleh nampak mengandung tu pastikan anda dapatkan surat doktor dulu. Just to be safe. Mana-mana airline boleh buat macam ni kalau mereka nak.

air-asia-pregnant-travel

Kat Air Asia tu, staf pangkat manager pun kena tinggal flight sebab lewat 5 minit. Ni kisah first hand daripada yang kena.

Saya pun terpaksa cancel flight ke Australia dulu akibat wabak H1N1. MAS. Nak minta refund tak dapat sebab terms cakap no refund walaupun masa tu ada travel advisory daripada kementerian kesihatan berkaitan travel ke sana. RM2k+ hangus, takde pun nak buat video macam ni.

Like I said before, rules are rules. Orang Malaysia, belajar ikut peraturan sikit.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

20 Comments

  • brohantu

    1 July, 2014 at 11:49 pm

    apa agaknya pandangan, kita yang berada di tempat dia. Letak situasi pada diri kita dan barulah kita komen kat sini. Sebab bagi aku situasi berbeza dalam keadaan biasa

  • yangbaik

    24 June, 2014 at 3:57 pm

    betul kena belajar ikut peraturan barulah dapat jadi warga berminda kelas pertama… untuk pertama kali mungkin sukar diterima tetapi kepahitan itulah yang mengajar kita…

  • hasanah

    24 June, 2014 at 1:29 pm

    i hope you face the same emergency one day…so that you can understand…. death is unexpected and the couple is grieving and fly a long journey for the funeral…. this is where empathy and human logic play a role in making the decision… rules are made by human and its not the final say… in everything

  • suhaimi

    24 June, 2014 at 12:18 pm

    Kadang2 kita faham peraturan tu tapi kita saja2 tak nak faham atau saja buat tak faham. Apapun saya faham kesedihan isterinya atas kehilangan ayah tercinta. Peraturan dikuatkuasakan sudah tentu untuk keselamatan penumpang sendiri. Kalau jadi apa2 atas flight, lagi panjang cerita..

  • sakinhani

    23 June, 2014 at 4:57 pm

    contoh klu beli tiket online, sblm kite proceed dgn payment, kite kene tick term&condition dorg, Mean klu kite beli, kite sudah tertakluk dan setuju dgn term&condition dorg.

    Lani x boleh nak buat apa dah…

  • Denaihati

    23 June, 2014 at 10:51 am

    Masalah biasa akan jadi lebih teruk apabila skill komunikasi teruk tapi aku memang tak prefer naik Airasia melainkan lokasi tersebut tak ada flight lain.

  • ujang

    23 June, 2014 at 9:20 am

    situasi kecemasan itu lah datangnya tolak ansur…, kalau cerita undang2 pekerja Air Asia sendiri pun ada tak ikut undang2 =)

    tapi nak buat mcm mana…itulah AirAsia….,

  • NSyahidahS

    23 June, 2014 at 8:07 am

    Tapikan, tu kan mcm emergency jgk, sbb ayah dia meninggal.. mesti la tak sempat or tak terpikir pn nak mintak or prepare awal2 surat doctor.. hemmm

  • fazrol

    23 June, 2014 at 2:46 am

    Kadang-kadang orang taknak ikut buku sangat…

    komen daripada Ariffshah tentang Airline boleh diterima pakai sebab dia berkerja dalam arena airline…

    komen dari orang lain yang tak ada kena mengena hanya akan ikut apa yang difikirkan logik dan dasar simpati…

  • shiela

    23 June, 2014 at 12:22 am

    Yang peliknya bila berada di negara org bleh plak ikut peraturan..tp di negara sendiri susah sgt nak ikut peraturan yg ditetapkan oleh syarikat airlines..

  • Izwan

    23 June, 2014 at 12:05 am

    belajar ikut peraturan itu yang payah. kadang2 penat buat T&C. tapi jawapan

    “ala,takkan tak boleh lebih kurang. consider la sikit”

    we’ve too much consideration and it become a culture..

  • Man

    23 June, 2014 at 12:02 am

    Rajin dan banyak masa saudara dalam video diatas untuk melukis gambar dan menulis mesej yang hendak disampaikan. Aku tak pernah fly lagi, so perkara ini boleh aku jadikan satu nota untuk aku jika hendak fly dengan bini yang mengandung.

    Terima kasih untuk info ini.

  • namiacinta

    22 June, 2014 at 11:58 pm

    kadang-kadang kita-kita nieh akn terlepas pandang sesuatu yang memang dah di tetap kan … lagi satu dah memang pemikiran kebanyak kan mereka memang dah macam tu ..