Seminar Hartanah Untuk Semua

DSC_7257

Kepada awek yang datang, siaplah. Memang kena ayat punya..

Sebagai bakal pemilik rumah/pembeli hartanah, sepatutnya saya mempunyai sebanyak pengetahuan yang mungkin tentang proses pembelian dan urus niaga hartanah, termasuklah proses yang berkaitan dengan guaman, loan bank dan sebagainya. Ini adalah penting supaya proses pembelian hartanah saya kelak tidak mendatangkan masalah atau mungkin kelewatan yang boleh merugikan saya.

Dengan pengetahuan yang mendalam tentang keseluruhan proses ketika membeli hartanah, saya dapat melindungi diri saya daripada ditipu oleh pihak lain. Untuk pengetahuan semua, kadang-kadang anda juga boleh ditipu oleh agensi guaman yang menguruskan pembelian hartanah anda terutamanya dari segi kos yang akan anda tangung nanti.

Sangat bertuah rasanya kerana dijemput oleh pakar hartanah sub-sale ni ke seminarnya Sabtu lepas. Seminar yang berharga RM88 itu rasanya sangatlah berpatutan dan sangat sesuai untuk dihadiri oleh golongan first time property buyers dan soon-to-be (bakal) property buyers. Ada peserta seminar yang telah mempunyai hartanah sendiri tetap memberikan feedback yang positif daripada seminar AE yang membuktikan banyak lagi ilmu serta rahsia yang boleh dipelajari.

Saya tak nak cakap panjang tentang seminar ni. Overall dari segi kos (RM88/person) adalah sangat berpatutan dan sebenarnya adalah sangat murah. Dengan harga yang murah ni harap dapatlah menarik minat anak muda (terutamanya lelaki) untuk menimba ilmu dalam bab urus niaga dan pelaburan hartanah. Ilmu macam ni penting beb. Ilmu untuk hidup.

DSC_7258

Penerangan tentang CCRIS

P.s. Help me win a Macbook Air & join my giveaway!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

15 Comments