Selamat Hari Awek Sedunia

Haha~ Disebabkan semua wanita pernah/akan menjadi awek, maka aku tukar la daripada Hari Wanita Sedunia kepada Hari Awek Sedunia. Kan bunyi dia lagi muda, betul tak? ‘Wanita’ macam dah matang sangat jer~ Takpe.. takpe. Kalau sape yang suka Hari Wanita tu kekalkan. Ni cadangan aku jer..

Hari-hari macam ni sungguh meriah disambut di Russia. Siap kasi cuti lagi. Kan Malaysia confirm tak cuti kan.. tapi kita banyak jer cuti. Banyak sangat actually. Biasa menjelang hari wanita kat Russia ni, banyak kedai bunga buka kat depan stesen metro. Rasanya semua kaum perempuan dapat bunga. Serius. Kalau kat universiti aku, semua classmate perempuan akan dapat bunga. Biasanya guys (read: lelaki Russia) akan pakat2 kumpul duit and beli bunga untuk classmate perempuan diorang. Kan sweet tu.. Dalam kesengalan dan keras kepala orang Russia ni, ada jugak benda yang kita boleh contohi.

Kalau perempuan ada Hari Wanita, lelaki pun ada gak hari dia. Kat Russia dan negara-negara ex-Soviet Union ada Men’s Day atau Defender of Fatherland Day (Den Zashitnika Otechestba: russian), disambung pada 23 Februari setiap tahun. Ni kira macam hari memperingati askar Russia la. Tapi lepas zaman Soviet Union diorang tukar dan luaskan skop sebagai Hari Jejaka pulak. Haha~ Macam biasa dapat la cuti satu hari and time ni awek Russian kasi hadiah kat lelaki. Hari tu ada awek Russian kasi aku chocolate~ jangan jeles..

Jadi kepada yang kat Malaysia tu, tak semestinya ko kena beli bunga untuk kaum wanita nih. Aku tau bunga kat Malaysia mahal giler. Gi bawak diorang kuar dinner ke, gi Secret Recipe or apa-apa lah.

Kepada semua awek/wanita/gadis/perempuan/mak nyah С празником 8 Марта (Se praznikom vosmovo Marta) -  Happy 8th of March


28 thoughts on “Selamat Hari Awek Sedunia