Sekali Lagi Terjebak Dengan Online Game

hearthstone-1

Dah lama sebenarnya saya stop main game online ni. Tiada masa. Dah dewasa dan bekerja ni nampaknya bukan lagi pilihan untuk berhenti main game tetapi sebab dah takde masa nak main.

Baru-baru ni saya diperkenalkan kepada satu online game, Blizzard Hearthstone iaitu sebuah permainan kad online yang menggunakan latar belakang Warcraft. Siapa yang pernah main Warcraft pasti kenal watak-watak dalam game ni.

hearthstone-2

Game ni simple je, macam kebanyakan online card game yang ada dulu. Of course, bila dibuat berdasarkan latar belakang Warcraft, wujud kepelbagaian kad, watak dan ‘kuasa istimewa’ bagi setiap kad yang membuatkan game ini lebih menarik.

Saya pasti mereka yang pernah main permainan kad lain mesti dah rasa bosan bila dah sampai suatu tahap sebab bilangan kad yang limited membuatkan kita boleh agak kad yang seterusnya. Takde dah elemen kejutan bila dah sampai tahap ini.

Disebabkan Hearthstone ni adalah permainan online, ini menjadikannya lebih unik kerana kita bukan hanya berlawan dengan AI (artificial intelligence), kita boleh berlawan dengan pemain lain.

Paling best pasal game ini ialah ianya percuma dan walaupun ianya percuma, tak banyak sekatan terhadap mereka yang bermain secara percuma. Kelebihan antara pemain yang berbayar hanyalah dari segi bilangan kad yang mereka ada.

hearthstone-3

Free player pun boleh unlock kad lejen

Walau bagaimanapun saya tak nampak benda ni jadi isu sangat sebab permainan kad seperti ini hanyalah sekadar suka-suka dan untuk menghabiskan masa yang terluang sekiranya ada. Alang-alang tengah tunggu wife bersiap tu, dapatlah saya layan game ni seround dua.

hearthstone-4

Overall, good game untuk mereka yang minat pada kategori game yang ringan-ringan dan sesuai dimain di mana sahaja (asalkan ada Wifi) pada bila-bila masa. Boleh download dan try for free.

Download dan main game ini sekarang di Playhearthstone.com atau dengan Ipad secara percuma!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments