5 Sebab Wajib Join Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014

Dah daftar ke belum untuk SBBYEOS2014? Kalau belum gunakan alasan-alasan ini untuk korang mendaftarkan diri.

saloma-bistro

#1. Saloma Bistro dan kambing golek. Kalau tahun lepas SBB2013 buat kat Hotel Singgahsana PJ, tahun ni up lagi buat dekat Saloma Bistro. Secara peribadi, saya sendiri terkejut bila tahu Denaihati nak buat event kat sini. Sebelah KLCC tu woi! Bukan calang-calang event kalau buat kat sini.

Untuk RM20 seorang, belum tentu korang boleh kenyang makan kalau datang sini sendiri, tapi melalui event SBBYEOS2014 yang ditaja oleh penaja-penaja besar seperti Yeo’s, korang boleh makan sampai kenyang kat sana nanti.

#2.  Top blogger pun join. Nama besar seperti Ben Ashaari dan Red Mummy akan memeriahkan SBBYEOS2014. Jadikan event ni sebagai titik permulaan untuk korang mengenali nama-nama besar dalam industri blogging tempatan. Ramai nama baru yang dah naik sekarang hasil daripada networking dan tunjuk ajar daripada top blogger.

Sepetang-Bersama-Blogger-2013-7160

Cerita tahun lepas. Blogger Bicara Mak Dara menang iPad dalam cabutan bertuah.

#3.  Tujuh buah gajet dan wang tunai RM1,000 untuk dimenangi. iPhone 5S, iPhone 5C antara gajet rebutan ramai yang akan menjadi habuan peserta bertuah yang hadir ke SBBYEOS2014 ni. Tu belum cerita hadiah lain seperti pakej percutian dan macam-macam lagi hadiah cabutan bertuah yang akan diumumkan kelak.

#4. Sponsor yang hebat-hebat belaka. Tahun ni, syarikat minuman terkenal Yeo’s jadi penaja utama. Tak sabar nak tengok company mana lagi yang akan join jadi sponsor. Apa-apa pun, memang cukup hebat dah bila ada company besar macam Yeo’s yang sudi menaja event ni. Sudah pasti mereka nampak potensi besar dengan menjadi penaja utama SBB2014.

#5. Ariff Shah pun join. Walaupun sebab ni bukanlah alasan yang kuat untuk korang isi borang penyertaan dan bayar yuran pendaftaran RM20 tu, tapi percayalah, event yang Ariff Shah join semua best-best belaka.

promosi-sbb2014-300

Daftar sekarang untuk melayakkan korang masuk lucky draw wang tunai minggu ni!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments