5 Ciri Yang Saya Suka Tentang Philips AquaTouch #philips50shaves

Entri terakhir untuk review Philips AquaTouch. Sebagai penutup, saya telah membuat sebuah video inteview tentang 5 ciri istimewa Philips AquaTouch.

Basically, 5 ciri menarik Philips AquaTouch ialah:

  1. Tiada lagi luka! Masalah besar saya semasa menggunakan pencukur lama iaitu luka (yang kemudian meninggalkan parut di muka) kini tidak ada lagi setelah menggunakan Philips AquaTouch
  2. Menjimatkan. Dulu, terpaksa beli mata pisau pencukur hampir setiap bulan (harga dalam lingkungan RM20-RM40). Mata pencukur Philips AquaTouch tahan sampai dua tahun!
  3. Bateri tahan lama walaupun digunakan setiap hari. Perlu charge dua minggu sekali je
  4. Tahan lasak! Walaupun jatuh atas lantai (beberapa kali dah jatuh :p) tetap masih boleh digunakan seperti biasa
  5. Reka bentuk yang modern dan seksi. Pencukur biasa memang nampak bosan kalau nak dibandingkan dengan Philips AquaTouch

Overall, memang berpuas hati. Harap pihak Philips tak request untuk saya pulangkan Philips AquaTouch ni.

Adakah saya akan kembali menggunakan pencukur lama? Tidak sama sekali! Philips AquaTouch ni memudahkan kehidupan seharian saya terutamanya di waktu pagi sebelum pergi kerja selain daripada pelbagai lagi kelebihan yang telah saya terangkan dalam entri sebelum ini.

Akhir kata, kepada wanita dan gadis yang membaca, saya recommend Philips AquaTouch ni untuk dijadikan hadiah kepada modern man dalam hidup anda. Pada pendapat saya, pencukur elektrik Philips AquaTouch adalah hadiah yang terbaik untuk suami, bapa, rakan ataupun ahli keluarga yang lain (of course, pastikan dahulu yang mereka adalah individu yang menggunakan pencukur).

Terima kasih kepada Philips Malaysia atas peluang ini. Terima kasih kepada mereka yang mengundi saya – setiap undi anda adalah sangat berharga! Juga terima kasih kepada individu yang membantu saya dalam penghasilan video ini. You know who you are :)

Comments

    • Ariff says

      Thanks bro Zarul! Perubahan untuk tahun 2013, so assignment video macam ni memang tempat untuk saya berlatih