Aku rasa korang semua mesti penah dengar kan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu.
Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.
Perempuan pula, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasi sayang.
Tapi si gadis pula memang tak nak give up. Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia. Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia. Luangkan lebih banyak masa. Telefon selalu. Yang si lelaki ni pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je. Tak bebas. Walaupun begitu, bila si gadis merajuk, tetap dipujuk. Lepas pujuk, dia buat perangai endah tak endah balik. Relationship tu dah jadi lain.
Banyak sebenarnya implikasi buruk kalau perempuan lebih sayang boyfriend dia. Walaupun begitu, ada je hubungan yang boleh kekal lama walaupun benda ni berlaku. Kenalah tengok jenis lelaki yang perempuan tu date. Ada je lelaki yang baik, jenis boleh dipercayai dan betul-betul ikhlas dalam hubungan tu. Tak salah pun untuk perempuan lebih menyayangi dan lebih baik sebenarnya kalau dua-dua memang komited dalam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Macam mana nak buat si lelaki lebih sayang? Entah la.. Benda ni datang dari keikhlasan dalam bercinta tu.. kalau dia betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu, memang akan nampak jelas dan nyata. Korang sendiri akan tahu. Semudah itu.
Pingback: Outstation Beberapa Hari
salam..
mak aku slalu pesan: kalo nak carik laki untuk buat suami, carik yang sayang kat kita, lebih dari kita sayangkan dia.
x tau kenapa…
maybe ariff ada jwpn nye ;p
mak saya pun pernah cakap macam tu.
Tapi, apa yang orang tua cakap itu betul.
Bila lelaki lebih sayang kita, dia nak buat apa pun dia akan fikirkan kita dulu dan dia takkan tinggalkan kita macam tuh je.
Cinta remaja pada pendapat aku untuk dunia masa kini berlainan sama sekali jikalau kita bandingkan dengan dunia percintaan ibu bapa kita dahulu. Yelah kalau dulu, bila bercinta, mereka susah sama sekali untuk berjumpa. Tapi sekarang, sanggup menipu ibu bapa untuk berjumpa pasangan.
Dahulu kita susah dengar bahawa berita pembuangan bayi berlaku di dalam Malaysia ini. Tetapi kini ada sahaja kes-kes jenayah seperti itu. Sebab aku lihat ramai remaja tidak memahami apa itu cinta.
Cinta dan kasih sayang sungguh berkait rapat. Mencintai seseorang bukanlah dengan melakukan seks. Kalau ada yang bercinta demi nafsu, kebahagian sebuah percintaan itu tidak akan kekal lama.
Aku suka keratan ayat ini: ”Yang si lelaki ni pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je. Tak bebas. Walaupun begitu, bila si gadis merajuk, tetap dipujuk. Lepas pujuk, dia buat perangai endah tak endah balik. Relationship tu dah jadi lain.”
Hehe. Rahsia lelaki terbongkar. :-))
Berikan sesuatu yang lebih, i’Allah lelaki akan sayang lebih. :-)
CInta oh cinta: Subjektif.
erm…lelaki sebenarnya syg pompuan tak lama pun.diorang cepat bosan..ini fakta.
Lelaki sebenarnya suka mengukap perkataan sayang tapi biasanya lelaki menonjolkan signal body language dari mengungkap perkataan keramat iaitu “Saya sayang kamu” mungkin kerana kebudayaan ketimuran yang tebal
aku ssh nak sayang..so kalau ada org syg aku lebih pade aku syg die..sure aku tak berminat pun..
mslhnye..bile aku syg lebih..sure tak dpt..
so macam mane ni?
tunggu jela kan..smpai jupe the one..time tu kalau dah jodoh pastu kawen..takde isu syg lebih syg krg..InsyaAllah kalau tuhan pjgkan jodoh berkekalan..bertolak ansur je la..hahahha ;p
entahlah..aku pun tak sure..keh3x~
lately, blog ariffshah penuh ngan article bunga-bunga. huhu… dlm hati ada taman. dalam blog ada cerita cintan ariff. hee hee.. (penarik traffik berganda i think)
dua-dua sayang lebih bagus.hehehe
Ingin seperti ada dalam cerita.. hiii salam kenal
susahla kalau mcm tu. semua perempuan menginginkan kisah cinta mereka macam dalam fairy tale gitu. tapi kena hidup dalam dunia reality la dik non. Adakalanya cinta x seindah yang disangka.
oH….camtu rupanya..=)
sayang nih subjektif sebenarnya. sebaik-baiknya masing-masing saling menerima kelebihan dan kekurangan diri. Lagi satu kita tak boleh sayangkan manusia 100% dalam sesebuah perhubungan melainkan kepadaNya sebab kasih sayang manusia boleh berubah, tapi kasih yang satu abadi.