Saya Pilih Maya Karin!

Print

5 selebriti untuk korang pilih dalam perlumbaan ini, siapa yang bakal korang pilih? For me, of course Maya Karin :)

Ada harapan nak dapat peluang tu. Selain daripada memandu dengan selebriti kegemaran, korang boleh menang wang tunai berjumlah RM100,000 dalam cabaran ini. Memang best!

5 selebriti yang boleh dipilih ialah aktres cantik jelita Maya Karin, pelakon lelaki popular Shahiezy Sam, DJ Yoon, Him Law dan Bii. Contest telahpun bermula 14 Oktober lalu tapi korang masih ada masa sehingga 24 November untuk mencuba nasib.

Caranya mudah je. Sertai kempen Fuelled By Fans, Powered By PRIMAX dengan berbelanja sebanyak RM30 di stesen Mesra Petronas atau membeli kombo Mesra yang boleh didapati di setiap kedai Mesra Petronas.

Isi borang penyertaan di kedai Mesra dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan. 5 pemenang akan dipilih daripada borang penyertaan ini. Boleh isi seberapa banyak borang penyertaan untuk meningkatkan peluang nak menang asalkan disertakan dengan resit pembelian di kedai Mesra Petronas.

hadiah-fuelled-by-fans

Check out hadiah dia!

Peserta yang dipilih akan team-up dengan selebriti pilihan mereka dan diberikan sebuah kereta, telefon pintar dan kad Mesra. Dari situ mereka perlu bergantung kepada kepintaran dan kreativiti mereka untuk memenangi perlumbaan ini. Pemenang tidak dipilih berdasarkan pasukan paling cepat menamatkan perlumbaan tetapi berdasarkan pasukan yang mengharungi jarak paling jauh.

Peminat yang lain boleh berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka melalui Twitter sepanjang perlumbaan berlangsung.

Daripada pertandingan ini peserta akan menyaksikan sendiri prestasi minyak petrol PRIMAX yang mampu memberikan lebih kilometer serta mempelajari cara pemanduan yang optimum untuk menjimatkan minyak. Takde makna kalau guna kereta yang cekap penggunaan minyak serta petrol yang dirumus khas untuk memberi penjimatan kepada penggunanya kalau pemandu itu sendiri yang tak cekap dalam pemanduannya untuk menjimatkan minyak.

Wang yang dijimatkan tadi boleh digunakan untuk pelbagai barang keperluan lain. Jadi, what would you #Like2SaveFor?

Untuk info lanjut berkaitan kempen dan contest ini, bolehlah layari:

All the best!

fuelled-by-primax-save

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

8 Comments