Saringan Bakal Pekerja Dengan Facebook Twitter & Blog

Reading Time: 2 minutes

Terjumpa infografik keputusan survey yang telah dijalankan tentang pengaruh media sosial seperti Twitter & Facebook ke atas proses pemilihan pekerja baru oleh majikan. Secara keseluruhan, majikan pada hari ini akan membuat saringan bakal pekerja mereka dengan melihat profil bakal pekerja di Facebook dan Twitter.

Walaupun kajian ini tidak dijalankan di Malaysia, namun trend media sosial di Malaysia sudah lama berkembang dan tidak mustahil majikan di Malaysia juga akan menggunakan Facebook dan Twitter untuk ‘mereview’ bakal pekerja mereka.

Jika aku berada di pihak mereka, aku sendiri akan membuat saringan bakal pekerja yang akan bekerja dengan aku nanti di media sosial. Manalah tahu kalau mereka pernah bercerita tentang keburukan aku, atau cuba memburukkan nama aku, takkanlah aku nak bagi bekerja di syarikat aku, betul tak?

Dengan adanya media sosial dan popularitinya yang semakin berkembang di negara kita, sangat mudah sebenarnya untuk majikan mengenal bakal pekerja mereka dengan lebih rapat. Walaupun pada kebiasaannya perangai individu di Facebook & Twitter tidak konsisten dengan dirinya dalam kehidupan sebenar, namun ini sedikit sebanyak memberikan sedikit gambaran tentang peribadi individu tersebut.

Dan itulah sebabnya aku tak banyak buat bising di Facebook mahupun Twitter. Nama aku pernah menjadi bualan seketika dahulu, muka aku pernah keluar di media cetak, jadi tak mustahil bila nak kerja nanti bakal majikan yang mungkin pernah terdengar nama aku atau terlihat muka hensem ni di mana-mana akan membuat background search di internet.


Posted

in

by

Comments

22 responses to “Saringan Bakal Pekerja Dengan Facebook Twitter & Blog”

  1. syafiq_lomotech Avatar

    aku pnya linkid memang macam pro. kosong haha

  2. alyrds Avatar

    omak ai!……… kalau takdo media sosial ni gerenti tak dapat dah….hoho~

  3. nursarah Avatar
    nursarah

    Huhu..jd anon bgus kat lmn sosial ni..

    1. kyo_9 Avatar

      err..
      jadi anon serupa cam x nak dikenali jer..
      ibarat anon di dunia realiti gak..
      ;p

  4. chemie Avatar

    tapi rasanya meme best lah keja dgn facebook ka tweeter ka google pun best jugak…

  5. Kita Macam Dah Lambat? — Blogger to Bloggers

    […] orang Malaysia dah mulai alert dengan kepentingan social network ni..sampaikan ada gak majikan yang menilai pekerjanya dengan rangkaian social je…tapi nasib baik jabatan aku tak buat gitu..lau tak,mesti depa bagi […]

  6. reezluv Avatar
    reezluv

    nasib le dah dapat keje..jgn officer aku pantau dan masuk dalam prestasi keje dah le..sebab aku tak penah pun buat isu yang ada melanggar peraturan penjawat awam setakat ni…

    p/s:sib baik bos aku takde FB..hehehee

  7. aizuddin Avatar

    kalau resume guna facebook dgn twitter pun bagus jugak

  8. cik sha Avatar

    erk?naseb baek la diri ni bukan jenis suka meroyan kat fesbuk..twitter pun takde..keh3..tapi ade kemungkinan tak belog pun dorang skodeng nak siasat pasal kite?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau diorang google nama kita and jumpa blog sekali, memang tak boleh lari dah.

  9. Noriz Avatar

    uiskhhh, zaman canggih so kena ikut aliran kan…
    sib baik dulu zaman akak lum ada benda ni semua…

  10. fiuzz Avatar

    pakcik aku kerja Maybank dah bagi warning awal2 benda ni sebab mereka pun sedang implementkan benda ni kat Malaysia. cuak juga sebab aku dah final year tunggu nak apply kerja. karang pergi interview kena ‘print-screen’ semua status FB dan Twitter xpasal2.:)

    1. ejam Avatar

      siap kena buat folio lagi kan utk benda2 ni bila g interview nnt…hehe

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        tak yah folio. Boleh mention dalam resume je ..

    2. jeff Avatar

      kalau gitu senang je,sebelum apply kerja..remove semua post wall dan tweet yang sensasi lagi panas.boleh ke macam ni?

  11. ekspresiruang Avatar

    btol jugak tu. tp kalau sesiapa yg dah terlajak pakai social networking ke arah memburuk2kan imej sendiri di kaca mata pengguna internet, mmg susahlah sket kot nk ‘cuci’ nama diorang di carian google. huhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      dari dulu dah agak benda macam ni akan berlaku. So memang awal2 lagi dah cuba jaga semua social media profile aku. Hopefully takde kecacatan la.

  12. Firdaus Latib Avatar

    Alamat kena berhati-hati kalau nak cari kerja baru nie..:P

  13. namaakulynn Avatar

    betul jugak niii. tapi kalau betul2 dapat majikan yang guna social network utk cari pekerja, susah jugak kot utk sesetengah pihak . like what u said , “Walaupun pada kebiasaannya perangai individu di Facebook & Twitter tidak konsisten dengan dirinya dalam kehidupan sebenar..”

    ‘..bakal majikan yang mungkin pernah terdengar nama aku atau terlihat muka hensem ni di mana-mana.. ‘ . LOL

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kebanyakan tak konsisten. Ada keyboard warrior je lebih, tapi in real life nak suruh berdiri cakap depan ramai orang pun tak berani.

  14. izwannizam Avatar

    network twitter yang banyak mungkin berguna untuk company tu nanti.siapa tahu kan?lagi2 kalau kerja dalam bidang pemasaran :)

    pasti ramai yang fikir panjang nak approve friend request daripada majikan :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau tak approve, nanti nampak macam sombong pulak. Ataupun diorang approach kita dalam friendly manner, tapi sebenarnya nak dapat friend approval supaya boleh tengok apa ada dalam profile kita.