
Rasanya ramai dah yang tau pasal kes gadis belasan tahun disimbah petrol dan dibakar oleh teman lelakinya. Gadis itu kini dikhabarkan sedang menjalani rawatan di hospital.
Now, ramai akan menyalahkan lelaki tak guna tu sebab.. yelah. Orang gila je yang sanggup buat macam tu. Mungkin lelaki tersebut ada mengalami kecacatan mental hingga menyebabkan dia melakukan keputusan kurang bijak untuk mencederakan gadis tersebut.
Tapi tak boleh tuding jadi pada satu pihak je. Pada pendapat saya, gadis tu pun silap sebab pilih untuk bersama lelaki yang panas baran tak tentu pasal macam tu. Tidak, ini bukan panas baran tetapi sebaliknya adalah kecacatan mental. Orang kalau panas baran pun dia kuat marah je. Takde sampai nak bakar orang lain.
Kalau dah tau lelaki tu jenis yang abusive, kenapa tak tinggalkan terus? Mudah. Tapi bila tengok balik kes ni berlaku pada gadis belasan tahun, kita boleh faham peringkat kematangan dan kewarasan mereka dalam hal bercinta ni macam mana.
Kemudian, bila dah tau umur anak dara belasan tahun macam ni bercinta, mana ibu bapa si gadis yang sepatutnya mengambil tahu dengan siapa gadis tersebut berkawan, berjumpa dan sebagainya? Itulah sebabnya remaja bawah umur ni perlu pemantauan orang dewasa supaya tak rosak atau sampai jadi kes macam ni.
Apa-apa pun, kepada adik-adik yang baru nak bercinta, tinggalkan jelah lelaki tu kalau nampak ada sindrom lelaki tak guna. Bersepah lagi lelaki single kat luar sana yang boleh dijadikan pengganti. Janganlah cinta membabi buta sangat sampai diri sendiri teraniaya.
bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.
Tapi budak perempuan tu salah juga. Muda2 dah nak bercinta.
Tapi kalau cakap nak tinggalkannya, kadang2 lelaki xboleh terima dan berdendam. sebab tu dia sanggup buat mcm ni. Macam kes famili angkat saya. Anak perempuan kena simbah dgn minyak panas oleh lelaki yang ditolak cintanya.
Jadi, kena la pandai2 cakap secara berhikmah nak tolak cinta orang.
ooo ni ke budak tu…emm patut la nmpk muka pun macam berhantu jer…seram tengok..hahahaha
Entri terbaru Hafizul >> Check List 20 Penyertaan Bonus Raya Aidilfitri 2012 by Denaihati
pendapat saya, masing2 salah.. lelaki tu x reti nak kawal emosi.. kot ye pun, jangan la sampai macam tu.. haihhhh,, nampak la x bijak budak2 sekarang ni.. dh jd macam ni.. bukan kau je malu budak oiii.. mak ayah pun malu ada ank macam kau ni..
and utk bdak prmpuan tu.. benda dah jadi.. boleh ckp ”kesian…” je la paling2 pun.. jadi utk bdak2 perempuan lain,, ambil pengaaran.. betul la ckp owner blog ni.. lagipun,, bercinta now(remaja), bukan sah2 kawin.. lain kalau masing2 bukan setakat berangan bodoh2, tapi help each other to improve diri masing2 dan focus dengan aim life juga..
masalah nya budak2 now, bercinta macam ape je.. extreme habis.. kalah org dah kawin..
ibu ayah x boleh nak disalahkan juga.. parents mane la x sayang anak.. masing2 mesti paling kurang bg nasihat.. trpulang pd anak2 la nak ikut ke x.. masing2 ada akal, fikir.. ibu ayah pun manusia juga, x sempurna.. dah hantar gi sekolah, dah bagi pendidikan dan asas agama.. cukup la tu..
Entri terbaru AnneHilda >> Life Is Not That Hard!
Tu la kan…. patutnya gadis tu tinggalkan terus lelaki tue dan pilih tuan punya blog nie…. hensem – kacak bergaya….heheheh
Entri terbaru hazman aka species1980 >> HACKERS BANGLADESH GODAM blog KISAHSENSASI.COM !!!!
bangang giler main bakar2..
Entri terbaru Anarm >> Wordless Wednesday – Undangan Perkahwinan Kami
Perbuatan yang kejam dan patut dihukum dengan hukuman setimpal, kasi rotan sampai 20 kali.
Entri terbaru ReM >> Property Bubble Yang Pecah di USA
Bro belum kena lagi penangan cinta buta. Masa itu tidak kenal baik atau buruk sebab dibutakan oleh cinta.
Entri terbaru akubiomed >> Wordless Wednesday – # Salam Aidilfitri
perempuan ni memang bermasalah..orang lelaki yang macam ni, memang patut tumbuk laju-laju tujuh belas ribu kali kat perut..
Entri terbaru titan >> Komisen Pertama dari HalalScience.com
xmustahil laki nie ugut pompuan tu mcm2…bila tba msa pompuan tu xnak ikut cakap dia..tu yg jd sampai bakar2…dia nie sakit mental nie..bukan panas baran…kurang kasih sayangg….
Entri terbaru doublekill >> Perbezaan Insentif Untuk Memenangi Pingat Di Olimpik
Golongan yang sebegini mungkin kurang kasih sayang atau perhatian.
top terus mamat ni, kat mana2 fanpage ada muka diaa.. wanted
Entri terbaru azriMy >> CHARTIS TRAVEL – Kempen Iklan Innity Paling Disukai
mamat sakit mental macam ni bukan boleh agak behaviour dia. entah2 dia ada ugut perempuan tu supaya tak tinggalkan dia.
tp betullah, ibu bapa pun kena main peranan jugak. macam mana boleh lepas anak2 baru sekolah keluar dengan lelaki lain pagi2 camtu.
Entri terbaru khairil >> Kisah Paling Lawak Dalam Sejarah Olimpik Di Kolam Renang
Cinta itu buta tak bermata,
Perempuan sanggup lakukan apa saja,
Mudah tergoda dgn pujuk rayu si teruna,
Lambat laun diri yang merana.
Entri terbaru sensasi2020 >> Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
cinta itu buta bro…<<quote popular paling haremmm
semua perkara kejahatan jadi tak nampak dah. Bila nasihat suruh tinggalkan lelaki itu, dia tak mahu sebab katanya, "walaupun dia jahat, panas baran..tapi bila baik, dia lelaki yang romantik. Saya tak pernah dapat layanan dari mana2 lelaki sepertinya."
Perempuan..biasalah. Kami ni mudah cair dengan kata-kata manis. Kadang2, kita x expect pun marahnya begitu memuncak sekali. Saya terpaksa mengakui kaum hawa ni kadang2 bebal jugak tak nak tinggalkan lelaki macam itu. Mungkin terlalu banyak kenangan manis bersama menyebabkan dia masih sayangkan lelaki itu. Urgghh, aku plak nak muntah dengan ayat sendiri. kih kih)
Jadi, yang hawa menjadi bodoh dan biarkan diri itu diperlakukan sebagai rupa. Disebabkan hati yang suci (mata kepala buta), dia mengharapkan lelaki itu akan berubah suatu hari nanti. So, dalam masa-dia-mengharap-kan-lelaki-itu akan-berubah, dia rela disakiti, tak kira secara mental atau fizikal. Semua nya kerana lelaki itu terlalu baik, bagi pandangan dia dek kenangan yang terlalu manis yang tidak dapat diperolehi dari mana2 lelaki lain.
Inferiority terhadap pemutusan hubungan. Rasa takut tak dapat lelaki lain sebaik dia. Takut tak dapat lelaki seromantik dia. Benda2 macam ni la berlaku pada mental anak dara bawah umur kerana baru nak mengenali proses perhubungan tahap pertama.
Bukan pada kapel je bro. Pada rumahtangga pun banyak kes mcam ni. Ni semua kerana…
cinta itu buta.<<terpaksa terima hakikat ni sebab dah banyak proven kat suratkhabar pancaindera laman DCCK. Buta sampai diri teraniya pun masih buta.
Entri terbaru LilyNrman >> Kes Perempuan Kena Bakar: Mentaliti Anak Dara Tahap 1
didikan dan pemantauan dari mak pak tu perkara pokok.
kdg2 bila tgk mak pak yg dok nangis anak diorang kena rogol le, kena culik le, anaknye berpakaian mcm bohsia, mak yg dok nangis tu pon free hair, bapaknye pulak pakai gelang….
Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Teater Rumah RM6.25 Juta Bertemakan Filem Dark Knight Rekaan Elite HTS
Apa yang pasti mak abah gadis tu pun boleh dipersalahkan. Pukul 4 pagi boleh keluar dengan lelaki tanpa ada ikatan yang sah. Emmmm kalau mak abah penjaga dan masyarakat sekeliling ambil tahu, insyallah terbendung dari masalah macam ni.
Entri terbaru Cikgu Hairul >> 5 tips shopping last minutes
macam-macam perkara pelik berlaku sekarang ni…didiklah anak2 atau adik2 baik-baik. Nauzubillah
Entri terbaru Shahrul >> Pinterest Perkenalkan Aplikasi untuk Android dan iPad
Aku tengok fb lelaki ni pun mcm lembut je, amik gmbr dgn lidah pelbagai.. tapi kepala banyak ada batu itu keras panas baran.. mak bapak pun jaga lah anak tu. Even beruk pun kalau kita amik anak mereka, mak beruk tu marah. ni lagikan manusia berakal, orang amik anak kesana kemari, tak marah, rilek je. beruk tu tak de akal pun tau erti sayang. Wala taqrabu zina. jangan sesekali mendekati zina, ini lagikan dah terjebak. banyak keburukan.


Entri terbaru Syaz >> Masih Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang – Dr. Maza
monyet punya cinta. =.=”
Entri terbaru Man >> Beruntunglah Wahai Luqman
belasan tahun bercinta tanpa tujuan.. suka-suka bawa derita.. nowadays,it’s too worldwide between people.. danger is everywhere..
Entri terbaru Izwanyusof >> Jadual Perjalanan Lebuhraya PLUS Sempena Aidilfitri dan Kemerdekaan