Sampai Bila Nak Kerja?

kerja

Saya banyak bercerita tentang kerjaya. Memang banyak yang indah kalau bekerja di tempat yang betul, tapi sampai bila nak duduk bawah telunjuk orang?

Tapi pada saya, berkuli ni hanyalah sementara. Berkuli ni hanyalah sebagai peralatan untuk menyediakan keperluan asas seperti rumah, kenderaan, simpanan dan sebagainya. Sampai satu tahap, masa kita akan jadi sangat berharga di mana bayaran yang kita dapat daripada bekerja tak lagi setimpal dengan masa yang diluangkan.

Bila semuanya dah cukup, saya akan stop berkuli.

Langkah pertama ialah buat sesuatu yang saya suka. Disebabkan saya memang minat segala hal berkaitan financial, maka saya mulakan laluan sebagai Wealth Planner untuk PruBSN Takaful. Unit trust pun boleh tapi apa yang istimewa jadi Wealth Planner untuk Takaful ini ialah kita dapat tolong orang dengan memberi kesedaran tentang financial tool ini.

Semua orang nak buat pelaburan dan jadi kaya. Dalam mengejar kekayaan itu, ramai orang lupa nak lindungi diri mereka sendiri. Bayangkan betapa besar kesannya bila orang yang takde awareness ni, jadi aware pasal financial tool ni dan satu hari manfaat daripada Takaful inilah yang menyelamatkan dia daripada keluarkan ribuan ringgit untuk rawatan perubatan?

Kebanyakan Wealth Planner takaful datang daripada pelbagai background. Ada yang dari bidang oil and gas yang seperti kita sedia maklum, memang sentiasa cukup gajinya. Tapi mereka pun ada mentaliti yang sama macam saya, sampai bila nak kerja?

Secara peribadi, saya jadi Wealth Planner ni sebagai tiket pertama untuk keluar daripada dunia pekerjaan. Saya lebih suka bebas untuk buat apa sahaja. Bekerja hanya untuk membina asas yang kukuh dari segi kewangan.

Blog? Bila saya dengar Timothy Tiah cakap fairly successful blogger makes about RM100k – RM150k annually, saya rasa lega sebab saya tahu saya tak ketinggalan sangat. Berapa kerat sangatlah blogger yang ada income macam ni kan? Angkat tangan sikit. Personal blogger ya, bukan blogger tulis pasal artis. Pendapatan blogger tulis pasal artis ni saya tak minat.

Mana-mana income yang datang dari blog ni adalah bonus untuk saya. Shopping, investment, travel adalah sumbangan daripada blog. Market untuk blog kat Malaysia ni taklah sebesar mana sampai boleh dijadikan sumber pendapatan utama, yet alone jadi kaya.

Tapi income blogging masih lagi delicious. It’s good to have.

Dalam dunia sekarang, satu punca pendapatan tak cukup dah. Always go for multiple source of income. Bila kita ada 3-4 punca pendapatan dan pendapatan tu semakin lama semakin bertambah, duit dalam bank pun makin lama makin bertambah, dengan syarat jaga perbelanjaan la. Bila side income dah cukup untuk menampung perbelanjaan harian, dah boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja.

Kepada yang nak join saya sebarkan awareness pasal Takaful boleh contact saya di 014-6278868.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments