Pada umur 26, kebanyakan yang sebaya dengan saya sibuk bekerja dan cari duit. Selain untuk menampung kehidupan seharian, mereka sibuk cari duit untuk beli kereta, beli gadget baru dan untuk kahwin.
Jadi pada umur ni, memang sukar untuk seseorang membeli rumah. Tak tipu. Kecuali kalau seseorang tu kerja dalam bidang Oil & Gas ataupun pilot/cabin crew, tak ramai yang mampu beli rumah pada umur ni.
Alhamdulillah walaupun saya tak kerja dalam sektor-sektor yang kaya ni, masih lagi mampu untuk memiliki rumah sendiri. Modalnya adalah dari simpanan sejak dari masa saya belajar di Moscow dulu.
Dulu tak banyak berjalan. Kalau student yang dapat tajaan oversea ni sibuk berjalan setiap kali cuti semester, saya pula banyak menghabiskan masa depan komputer, main game atau update blog. Itu je.
Rasa sayang nak belanjakan duit. Mungkin saya terikut dengan sifat mak saya yang memang rajin saving.

Semalam saya baru ambil Deed of Assignment daripada lawyer beserta dengan check berjumlah RM4500. Lepas ni kea jumpa property agent untuk ambil kunci dan duit deposit penyewa, lebih kurang RM2000 lagi. Ini yang mereka kata, beli rumah dapat duit.
Bila dah dapat semua ni, kiranya selesai sudahlah urusan pembelian rumah dan secara rasminya rumah tu dah jadi milik saya. Langkah seterusnya adalah untuk menukar nama akaun Indah Water, PKNS, TNB & MBSA.
Bersyukur kerana simpanan saya tadi dapat menghasilkan sumber pendapatan yang baru. Sangat berterima kasih kepada mentor saya atas segala tunjuk ajar dan panduan.

Comments
31 responses to “Rumah Pertama”
CONGRATS BRO!!
Alhamdulillah, finally its yours jugak. dah lama baca psl ur entry on property hunting dulu2. Btw, keep on writing about it especially on the process to acquire low cost apt & mcm mane nk dpt/lulus loan etc etc. Nak ada property jugak!!haha. cos i’m 26 too! jelessss^^v
congrates.ayah sy dulu pon beli rumah pada usia tu..(20 thn lepas la)
saya tak tau la macam mane nnti.
tu la kene saving dari zaman blaja skrg nie..
entry yg beri inspirasi.thanks
Pasni kena la decorate umah bagi cantik2, even rumah bujang. Yang penting, selesa.
bro off topic jap, umur 26 tahun sama dengan bro Fazreen ke?
Fazreen lagi muda
Tahniah bro.. sebab berjaya memiliki rumah pertama pada usia 26 tahun.. aku masa usia tu masih merangkak cari kerja yang ok.. alhamdulillah berjaya juga dapat rumah pertama pada usia 31 tahun.. mungkin dah terlewat.. tapi baik ada dari takda aset langsung..
Lepas ni focus nak cari rumah ke-2 pulak (bukan org umah ye.. :-)
tahniah buat bro, saya pon memiliki rumah pada umur 26 tahun juga, hehehe
Alhamdulillah..tercapai cita-cita kamu..tahniah..saya je yang tak jadi beli rumah,semata-mata..tak mampu dengan bayaran 10% dia yang hampir 15k..sedangkan baru bekerja 2 tahun.
Kerjaya sudah ada, rumah sudah ada, bila pula isteri?
Tahniah bro….Saya yang dah tua ni pun tak beli rumah lagi….ini semua atas keslipan diri sendiri jugak….
tahniah bro… harap akan maju terus kehadapan… insya Allah
tahniah Mr Ariff…saya telah membeli rumah pertama saya 2 tahun lalu ketika saya berumur 25 tahun. Time tu kawan2 lain yg baru kerja sibuk beli kereta baru n berjenama. Saya pakai motor n kereta secondhand je. Alhamdulillah saya buat pilihan yg tepat dari awal
Tahniah Tn…dpt rumah baru
Tahniah Ariff. Walaupun usia masih muda tetapi anda telah mempunyai matlamat hidup yang jelas..
tahniah bro..
beli hartanah tanpa modal
Alhamdulillah dan Tahniah Ariff sebab berjaya beli rumah pada usia sebegini. Saya yang sebaya Ariff belum mampu lagi nak beli rumah. Insyaallah saya akan terus berusaha..
tahniah tahniah. jeles jugak. dalam perancangan nak beli rumah. :)
Good to hear, umur 26 dah ada aset (rumah) sndiri.
I’m so proud of u Mr. Ariff :)
26 dah ada rumah sendiri? hrmm salute u bro!
terbaik…
bagus… bukan senang umur 26 layak beli rumah..
tahniah, lepas ni boleh lah focus “orang rumah” pulak hehe
Akhirnya,
Tahniah bro..
Tahniah ariff. Langkah yang betul di usia muda. Bertuah sebab AE sentiasa disisi.
Tahniah bro…ada rakan2 ofis yang usia almost 40 pun masih belum memiliki rumah..Ada rakan2 isteri pun sama…Masa pergi tengok projek zeva aritu pun, ada seorang makcik usia 44 tahun baru nak beli rumah pertamanya…..Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? Planning nak belikan rumah untuk anak2 sebelum mereka habis belajar hasil duit simpanan tabung bunian utk mereka selama ini,…
Untunglah anak ada harta tinggalan bro. Bagus2. Kalau sekarang pun dah susah nak daptkan aset, tak taulah future nanti macam mana
bole la pergi rumah bro nanti raya ni.. he he
Saya berbesar hati menerima kunjungan otai kawasan :)
Cepat cari org rumah pulakk! Haha
Salam bro..bukan ker entri sebelum ni bro ade beli rumah jugak siap de gambar dgn bro ae…kompius sekejap
Yang ni lah rumah tu. Rumah kos rendah perlu masa 3-6 bulan untuk urusan pindahmilik
Tahniah bro dah beli rumah..aim untuk yang kedua pulak..hehe