Mana Nak Cari Rumah Murah di Selangor Dan KL?

laguna biru spnb

Ada yang PM saya mana nak cari rumah murah, samada minda contact agen hartanah ataupun cara-cara lain. Terus terang, saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk bagi nasihat, cuma saya boleh kongsikan apa yang saya tahu. Nak tips lebih bagus, boleh tanya AE ataupun join seminar yang ada sekarang.

Untuk tahu rumah tu murah atau tak, first thing kena tahu market value di kawasan tersebut. Laman seperti iProperty dan Mudah boleh digunakan untuk mendapatkan idea berapa anggaran harga rumah di kawasan tersebut.

Kalau pernah berurusan dengan bank dan kenal beberapa banker, boleh minta mereka periksa nilai market value yang boleh ditawarkan oleh bank mereka.

Pada saya, rumah murah biasanya mempunyai harga permintaan (asking price) yang lebih rendah daripada nilai yang diberikan oleh pihak bank. Ini adalah kerana, kalau beli pada harga di bawah market value, bolehlah nak kawtim dengan penjual supaya mark-up S&P (dan dapat duit lebih) atau refinance bila nilai rumah tu naik lagi.

Bergantung pada individu, ada yang cakap 10% bawah market value pun dah kira murah.

Kedua, lokasi. Good investment bergantung kepada location, begitu juga harga. Kadang-kadang tempat yang kita nak tinggal tu tak perlu kepada kawasan yang popular dan matang. Asalkan ada kemudahan asas seperti bank, pejabat pos, kedai runcit dan stesen minyak, cukup.

Lokasi mungkin kat ceruk mana entah, tapi kalau akses baik, dekat dengan jalan besar/highway, good enough dah. Contoh, Puncak Alam (dulu, sekarang macam tak je..) dan Sungai Buloh.

Ketiga, laman SPNB bolehlah dirujuk untuk mengetahui projek perumahan mampu milik yang dilancarkan oleh kerajaan. Mereka mempunyai banyak skim untuk membantu rakyat dalam pemilikan rumah, cuma proses dia kadang-kadang leceh sikit. Untuk rumah di Wilayah Persekutuan, boleh daftar di laman RUMAWIP (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan).

Keempat, rumah lelong. Lelong ni boleh jadi pilihan yang bagus sebab kadang-kadang tempat yang kita nak tu takde orang lain minat, jadi berkemungkinan besar boleh menang reserve price. Boleh follow page Facebook ni untuk tengok listing rumah lelong yang menarik dan recommendation agent tu. Sesuai untuk investor dan mereka yang nak cari rumah murah. Cuma downside lelong ni, kena standby cash lebih sikit berbanding kalau beli subsale.

Last option, PR1MA. Projek PR1MA banyak akan dilancarkan tahun ni. Jadi pastikan borang permohonan telah dilengkapkan dan segala dokumen telah dilampirkan bersama. Saya pun kena kemaskini permohonan PR1MA sebab masa isi dulu bujang, sekarang dah tukar status.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

9 Comments

  • fahmi

    10 April, 2014 at 10:22 am

    Salam
    saya nak tahu mengenai masalah saya.Saya ada satu rumah flat kos rendah untuk dijual,tetapi pembeli bergaji rm2.5k sebulan. Adakah perlu mengikuti terma dan syarat pendapatan isi rumah rm5k kebawah atau sesiapa sahaja boleh memilikinya. Minta pendapat en Tarmizi…
    Minta balas di email saya
    fami_mie86@hotmail.com
    Terima kasih

  • Syahril Hafiz

    19 February, 2014 at 9:46 pm

    Kalau aku nak stay KL atau selangor, prefer ambik yang bantuan kerajaan tu je, biar leceh sikit asalkan setimpal dari 100k lebih rumah kaki persegi 40 x 60 contoh.. Nahh baik buat rumah kampung kerja kat lain :)

    Rumah lelong /rumah 2nd hand baloi ke beli bro pada pendapat hang bro? (Kawasan ceruk)

      • Yuyu

        19 February, 2014 at 2:45 pm

        Tah lah aku pun sakit kepala fikir..most probably aku kerja putrajaya..jack stay kerja KL..tp at one point, may be aku akan mintak transfer kerajaan negeri..balik melaka ke..rumah sana pun still affordable..

        Kalau consider kerja kau, mmg susah nak dpt yg pay well outside of KL/S’gor..tak mcm negara lain yg kau boleh pergi negeri2 lain and dpt better opportunities without compromising your life quality..

        In 10/20 years time, kau mmg imagine life kau settle down dgn the environment of KL/S’gor ke..?