Sabtu lepas jumpa client kat Kota Kemuning. Kebetulan saya baca kat forum Lowyat showroom Ecoworld untuk development EcoSanctuary di Canal City baru siap. Nampak pulak banner bersusun sepanjang jalan di Kota Kemuning. So apa lagi, menyinggah la kejap.
Sebelum ni pernah pergi tengok tapak projek dan show house di Puncak Alam under IJM. Biasa je tu. EcoWorld siap buat show village untuk whole development dan lanskaping sepanjang jalan ke show gallery dah siap. Seolah-olah macam masuk bandar baru yang dirancang betul-betul. Kalau ada pembinaan dia tutup dengan billboard besar dengan branding dan iklan sepanjang jalan.
Canal City ni adalah projek gabungan tiga developer iaitu IJM, Tropicana & EcoWorld. Kalau ikut pricing, IJM lah paling marhaen. Tropicana dan EcoWorld concentrate pada produk yang premium tapi Tropicana punya pricing murah sikit je berbanding EcoWorld. Bagi sesetengah orang, EcoWorld letak harga tak masuk akal tapi sebab produk dan branding mereka ramai orang suka, memang normal projek mereka cepat terjual.
Linked house 24 x 85 paling murah kat sini starting RM1.08M je. haha..
Simple je design. Dan kemas. Tapi ni bahagian belakang dia ok. Konsep sekarang ni bahagian depan rumah tempat kereta keluar masuk je, belakang ada laluan 20 – 25 feet away daripada rumah. Tropicana pun buat konsep sama kat sini.
Kalau tengok gambar atas ni, yang cermin gelap tu separated room yang boleh dibuat sebagai second living area, dining hall, guest room atau apa-apa yang rasa sesuai.
Canal City development ni kelebihan dia adalah taman tasik yang memang besar yang bakal dikongsi dengan 3 development kat sini. Memang best. Kalau tengok kat KL/Selangor sekarang taman-taman awam ni semua bukan kat tempat orang tinggal tapi kat tengah bandar?
Dulu masa tanah murah takde orang terfikir nak buat taman awam dalam kawasan perumahan, yang ada hanyalah taman permainan yang sekangkang kera tu. Habis hebat pun adalah padang bola.. Now new development kebanyakan integrate sekali taman awam.
The Parque Residensces. Projek condo kat sini. 545 – 1300 sqft. Harga starting RM350k+ lepas diskaun. Boleh sewa ke tak? I doubt. Beli untuk own stay always ok la kan. Memang kena ada holding power kalau nak flip ni sebab kena jual kat orang yang nak tinggal kat sini, bukan untuk investor.
Yang tak best, unit condo dijual kat sini kosong. Kalau tak silap takde dapat semi furnish package. Semua tu sendiri. Dalam forum Lowyat memang orang komplen mahal, tapi beli jugak kan.
Satu perkara yang saya sedar sepanjang jalan-jalan di show village ni, saya ada jumpa satu je family Melayu yang datang. Itu pun sebab dia dah beli kat IJM dan singgah nak tengok projek EcoWorld. Lain-lain Cina dan India. Giler ah..
Anyway, kalau rasa nak lagi entri review new launch macam ni, boleh la Like/Share entri ni. At least saya tau ada follower untuk topik ni. Kadang-kadang rajin jugak pergi tengok new launch sampai wife naik penat, cuma tak sure ada orang yang minat nak tau ke tak dalam blog ni.
12 Comments
fara
13 November, 2015 at 12:40 amSaya minat melawat show unit..tapi awang saya pulak tak minat..hehehehe. Teruskan sharing..
Hafizul
21 October, 2015 at 3:41 pmHuhu..memang murah giler kalau main harga Milion macam tu..hahaha..dah sah la saya ni mampu tengok aje…
azrin
21 October, 2015 at 11:49 amcantik design rumah ni. moden. tapi mampu tengok je lah untuk sekarang ni. hehe
rahimah
21 October, 2015 at 7:48 amSaya suka baca pasal hartanah untuk tambah ilmu . Cukup ilmu insyaallah boleh mula invest pula.Tak rugi beli hartanah sebab ia pelaburan menguntungkan selain emas jika betul caranya.
eyriqazz
20 October, 2015 at 7:43 pmHohohoh..serius, memang mampu tengok je…
Aida
19 October, 2015 at 2:50 pmDulu suka, sekarang since banyak sgt development so jadi malas dah nak pergi tengok… kalau pergi tengok pun utk preferred location development. Setuju dgn abang Melayu tu, datang bukan semesti utk beli tapi utk ambil tahu surrounding development
aqmalfaiz
19 October, 2015 at 12:42 pmaku minat baca, tapi nak round sendiri tu tk berapa sangat, lagi-lagi yang jauh sangat dari kemampuan macam gini…hahha
tapi elok jugak round rasanya, inspire diri untuk increase net worth
Yanieyusuf
19 October, 2015 at 11:37 amMenarik!! Cantik design rumahnya..
ana
19 October, 2015 at 9:22 amsaya suka topik mcmni diketengahkan..huhu..
mmg mahal hrga rumah skrg..kat luar bandar pn harga rumah dh naik mendadak..
Aizuddin
19 October, 2015 at 9:01 amMemang info yang berguna at least ada `independent’ reviu selain dari developer sendiri
roshida
18 October, 2015 at 11:56 pmkipidap! ramai yang nak beli rumah baru kalau ada review dari selain developer memang sangat berguna..
Suriya
18 October, 2015 at 11:44 pmteruskan topic macam ni. kadang2 ramai yang tak tahu bila ada launching begini. walaupun tak beli, survey mata pun best dah :D