Cakap pasal kerja, layankan lagu daripada Meet Uncle Hussain - La La Kerjalah
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Pertama sekali apa yang aku maksudkan dengan blogger tegar ini ialah blogger yang duduk depan komputer 24 jam. Blogger tegar ni tak semestinya dia buat duit ribu-riban setahun daripada hasil berblogging, yang buat duit banyak tu aku panggil blogger otai atau lebih ringkas lagi, otai. Aku ni tegang tegar je, belum otai lagi. Dah takde aktiviti lain cuti ni, duduk depan komputer je la. Dunia yang aku terokai adalah dunia internet ni. Nak keluar, malas! ..kecuali kalau pergi gym sebelah ni.
Disebabkan aku baru je kemas bilik hari ni, maka aku kongsilah sikit rupa ruang kerja aku. Seorang blogger tegar memerlukan ruang kerja yang luas, kemas, hensem dan selesa untuk membolehkan dia menulis perkara-perkara mengarut di dalam blognya. Yelah, kalau barang bersepah otak mesti serabut..
Pandangan atas
Semua standard je kot. Kertas putih tu jadual waktu solat. Waktu sembahyang kat sini berubah-ubah dan kalau berubah memang jauh beza. Bergantung pada musim. Kalau musim sejuk, subuh start pukul 7:50 pagi, zohor 12:30, asar 2:00 petang maghrib pukul 4:00 petang and isyak pukul 5:15 petang. Jadi kalau takde jadual memang leceh la.
Pisau lipat untuk mempertahankan diri dan kalau ada orang kacau aku berblogging boleh kasi zass sama dia. haha.. Inilah pisau yang aku cakap dalam pos sebelum ni, pasal cerita aku bertembung dengan mamat Russia muka ganas.
Kat bawah monitor ada duit Russian 10 rubles. Lebih kurang RM1.10 camtu la. Bodoh punya currency. Lepas tu ada earphone untuk iPhone aku. iPhone tengah charge. dah lama phone aku tak berbunyi.. Kunci 2 set tu dua-dua kunci bilik. Keychain London ngan Paris orang kasi. Aku belum sempat lagi nak jalan-jalan.. still waiting for the right companion.
Ni bahagian tepi belah kanan meja
Air mesti sentiasa ada. Aku baca kalau nak kuruskan badan ni elok minum air banyak-banyak sebab bila minum banyak perut penuh. Jadi nanti masa nak makan takdelah makan banyak-banyak. Lepas tu ada buku I Will Teach You To Be Rich oleh Ramit Sethi. Buku beli direct from US. Bagus gak buku ni. Macam-macam dia ajar pasal personal finance. Masih belum habis membaca buku itu. Bawah buku tu ada majalah Men's Health. Haha.. Pinjam member punya je.
Yang balang besar tu aku dah tunjuk kat pos sebelum ni pasal nak jadi gagah tu.. title memang tak boleh blah. Benda tu adalah muscle gainer, aku amik gainer sebab aku nak besarkan sikit badan ni. Kadar metabolisma badan aku terlalu tinggi, jadi makan banyak pun susah nak naik. Kena amik supplement. Minum sebelum tidur dan time breakfast. Atas gainer tu pulak multivitamin untuk lelaki. Don't play play eh.. haha. Yang peliknya, kat kotak tu tulis suruh makan 3 biji sehari. Mak aih.. banyak tu! Satu pil pun dah cukup besar dah. Jadi aku tak ikut cakap kat kotak tu, aku bantai makan sebiji sehari je. Saving sket :D
Jadi itulah yang ada atas meja aku. Itulah yang aku hadap sepanjang empat tahun ni dan akan aku hadapi lagi dua tahun. Cisdel betul..






53 Responses to “Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar” Leave a reply ›
ko mnum btol plastik ek.xelokla...aku ade bce byk psal btol keburukan btol plastik ni.ko cbela google.aku tgk work on blog aku sal info2 cmtu.lau ko gne btol gak at least jgn lme sgt or jgn lgsung ltk air panas/suam dlm btol plastik.sgt xelok.k la.aku da bke ni.mkn nandos lg.adoi...nsb2
Heh.. metabolisme terlalu tinggi... makan banyak mana pun takkan naik. tunggu kawen baru naik.. Haha...
Cerita terbaru hanis.. Hari Paling "Seronok" Buat Aku [Pelajar UiTM]
Itulah. Kena tunggu ada bini kasi makan, kejap je badan naik
Adakah aku juga seorang blogger tegar?
mmmm.....kemas ya meja, ke nak ambil gbr baru nak kemas?
ahak....
Of course nak ambil gambar baru kemas :P
Tapi.. lebih kurang camtu jer pun all the time. huhu~
agak kemas la meja kamu..
nape ek currency bodoh? hehehe xpaham. tlg eksplen
Cerita terbaru nOj.. pengalaman saya naik court kerana tidak membayar PTPTN (episod yg korang tunggu tunggu) - wajib baca tuk semua peminjam PTPTN