Rombongan Abang Ensem Ke Utara (Part 3)

Dah sampai part 3. Saya pun baru sampai rumah. Penat tapi layan jelah update blog dan upload gambat. Tadi dah bantai tidur dekat dua jam dalam Estima. Ada orang tu menyanyi tak sudah-sudah, terpaksa tidur sebab tak nak dengar..

Malam minggu pergi melawat bahagian pulau. Tak tau mana nak pergi, last-last layan Nasi Kandar Line Clear. Oklah.. Line Clear ni popular sebab tempat dia je yang unik; terletak di lorong antara dua buah kedai. Food wise is normal.

DSC_7599DSC_7600DSC_7606

Aslam punya Nasi Kandar. Aslam ni first time merasa nasi kandar, kiranya baru pecah dara la malam tu. Kena penangan nasi kandar, nak balik Kepala Batas lepas tu terus terlelap dalam Estima.

DSC_7610

Pagi tadi sebelum seminar bermula. Tuan Bri tersesat entah ke mana. Nasib baik sampai..

DSC_7612

Seminar dimulakan oleh AE

DSC_7613

Bro Rusaidi tekun prepare untuk sesi bersama lawyer. Gegar dah tu..

DSC_7615

Keseluruhan dewan seminar. Kalau saya pun confirm gegar.

DSC_7628

Pegi seminar AE ni memang kenyang makan la.. Ada makan pagi, lunch dan minum petang. Ni sempat tangkap gambar dessert je masa lunch. Saje test power mana tau lepas ni dapat job jadi food blogger pulak ke..

DSC_7630

Cara penyampaian Tuan Bri lain daripada yang lain. Interesting.

DSC_7632

Tuan Bri. Orangnya tinggi lampai. Tak sempat pulak tangkap gambar dengannya.

DSC_7644

Keseluruhan peserta seminar sesi Utara

DSC_7646

Lepas seminar, sesi ngeteh di kedai mamak depan hotel.

I say seronok gaklah trip ni. Live update on-the-road agak mencabar, terutamanya nak keep blog ni sentiasa updated up to schedule. In a way, saya belajar banyak tentang blog management ketika outstation macam ni.

Tentang seminar, RM150 adalah sangat murah sebenarnya untuk pengisian sehingga ke petang daripada tiga orang penceramah. Mungkin lepas ni kalau ada tak boleh dah buat pada harga tu.

Looking forward to my next trip (kalau ada). Thanks to AE, Brader Mil, Bro Rusaidi dan Aslam sebab buat trip ni happening.

22 Comments