RM120,000

Itu asking price untuk kebanyakan rumah low cost di seksyen 7 Shah Alam sekarang.

Lebih kurang lapan bulan yang lepas, saya berjaya membeli rumah low cost di seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni memang terkenal sebagai lubuk untuk pelabur hartanah membeli kerana ramai pelajar yang menyewa dan tak lama lagi hospital besar di situ akan siap.

Harga belian saya adalah RM85,000. Minggu lepas, jumpa dengan agen yang menguruskan rumah tersebut dan katanya, harga rumah low cost di situ tak kurang daripada RM120,000.

Sebab tak percaya dengan apa yang dia cakap, balik rumah saya buat buat carian di Mudah. Hasilnya, adalah satu listing untuk low cost tingkat 5 (unit saya tingkat 4), asking price RM135,000. Gila.

low-cost-seksyen-7

Terus terdetik dalam hati saya, bukan tentang keuntungan yang telah dicapai tapi tentang nasib anak muda bangsa Melayu sekarang yang masih takde rumah. Sedih. Rumah low cost macam tu pun dah nak dekat RM150,000. Kena faham bila cakap low cost, rumah ni hanya layak dibeli oleh mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Walaupun dari segi kemampuan boleh lagi nak dapatkan loan, tapi bila harga tinggi macam ni, downpayment pun tinggi. Saya tak rasa fresh grad kita ada ready cash belasan ribu dalam bank. Selalunya masa baru kerja inilah mereka sibuk nak beli kereta/moto baru, handphone baru dan macam-macam lagi yang baru. Tu belum cerita yang sibuk nak kahwin pulak.

Dalam keadaan harga hartanah yang sedang melambung tinggi sekarang, pendapat saya, cari dan beli sekarang, especially untuk pembeli hartanah pertama. The more you wait, the more you lose out.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

27 Comments