Review Penuh Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa Pulau Pinang

shangri-la rasa sayang-17

Percutian ke Shangri-La Rasa Sayang Resot & Spa Pulau Pinang ni adalah percutian yang ditunggu-tunggu oleh saya dan isteri. Mana taknya, kalau diikutkan sepatutnya kami berada di Itali sekarang untuk percutian selama dua minggu tapi disebabkan kami bakal menimang cahaya mata tak lama lagi (bulan ni!) percutian ini terpaksa ditangguhkan.

Walaupun tidak dapat ke Eropah, kami bertuah kerana dijemput oleh Shangri-La untuk bercuti selama dua hari tiga malam di Rasa Sayang Resort & Spa Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, resort ini adalah resort / hotel mewah pertama dibina di Batu Ferrenggi dan dibuka pada tahun 1973. Lokasi resort ini boleh dikatakan yang terbaik dipilih di kawasan Batu Ferenggi untuk dijadikan lokasi resort percutian mewah.

shangri-la rasa sayang

shangri-la rasa sayang-5

Masuk je ke tapak resort, kami seolah-olah berada di dalam Taman Negara kerana sekeliling resort ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun. Tak hairanlah bahagian bangunan tempat kami menginap diberikan nama Garden Wing kerana ia sememangnya berada di dalam sebuah taman semulajadi yang telah wujud sejak dulu lagi. Ciri seperti ini memang mahal dan tidak boleh ditiru di tempat lain menjadikan Rasa Sayang Resort & Spa ini unik dengan identitinya yang tersendiri.

Sebelum dibawa naik ke bilik, kami sempat makan tengah hari bersama Direktor Komunikasi, Encik Suleiman Tunku Abdul Rahman dan diperkenalkan kepada beberapa staf yang telah lama berkhidmat di resort ini. Tak sangka masih ada lagi staf yang telah bertugas di sini sejak resort ini dibuka.

Untuk resort percutian seperti ini, identiti resort haruslah dikekalkan walaupun kualiti perkhidmatan ditambah baik dari tahun ke tahun. Dengan itu, tetamu yang pernah menginap di resort ini akan kembali lagi ke sini kerana merasakan resort ini sebagai rumah kedua mereka. Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa mempunyai sekumpulan tetamu yang akan menginap lama (ada yang sampai 6 bulan!) di sini setiap tahun dan tetamu-tetamu ini cukup dikenali di kalangan staf yang telah berkhidmat lama di sini.

shangri-la rasa sayang-2

Kami menginap di tingkat 7, Garden Wing Deluxe Seaview Room. Di tingkat ini, dapatlah menikmati pemandangan garden pool dan terus ke laut luas tanpa sebarang halangan daripada pokok atau bangunan lain. Saya rasa bilik ni adalah bilik yang mempunyai best view dalam resort ni.

shangri-la rasa sayang-1

Dalam bilik ada King size bed, sofa bed, minibar dengan complimentary coffee & tea, complimentary fruit basket yang sentiasa dipenuhkan setiap hari dan toilet dengan bath tub. Disebabkan seluruh Garden Wing ni baru selesai direnovate dan ditukar perabutnya yang menelan belanja sebanyak RM100 juta, memang boleh rasa resort ni macam resort baru walaupun pada hakikatnya resort ni wujud sejak zaman 70-an lagi.

shangri-la rasa sayang-18

Room service datang dua kali sehari iaitu siang dan malam sebelum dinner. Siang mereka kemaskan bilik dan malam, mereka prepare bilik untuk tidur. Memang boleh jadi spoiled kalau tinggal kat sini hari-hari.

shangri-la rasa sayang-9

Staf yang mesra pelanggan di mana sahaja dalam hotel ni. Ask them anything and they will be delighted to assist / answer

Restoren utama dalam Garden Wing ni adalah Spice Market Cafe yang menyajikan hidangan Cina, India, Baba-Nyonya, Jepun, Thai dan barat. Restoren ni terletak bersebalahan kolam renang, di bawah pokok rendang yang berusia 200 tahun. Kalau datang sini, mesti try makan kat bahagian dalam restoren untuk melihat sendiri live kitchen concept di mana tetamu boleh berinteraksi terus dengan chef yang menyediakan makanan anda try juga makan di bahagian luar restoren untuk menikmati suasana santai di bawah pokok yang rendang ni.

Kalau nak duduk luar, saya recommend waktu pagi. Udara tepi laut yang segar + pressed coffee resort ni adalah kombinasi yang memang power! Untuk breakfast, boleh dapatkan almost apa sahaja makanan tapi saya paling recommend dim sum mereka. Ini bukan jenis dim sum instant tu ya, beza langit dengan bumi.

Paling penting, bahan mentah, cara masakan dan bahan masakan kat Spice Market Cafe ni semuanya halal. Ini kelebihan kalau bercuti dalam negara. Senang nak makan.

Saya tak sempat nak enjoy roti dan donut yang mereka buat sendiri. Macam-macam donut dan pastry ada, tapi tak cukup hari nak try semuanya. Serius la, kalau nak bercuti kat resort lima bintang macam ni, memang salah satu aktiviti kat sini adalah makan macam-macam dan try segala food yang mereka hidang selain daripada melepak, pegi spa dan sebagainya.

shangri-la rasa sayang-10

Jangan ketinggalan untuk try seafood buffet dinner yang diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu. Memang rugi tak try untuk yang jenis minat seafood. Main attraction masa buffet ni adalah lobster dengan grilled cheese on top. Makanlah seberapa banyak lobster selagi larat kerana mereka akan non-stop top up sampai tamat waktu buffet.

shangri-la rasa sayang-13

Lobstarrr~

shangri-la rasa sayang-11

Tak reti nak makan ketam, takut bersepah. Tapi last-last saya tengok licin jugak. Rasa rugi sebab tak try hari tu

shangri-la rasa sayang-12

Kalau fed up dengan seafood, Indian food pun ada. Kalau fed up jugak? Get out of the resort. You are in Penang. Banyak popular food destination kat Penang.

Pantai Batu Ferenggi ni menghadap Laut Andaman, so everyday pengunjung di sini akan disajikan dengan pemandangan matahari terbenam. Nak mandi kat tepi pantai boleh, cuma kena hati-hati dengan obor-obor. Tapi buat apa nak mandi pantai kan kalau boleh mandi kat swimming pool. Pool resort ni cukup besar untuk accomodate tetamu yang ramai dan pool berasingan disediakan untuk kanak-kanak.

shangri-la rasa sayang-4

Petang-petang boleh lepak tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Mungkin benda ni dengar macam normal je, tapi bila tujuan datang ke resort macam ni untuk berehat tanpa perlu memikirkan pasal kerja (laptop saya ditinggalkan di rumah), barulah boleh hargai setiap saat di sini.

shangri-la rasa sayang-7

Kepada yang bekerja keras pagi petang siang malam ni, try this. Cari masa untuk bercuti. Lupakan kerja sekejap dan cari tempat yang best. You will enjoy it.

Nak rasa relax lagi? Pergi spa. Memang tak menyesal. CHI, The Spa adalah eksklusif kepada hotel dan resort di bawah jenama Shangri-La. Jadi boleh expect kualitinya sama dengan mana-mana CHI, The Spa di seluruh dunia. Saya buat back massage je, memang best lebih-lebih lagi yang mengurut tu ada 10 tahun pengalaman. Lelaki ya. Mana boleh perempuan urut. Ish..

shangri-la rasa sayang-16

Tetamu yang datang ke sini akan enjoy resort ni. View cantik dan hospitaliti mereka terbaik. Tak hairan banyak selebriti dan VVIP selalu singgah ke sini dan menjadi repeat visitor. Boleh dikatakan resort ni adalah tempat persinggahan terbaik kalau berada di Pulau Pinang.

shangri-la rasa sayang-3

shangri-la rasa sayang-8

‘Artifak’ seperti ini dan pelbagai artifak lain menghiasi hotel/resort di bawah jenama Shangri-La dan dipadankan dengan tema-lokasi hotel.

shangri-la rasa sayang-6

Bosan dengan pantai? Petang-petang ada persembahan gamelan di lobby resort yang turut disertai oleh staf hotel sendiri. Just relax and chill.

shangri-la rasa sayang-15

.. atau nikmati ketenangan di tepi pool ..

shangri-la rasa sayang-14

Adakah saya akan kembali ke sini? Sudah tentu. Terutamanya untuk young couple yang tak sempat pergi honeymoon overseas, Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa adalah untuk anda. Untuk young couple, nasihat saya pergi masa selain waktu cuti sekolah sebab resort ni juga popular sebagai destinasi percutian keluarga.

Recommended minimum stay adalah dua malam. Stay in dan enjoy kemudahan hotel ni. Lupa saya nak cakap, gym pun ada sekali bagi sesiapa yang tak nak ketinggalan sesi workout mereka.

Saya cuma tak puas hati tak dapat spend lebih banyak masa di resort ini. Maybe next time. Dengan itu, sekian sahaja review saya berkaitan Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa. Terima kasih kepada semua staf atas layanan yang terbaik. Keep it up and till we meet again.

Review versi bahasa Inggeris boleh dibaca di Notes & Places.

12 Comments

  • brightstar

    26 May, 2015 at 12:41 pm

    Very nice trip…

    *anyway, tuan punya blogger very very good looking… bila tau dia dah kawin, tetiba jiwa meruntun sendiri bagai alunan melodi degung suling sunda…. – motip bersinetron kan…..*

  • rahimah

    5 May, 2015 at 2:09 pm

    Dim sum dan satay kegemaran saya. Takut-takut nak makan dim sum kat KL ni takut tak halal.Nak buat sendiri tak pandai dan paling teruk sekali…malas he he.

  • ProfHariz

    3 May, 2015 at 10:13 pm

    Review yang superb terbaik.

    Sejujurnya pernah walk in nak holiday sini tetapi bila dimaklumkan harganya bagi saya sangat tidak sesuai bagi saya yang boleh menginap 3hari 2malam bersamaan dengan sebulan gaji.

    Jadi mungkin tunggu income konsisten RM30k baru boleh layan holiday sini.

    Anyway untuk massage tu kira harga lain ye? Dan berapa ratenya?

    Buffer dinner dan breakfast berapa untuk org luar?

    • Ariff

      3 May, 2015 at 11:09 pm

      Takpe. One fine day nanti dapat jugak. Landasan dah betul.

      Massage tu kira lain. Saya kena RM270 je.

      Buffet dinner kalau tak silap RM180 camtu. Kena pastikan makan makanan yang berbaloi pada harga dia lah kan. Kalau orang tak biasa makan buffet, rugi.

      Breakfast kalau tak silap RM100. Yang ni tak sure sangat sebab bilik dah pakej sekali dengan breakfast. Tapi kalau stay sini, breakfast takpe nak skip cuma seafood buffet dinner tu mesti try.