Review Penuh Nokia Asha 501

nokia-asha-501

Kecil-kecil cili padi.

Kebanyakan smartphone sekarang semakin membesar dan ada juga yang memanjang. Smartphone sepatutnya tidak terlalu besar untuk memudahkan ia dibawa kemana-mana.

Dengan Nokia Asha 501, saya kini telah menemui kembali smartphone yang sangat mudah dibawa kemana-mana, ringan dan ‘gets the job done’. Sebagai seorang engineer, saya memerlukan smartphone yang tidak bulky terutamanya ketika melawat kapalterbang di dalam hangar. Kadang-kadang terpaksa panjat masuk ke dalam kapal terbang dan agak menyusahkan kalau ada phone yang besar dalam poket seluar. Saiz Nokia Asha 501 yang comel itu cukup sempurna dan tidak mengganggu pergerakan saya ketika bekerja.

Pernah tak korang terfikir kenapa orang kadang-kadang tertinggal atau terlupa di mana mereka letak phone mereka? Alasannya mudah, saiz phone yang mereka gunakan kadang-kadang terlalu besar untuk tapak tangan mereka menyebabkan mereka merasa tidak selesa untuk memegang phone tersebut sepanjang masa. Jadi bila ditinggalkan di mana-mana, mereka mungkin terlupa mana phone tersebut diletakkan. Form factor dan rekabentuk sesebuah phone adalah penting supaya pengguna tidak berasa jengkel untuk menyimpan telefon mereka dalam kocek seluar sepanjang hari.

nokia-asha-501-ariff-shah

Anytime. Anywhere.

Fungsi utama Nokia Asha 501 adalah sebagai alat komunikasi utama yang unggul. Selain daripada fungsi biasa seperti penggunaan aplikasi social media (Facebook, Twitter), phone ini dilengkapi dengan slot kad SIM kedua yang jarang ditemui dalam kebanyakan smartphone di pasaran. Fungsi ini ditujukan khas kepada golongan yang bekerja kerana pada kebiasaannya golongan ini mempunyai lebih daripada satu simcard.

Dengan fungsi dual SIM ini, mereka tidak perlu lagi membawa dua buah phone kemana-mana kerana satu telefon sudah cukup untuk digunakan bersama kedua-dua kad SIM tadi. Fungsi ini juga dapat menjimatkan kos panggilan/sms. Pilih je telco yang sama dengan individu yang anda ingin hubungi untuk mendapat tarif panggilan/sms yang lebih murah.

Walaupun kecil, fungsi utama yang terdapat pada smartphone tidak diketepikan. Reply email seperti biasa, chat menggunakan aplikasi seperti Line dan surf website. Dengan Nokia Xpress Browser, saya dapat menjimatkan penggunaan data plan saya kerana browser canggih ini memaparkan website dalam format yang paling ringkas dan padat dengan content sahaja. Susah nak diterangkan macam mana, cuma anda perlu tahu penggunaan data plan anda akan berkurangan apabila menggunakan browser ini.

Kepada yang suka mendengar muzik sepanjang hari, Nokia Asha 501 ini juga sesuai dijadikan mp3 player. Slot in je memory card anda and you’re good to go. Tak perlu risau dah dengan masalah built-in memory yang kadang-kadang tak cukup.Tukar je kepada kad memori yang lebih besar.

nokia-asha-501-super-social

Sekarang, bagaimana korang nak dapat phone ni secara percuma? Cara paling mudah adalah menyertai contest yang Nokia sedang anjurkan sekarang.

Tema contest adalah Power Standout. Cara mudah je, ceritakan kisah kejayaan anda, atau sesiapa sahaja yang anda kenal atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tema kuasa di tangan anda. Mungkin boleh ceritakan tentang sesuatu tindakan yang anda ambil yang membuahkan hasil, atau boleh dijadikan inspirasi kepada yang lain.

Actually mudah sangat. Nak cerita pasal korang study sungguh-sungguh lepas tu dapat result cemerlang pun boleh. Bebas. At the end, just ajak kawan dan family untuk vote (confirm diornag support punya).

Contest ni sure win kepada sesiapa yang berusaha lebih sikit untuk menang. If not, korang boleh dapatkan phone ini pada harga RM299 sahaja. Murah woi!

Dan ini membawa saya kepada point terakhir tentang phone ni. It’s affordable! Kepada parents yang nak bagi first phone kepada anak-anak, phone ini adalah yang terbaik untuk mereka kerana pertama, korang boleh jimatkan duit dan kedua, phone ni mempunyai semua function popular seperti yang saya dah mention atas tadi.

Jadi itulah dia sedikit review daripada saya berkaitan Nokia Asha 501 ini. Memang puas hati dengan phone ni. Good job Nokia.

Menangi phone ini sekarang! 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments