Notice: Undefined index: aiosp_license_key in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/aioseop_class.php on line 5808
Review P1 Fiber | Ariff Shah

Review P1 Fiber

P1 Fiber. Same equipment as Unifi

Amat bertuah kerana diberi peluang untuk mencuba sendiri P1 Fiber melalui pakej OnePlan 169. Untuk pengetahuan semua, dari segi infrastruktur, P1 menggunakan rangkaian fiber daripada TM. Dalam erti kata lain, kualiti P1 Fiber ni sama sahaja dengan Unifi. Kalau Unifi down, maka downlah jugak P1.

Dari segi peralatan, rasanya semuanya sama dengan pelanggan Unifi. Dapat Dect phone, Broadband Termination Unit dan Premise Gateway untuk wifi. Cuma dengan P1, dapat peralatan tambahan iaitu modem Super Wiggy. Modem ini boleh digunakan untuk capaian internet ketika anda di luar dan berada dalam lingkungan rangkaian 4G P1. Kuota yang diberikan untuk on-the-go broadband ialah 3GB dengan kelajuan 1Mbps. Rasanya kuota tersebut memadai untuk kegunaan sebulan ketika anda berada di luar.

Kelajuan pun standard Unifi lah kan. Tak percaya tengok sendiri speed test untuk pakej OnePlan 169 5Mbps. So far, takde masalah langsung dari segi connection. Sangat berpuas hati.

Fiber by P1 speed test

Pakej ini untuk siapa? Macam yang saya cakap dulu, memang sesuai untuk blogger dan sesiapa sahaja yang menggunakan laptop di luar untuk bekerja. Anda boleh menjimatkan kos mobile broadband anda sebab pakej ini dah didatangkan sekali dengan modem 4G P1 percuma.

Untitled

Lagi satu, kalau kat rumah dah ada perkhidmatan kabel tv seperti Astro, rasanya takde orang yang menonton siaran tv yang diberikan sekali melalui pakej Unifi. Betul tak? Jadi daripada kita dapat apa yang tak mungkin kita gunakan, eloklah ambil pakej dengan modem 4G tadi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di Lembah Klang. Nak kasi orang lain guna modem 4G tadi pun boleh, tapi jangan jual pulak ye. Modem tu dipinjamkan oleh pihak P1 kepada anda.

Saya tak gunakan modem 4G ni, jadi mungkin akan diberikan kepada adik saya (itupun kalau tempatnya ada coverage P1). Dengan itu, bolehlah terminate plan broadbandnya yang memakan kos sehingga RM50 sebulan. Tak ke jimat tu?

25 Comments