Review 2014

ariff shah

Sekadar coretan peribadi.

1. Mulakan tahun dengan hidup berdua, tak lagi keseorangan. Alhamdulillah.

2. Start kerja di MNC yang terkenal di seluruh dunia aviation. Nasib baik sekarang dah stop kerja situ. Kalau tak mesti panas punggung sekarang sebab ada kapal yang mereka jaga jatuh.

3. Tukar kerja ke MNC lagi satu. Penyakit bila masuk MNC ni ialah, once you’re in one, next, next pun still MNC.

4. Tempat kerja selesa. Datang awal balik awal. Balik lambat 10 minit pun team leader dah bising suruh balik.

5. Buat takaful. Memang tak pernah terfikir, tapi benda takaful inilah benda yang semua orang perlu ada melainkan orang yang kaya juta-juta billion-billion. Apa jadi ada duit sendiri. Untuk orang biasa, apa jadi, at least adalah Takaful.

6. Set certain target untuk takaful. Achieve 95% daripada target tu. Alhamdulillah.

7. Pergi Singapore, Bali, Jepun. Oklah. Masih menunggu nak pergi Zurich.

8. Incoming first child. Alhamdulillah.

9. Signed S&P untuk second house. Alhamdulillah. Target nak beli satu rumah tahun ni tercapai.

10. With that said, tercapai jugaklah target nak beli kereta sendiri selepas membeli rumah kedua. Alhamdulillah. Kereta belum sampai sebab no plat yang ditunggu-tunggu belum tempah. Haa.. tunggulah kau..

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan dan memang terkongsi pun dalam blog ni. Sekadar snapshot balik untuk review dan buat strategi untuk 2015.

Tinggi jugak benchmark yang saya set untuk tahun ni. Ye la.. tahun 2015 kena lebih baik daripada tahun 2014 kan. Second baby maybe? Third house? Jadi manager kat MNC?

Selamat 2015!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments