Reply to Edisi Terjah Eyriqazz

Ini adalah entri kurang formal daripada biasa. haha~

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada Eyriqazz kerana kerajinan dia menerjah blog aku. Sebenarnya saje je aku sumbangkan score banyak-banyak kat dia sebab dia ada cakap sebelum tu pasal nak terjah penyumbang score terbanyak =) Tujuan dia satu je, nak dapatkan input ikhlas daripada orang lain. Bukan senang kita nak dapat orang mention kita dalam blog dia. Jadi bila dia mention tu, apa-apa yang orang tu cakap mesti ada banyak yang boleh dipakai dan diambil iktibar.

Cerita sikit pasal Eyriqazz a.k.a GTO. Blog dia ni lama dah! Dah 7 tahun. Aku respek orang yang boleh maintain blog lama-lama macam tu. Kalau ikutkan aku pun boleh buat blog sama usia macam tu, tapi dulu punya blog banyak dah delete. Yelah, masa tu tak matang lagi nak buat blog. Tak fikir jauh. Jadi buat blog yang entah hape-hape. Bila dah matang sket, rasa blog lama tu kebudak-budakan, terus delete. haha~ Harapannya lepas ni blog ni aku dapat maintain sampai bila-bila la. Selain daripada itu.. ades~ Banyak sangat post dalam archive dia. Apa kata korang visit eyriqazz.blogspot.com untuk tahu pasal dia lagi. Panjang lagi nak tulis nih.

Hobi aku adalah mereply komen orang kat blog ni, sebab komen adalah extension kepada entri. Kalau boleh aku nak ajer buang shoutbox tu, buat satu sticky post untuk sape-sape yang datang singgah supaya diorang tinggalkan ajer komen kat situ. Macam tu lagi untung sebab setiap komen akan diindex, jadi aku tak payah buat post baru pun dah banyak benda Google boleh index. Ingat tak tutorial aku pasal komen pun boleh bawak trafik masuk?

Lagipun kan sebenarnya blog ni boleh jadi tempat tukar buah fikiran, boleh jadi tempat berbincang dan sembang-sembang. Itu sebab adanya add ons untuk komen section macam Disqus ngan Intense Debate. Supaya penulis blog dapat berinteraksi dengan pembaca dia. Kalau tengok blog orang putih, semua hebat-hebat tempat komen dia. Aku tak kisah sangat la nak komen membina ke, komen ala kadar ke.. tu sume takde hal. Takde orang nak judge. Relax je sini, santai2. Kalau ada apa nak cakap, cakap je kat tempat komen tu.

Jadi sekarang aku nak mereply komen terpilih kat entri terjah Eyriqazz tu.

hahahak.. arif lak jadi mangsa..
hahaha.. aku penah gak lepak blog dia.
mmg best la.. cara penyampaian dia bagus..
hahaha.. – Aus

> Aku tak fikir yang cara penyampaian aku bagus. Huhu~ Selalu gak kalau aku nak tulis ‘ter’merepek cakap benda lain. Tapi yang penting korang dapat la point yang aku cuba sampaikan. Menulis ni kadang-kadang ketagih gak.

dah terjah!!template tu mesti susah nak coding2 sumer..t.t.. – KaorU IchibaNa

> Template? Mana ada coding sendiri. Satu keistimewaan WordPress ialah community dia memang pesat berkembang. Resources banyak. Aku amik template yang dah siap, ubah sikit sana sini. Jadilah macam ni =) Banyak lagi yang aku kena belajar. Entah dapat ke tak aku belajar. One advice, kalau blog yang jenis informasi tu semua, eloklah tukar ke WordPress cepat-cepat. Memang awal-awal slow start, tapi biar start lambat daripada bila dah maju nanti baru nak tukar ke WordPress memang payah nak dapat momentum balik. Tu belum lagi nak cakap SEO, Google PR, Alexa Rank.. semua hilang bila dah tukar.

jejaka idaman wanita malaysia? ahahahak.. tak boleh nak tengok gambar beliau lelama. karang tengok, cair satu badan. ngee^^

yup! blog dia best membaca. kadang2 seram nak comen2, coz takot ayat tak membina. lebih2 lagi bab tutorial. agagaga.. thnx dkat dia coz bnyk kasi tips ^^ – maisyara Pot! Pot!

> Point first no komen :P Yang pasal komen tu, lain kali komen je maisyara.. Takde hal punya membina ke tak. Takde orang marah, segala komen amatlah dialu-alukan.

tajuk entry itu buat aku tertarik. idaman wanita rupanya encik ariff kita nih. ekekeke – nursarah

> Jangan percaya. Eyriqazz puji lebih-lebih je tu..

ni yang teringgin nk terjah blog arif nie!!!
slalu tunggu entry terjah ni..sbb dpt taw byk blog yg besh!! – NuRul

> Ha.. sila-sila terjah. Setia menunggu =)

ada topik2 yg menarik laa…
nak gi buat lawatan gak aaaa :D
thx bro! – rasp

> Welkam! welkam! :D

kantoi di situ ye,.
dgn cik bintang,., – cikTi

> Si Bintang tu adalah Mr.Bintang la. Saya tukar banner ngan dia.

haha, mmg kacak. sib baik aku ni lelaki yg inginkan wanita – Matjoe

> Haha. Nasib baik hang tak gay. Bercakap pasal gay, masih banyak keyword gay melayu sesat ke sini. Takpelah, harapannya kalay gay gay tu tengok ada banyak tips berblogging, nanti diorang sebok berblogging lupa la jadi gay kot. haha~

ariff shah? selalu nampak nama dia kat geng blogger tapi lom penah masuk blog dia lagi. Ermm pas nie mesti masuk lah blog dia. Boleh timba ilmu sket.
Pas nie k ina KL plak? ermm bestnyer mesti terjah pasal makan je kan.. – CikLilyPutih

> Selalu ye nampak? Lain kali singgah je. Kat Geng Blogger tu saya tak popular sangat.. Biasa je..

Macam muka alex yoong pun ada di ariff nie..kembar kerrr..hehehe.. – JAI

> Kalau dulu-dulu lagi sebijik! Ni tak tipu punya.

Ariff nie kan..
seklai sumi pandang dh mcm ARTIS la pulak.. memang ada kene mengena ker ngan ARTIS…muahahaha

ishk…duk posing gmbr gitu..wat GADIS@ kat luar CAIR..termasuk mak budak ni..hahahahaha

eceh,…eceh..gurau jer.. tau dek IR ku matik aku..hahahaha – sumijelly

> Macam artis? ish. mana ada.. Takde kena mengena ngan artis pun. Jumpa Lisa Surihani dulu ade la. Oh~ rindu pula.. P/s: Gambar itu telah diphotoshop dengan hebatnya. Jangan percaya :P Credit goes to encik photographer Syahmi Afnan. Gi usha gambar-gambar daripada dia kat sini Flickr Syahmi Afnan

he is good tp rsenye populariti dia tak leh lawan si hot,Hanis Zalikha tu…tengok post awak yg pling populer bile terjah Hanis~ ^^ – siti nur fadhilah

> Siapa kata boleh lawan? Saya ni orang biasa jer..

pendapat personal aku pasal Arif ni, die blogger yg genius. bukan sebab die study kat moscow. hehe tp cara penyampaian die kat blog sangat matang actually. hehehe – lizz

> Hi Lizz :D sangat matang tu kadang-kadang terserius pulak. hehe.. lepas tu orang takut nak komen.. Tapi Lizz punya penulisan pun tak kurang juga hebatnya.. Banyak pengikut dia ni.

Sape lagi nak terjah aku? Kalau ada terjah ke, bagitau la kan. huhu~ Kerajinan kamu semua amat dihargai!


23 thoughts on “Reply to Edisi Terjah Eyriqazz