Renovation Rumah

ariff renovation 2

Busy. Sampai bulan depan busy macam ni..

  • Kalau boleh dapatkan quotation beberapa kontraktor, tapi sebab sendiri busy dan dah biasa dengan sorang kontraktor ni (+ recommendation kawan), maka tak kisah sangatlah.
  • Dapatkan breakdown quotation tentang apa yang dicaj. Dari breakdown boleh mintak diskaun sikit-sikit pada satu-satu item. Bila dijumlahkan, banyaklah diskaun yang diterima.
  • Beli sendiri barang. Kalau suruh kontraktor beli, confirm ada mark up. Bila beli sendiri, boleh kawal kualiti barang yang dibeli. Kalau suruh kontraktor beli, selagi kita cut cost, harga barang yang dibeli pun makin murah (kualiti rendah).
  • Bajet masing-masing, tapi saya kalau boleh tak nak lah kedekut sangat untuk renovate rumah sendiri.
  • Kalau buat tile untuk bilik mandi, eloklah buat water-proofing sekali untuk mengelakkan kerja dua kali kalau tiba-tiba bocor pulak nanti.
  • Renovate bilik air makan kos paling tinggi.
  • Kalau nak buat built-in cabinet, buat untuk dapur sahaja. Wardrobe tak payah. Sekarang dah ada Ikea, kos lagi jimat kalau beli kat Ikea berbanding built-in wardrobe.
  • Pastikan wiring semua dibuat sebelum cat. Mana plug yang tak cukup, boleh tambah. Untuk nampak cantik, wiring ni semua kena buat dalam dinding.
  • Pilih cat pun boleh jadi isu antara cat yang murah, cat dengan kandungan VOC rendah, cat yang nampak sempurna atau cat yang nampak bersinar. Padahal nak cat warna putih je..
  • Barang-barang untuk bilik air jenama Johnson Suisse lagi murah berbanding yang dijual di Ikea. Bukan semua benda murah kat Ikea.

Renovate rumah ni macam nak kahwin la.. Semua kos kena keluarkan sebelum dateline yang ditetapkan. Kalau kahwin, dateline dia tarikh perkahwinan, tapi dalam hal renovate rumah, dateline dia adalah masa kita nak pindah masuk nanti.

Senang cerita, kalau nak renovate, buat semua benda sekali supaya bila dah pindah masuk nanti tak pening kepala. Bila nak buat semua sekali, lump sum cost pun meningkat.

Dalam erti kata lain, ready jelah $$$.

Kalau takaful dan semua pilihan lain dalam hidup saya nak yang terbaik, takkanlah rumah nak buat biasa-biasa. Mesti nak yang terbaik jugak.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments