Renew Road Tax

Yes. Walaupun aku takde kereta hatta lesen memandu kereta sekalipun (jangan gelak!), aku masih perlu merenew roadtax untuk orang kat rumah. Bukan orang rumah (isteri), tapi orang kat rumah (mak). Oklah tu.. Kurang-kurang dah menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki meringankan tanggungjawab mak. Anak lelaki kena tahu tanggungjawab, kalau tak tak payah fikir la nak kahwin atau nak berdating-dating.

Sekali tengok blacklisted pulak kat JPJ walaupun saman ekor hari tu dah settle semua. Memang sampai matilah dia blacklist dalam sistem MYEG online ni. Faham-faham jelah orang Malaysia punya sistem ni macam mana.. Bila call tanya, “sistem belum update encik.. ” Sistem komputer yang mereka buat memang perlu diupdate secara manual agaknya, kena call JPJ, minta surat atau apa-apa yang menyatakan dah tak blacklisted, hantar ke MYEG lepas tu barulah boleh guna. Kalau tak silap aku, macam tu lah.. Ke ada cara lain?

Nasib baik duit MARA bulan April masuk dah. Hidup sebagai student macam ni la, bila dah terbayar macam-macam sekali selempap (dalam kes aku bayar internet untuk setahun terus) memang minggu terakhir kena ikat perut sikit. Perancangan nak tambah aset emas tergendala kejap. Takpe2. Mungkin bulan ni boleh.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

18 Comments