Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal relationship status kat Facebook orang. Banyak yang kita boleh huraikan sebenarnya. hehe~ Satu lagi entri ntahapehape daripada Ariff Shah.
Single
Terang dan nyata, tak perlu bersuluh lagi. Kalau perempuan letak status single, bunyinya lebih kurang macam ni “Hello, Nama saya XXX. Umur X. Saya masih single. Marilah berkenalan dengan saya =)” Kiranya awek yang letak relationship status as single ni memang dah ready untuk berkenalan dengan lelaki lain dan mungkin menjalin hubungan dengan mereka.
Kalau lelaki pulak, aku cakap kurang macho sket. haha~ Untuk lelaki, elemen surprise tu penting. Macam ni, mula-mula kita tunjuk minat kat girl tu. Tanya itu ini bla bla bla, lepas tu bila girl tu sedar yang kita bagi dia banyak attention mesti dia tertanya-tanya “ish.. mamat ni single ke tak ni?” Anxiety atau perasan ingin tahu bertindak lebih baik daripada kalau perempuan tu awal-awal lagi dah tau ko single. Sebabnya, kalau dia tahu ko single dan ko approach dia cakap nak kenal, dia dah bajet awal-awal yang ko mi tak lain dan tak bukan nak ngorat dia. Perempuan akan perasan hot bila ramai lelaki nak kenal dengan dia (ni aku tau daripada perempuan sendiri ok!) dan confirmla ramai lelaki tengah, sedang dan telah approach dia . Jadi agak susah la nak curi hati dia. chewahhh~
Lagi satu kalau lelaki yang tunjuk status single ni macam tak heran sangat nak ber-relationship ke tak masa tu. Mereka hanya menjadi jujur, tak nak fikir banyak-banyak sangat pasal perempuan.
In a Relationship
Yang ni dia tak cakap in a relationship dengan siapa. Sebabnya:
- Pasangan dia takde Facebook <– wujud lagi ke orang macam ni?
- Dia nak relationship tu jadi private, mungkin dalam friend list ade 5000 friends.
- Couple dia tak comel/kacak/cantik?
- Couple dia sama jantina, kira nak sembunyikan ke-homoseksualan dia la.
- Pasangan dia dah deactivate akaun Facebook tapi mereka masih bersama.
Kalau yang tulis dia in a relationship dengan si polan bin/binti si polan pulak:
- Pasangan cantik/hot/kacak/macho/bergaya. Mesti tunjuk kat semua orang. hoyeah~
- Biasanya pasangan ni kawan, mungkin kawan masa sekolah atau kawan kat uni, so kalau couple announce je la kat Facebook.
- Saje nak make it official. Sekarang ni Facebook dah jadi semacam kayu ukur relationship orang pulak padahal benda relationship ni personal, kalau tak mention pun takpe.
- Apa lagi? aah~ Aku dah buntu.. Tambah sendiri.
It’s Complicated
Golongan yang ni la kan aku rasa memang attention seeker betul la. Kalau relationship dah tak tentu dan ada complication tu tak payah la bagitau satu dunia, benda relationship ni sepatutnya jadi personal. Time happy boleh la share dengan satu dunia, time tak happy simpan sendiri cukuplah.
Yang jelas kat sini ialah, mereka ni mungkin jenis yang kurang serius dengan relationship tersebut. Dalam relationship ni, jangan elak daripada berhadapan dengan masalah. Lagi banyak kita elak, lagi besar masalah tu jadi. Bila sampai satu tahap besar sangat, dengan sakit hati yang dah terkumpul sekian lama, memang relation tu tak akan ke mana. Masing-masing dah bosan dan muak. Jadi kalaulah ada masalah sekecil mana pun, selesaikan dan kalau perlu, minta maaf atau maafkan kesalahan yang menjadi penyebab masalah tu. Kemaafan itu adalah sesuatu yang manis
Forgiveness is a funny thing. It warms the heart and cools the sting. ~William Arthur Ward
In An Open Relationship
Agak kelakar sebenarnya banyak orang kita dalam Facebook kadang-kadang letak status in an open relationship. Bila tanya balik tahu ke tak apa maksud status tu, semua terpinga-pinga tak reti jawab.
Pertama sekali kena tahu yang Facebook ni adalah permainan sosial orang putih pada asalnya. Mereka ni open, termasuklah bab-bab seksualiti ni semua. Jadi mereka cipta la status in an open relationship ni untuk pasangan yang tak mahu terikat tapi masih mahu bersama. Faham tak macam mana? Kononnya mungkin mereka berdua ni mungkin ada perasaan cinta, tapi belum ada masa untuk cinta itu dipupuk atau kedua-duanya masih belum bersedia. Jadi dengan adanya status macam ni yang wujud atas persetujuan kedua-dua belah pihak, mereka ni takdelah terikat atau bermonogami. Masing-masing bebas untuk keluar berjumpa dengan sesiapa dan mungkin tidur dengan date mereka pada hari itu tanpa rasa bersalah pada pasangan mereka.
Jadi agak pelik la bila aku nampak orang kita guna status tu. Kalau tak tau jangan buat sebab nanti menampakkan yang diri kita ni kurang bijak walaupun niat asalnya nak main-main sahaja.
Kalau tak tulis apa-apa?
Yang ni susah sikit, mungkin atas pagar, mungkin orang ini terlalu private, mungkin orang ni malas nak ber-relationship. Kita tak tau. Misteri. Nak tau kena tanya personally, tu pun kena ada sebab baek punya baru dia bagi tau..
Yang lain tu jarang nampak dan tak menarik untuk dibincangkan. So kita abaikan jelah ye. Apa kata korang? Ada nak tambah?
+ updated for relevence
hurm..
tadi baru jew tegur salah sorang kawan dekat fb, tahu ek makna open relatioship tu.. senyap jew.. huhu…
=)..sronok biler bacer entri nih..
saya letak engaged with si polan.
sebab mmg dah bertunang.
dan lagi status sebegini akan buat kita lebih selamat daripada dikacau orang lain.
mcm2 skrg yg letak status relationship ni. aku malas nak letak. letak single je. haha
salam singgah…
ada pro dan kontra…yang nyata, banyak yang terselindung kat dalam status hubungan tu semua…dan banyaknya, yang tak elok…ha ha…
err, networking kan?…
saya tak ada fb…ya, dah delete sebenarnya, cuba nak low profile…ahakss!.. :)
klau yg buat status engaged mcm mn lak??hehe
hoho…aku baru sahaja menulis mengenai perhubungan mesra di facebook a.k.a open relationship…memang rasa nak sekeh jerk nampak org melayu kita yg beragama islam taruk status tu…haha…lawak pun ada.
budak-budak sekolah ni pun..dah macam-macam statusnya kat facebook tu. pening cikgu dibuatnya..
aku daa comment entry ni but in august ^_^ hehehehe..errm….status tue kire trend jer..tp interesting..sbb mmg ramai org yg ske jaga tepi kain org…ngk pengguna fb tertinggi kt dunia mane? ikut percentage mlysia to 3…or top! hahaaha
Makan dalam betul entri nih. tapi aku stuju dengan status it’s complicated tuh sb memang nk gtau satu dunia yang dia ngah ada problem ngan bf/gf. ni especially yg letak status in relationship la sblm tuka jadi it’s complicated.
nis suka letak its complicated tak kira nis single ke ape ke so bnda tu just normal utk mengelakkan gangguan. itu bagi nis la…
kadang2 yg dah in relationship tapi tak tulis status atau letak single sbb takot saham jatuh. hohoho..
aku letak in relationship with……hehehe
gue xmementingkan sangat..
mainan alam maya je..
hahaaaa
sangat2 setuju ngn entry ni…tp sekurg2 nye kite leh taw status org 2 ape…mn la taw kot2 nak msuk jarum ke kan….
;)
hohoho relationship status sangat penting kat fb.. kalau aku tengok ada awek tu status dia in relationship ke enggaged ke married ke memang aku tak kacau langsung.. haha
letak yg sejujur-jujurnya dah la…buat pe nak sorok2
Saya single! xksahla ariffshah nak kata pe. :)
FB, meant for social networking. at times people tend to pretend to be somebody else so dat they can get more friends or get other people attention. Orang jenis ini begitu paranoid on how people would perceive them. Anyhow, i found those people who keep on changing their relationship status are meant to be hide their status in your update wall..:)
itu sebab aku tak tulis pape..barulah misteri nusantara
bg nys la kan, asenye pasal relation ni xyah nak bagitaw kat sume orang kalo setakat kapel tu kan.. yela.. bkn konfem pon jadi laki/bini lagi.. kang clash kecoh satu dunia lak bile tuka jadi ‘single’.. kalo kawen mmg patut tulis takut yang terkaco tu bini/laki orag.. naye gak kan..
im the one with in a relationship but he doesnt have fb!
yes, wujud lagi org mcm ni =.=”
but now dh x display status. reason? malas. like u said, tanya la klu nk tau haha
hahahaha.. yeah. wujud lagi orang yang takde fb. some people just too busy in the real world that they dont have time for internet
tak pernah terpikir pon pasal ni..tapi lepas baca entry ni, pasal relationship FB boleh jadi topik untuk buat entry..hihi..yang pasal single tu, kadang-kadang terpikir like girl tu jugak..huhu
single tak semetinya market. mungkin dia memang single. jujur.
aku pnh status in a relationship dgn org yg xde fb. so no hal.
it’s complicated ni stail nak tunjuk kat si dia yg hubungan tu bermasalah mungkin?
conclusion, tak yah amik port sgt. facebook je kot. ;)
start aku buat acc facebook sejak tue buat “in relationship with gf ” . yang penting aku tak la gedik2 tukar mcam setengah orang yang buat mcam tue , setiap 2minit tukar. lagipun , gf aku marah aku kalau tak buat nanti die cakap ” nk flirt la tue ” haha.
Hahaha. 100% tak setuju. Setiap org ada pendapat masing2 kan? Sorrrrriii.. We should focus on the life after wedding, not the wedding itself. Nabi SAW mengingatkn kita : “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair RA…). Pertunangan ialah suatu komitmen yg belum pasti. Ia boleh berakhir dgn perkahwinan atau kesudahan yg tdk di harapkan. You know what I mean.
ini semua mahukan attention saja. tak lebih dari itu.
kenapa fida aishah masuk dlm golongan tak tulis pape?hee..
hehe.. kadang2 orang ada sebab peribadi dia.
tapi benda ni semua tak penting sangat dah sebenarnya bila kita tahu dia sayang kita =)
letak x letak..sama jer kot….hehehe
ish2. banyak beza tu.. mana boleh sama.
bro nk set single 3… tp dorg xbenarkan.. cam mne tue ariff he..23x
tp mmg betul pun ape yg ko cakap tang in relationship tue
Kadang-kadang perlu nyatakan status relationship to avoid psycho dan paranoia…