Red Bull Hill Chasers @ Jalan Ara, Bangsar

Print

Dijemput untuk menyaksikan event Red Bull Hill Chasers di Jalan Ara, Bangsar. Event ini merupakan event penutup Red Bull di Malaysia untuk tahun 2012.

Red Bull Hill Chasers adalah merupakan pertandingan lumba basikal mendaki bukit. Dalam pertandingan ini, mereka mengumpulkan atlet daripada pelbagai latar belakang sukan berbasikal (mountain bike, fixie, BMX dan sebagainya) untuk bertanding dan menentukan basikal jenis apa paling hebat.

Competitors - Action

Competitors - Action

Favorite untuk menang dalam event ini pastilah mountain bike, tapi belum tentu lagi sebab nak pecut dan tukar gear masa naik bukit boleh menjadi masalah. Setiap basikal ada kelebihan dan kekurangannya dalam pertandingan ini dan ianya juga bergantung kepada keupayaan fizikal peserta untuk mengayuh basikal mendaki bukit. Kombinasi kedua-dua elemen inilah yang bakal menentukan siapa akan menjadi juara Red Bull Hill Chasers.

Perlumbaan menggunakan format knock-out di mana dua pelumba akan berlumba sesama sendiri dan yang kalah akan tersingkir. Pelumba yang telah terpilih dalam pusingan kelayakan akan berlumba dengan pelumba basikal elit tempatan yang dipilih oleh Red Bull. Ini adalah untuk mengalakkan lagi pelumba amatur untuk berusaha lebih gigih mencapai kejayaan dalam sukan berbasikal.

Tonton video kat bawah kalau tak faham lagi pasal event ni :P

IMG_0036Kawan blogger yang sorang ni patut join event Hill Chasers ni

Nasib baik mereka tak suruh saya sertai perlumbaan ini. Bila tengok balik bukit yang hendak didaki dan peserta yang kebanyakannya hebat-hebat belaka, dah tau memang confirm kalah punya dalam pusingan kelayakan.

Sekian sahaja laporan saya. Tak sabar nak lihat apa pula event Red Bull untuk tahun 2013. Hopefully mereka tak lupa nak jemput saya untuk sesi tahun hadapan.

IMG_0035

with Azura Red FM a.k.a. Disney Girl. Thanks Terry for taking the picture :)

Red Bull Hill Chasers @ Bristol, England

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments