Red Bull Flugtag @Siloso Beach, Singapore!

Reading Time: 3 minutes

Akhirnya dapat jugak tengok sendiri event Red Bull Flugtag yang diadakan buat pertama kalinya di Asia Tenggara. “Flugtag” (bahasa Jerman) bermaksud flying day atau hari untuk terbang. Dalam event ini, peserta dikehendaki untuk membina kapal terbang mereka sendiri dan perlu menerbangkan kapal terbang mereka dari atas platform setinggi 6 meter.

Malaysian media (dari kiri): yours truly, Azura (Red FM), Jason (Smashpop.net), Rayyan (thebigsmallboy.com), Terry (Red FM), Nicole (Red Bull), Natasha (RedFM) & Becky (Red Bull)

Peserta diadili berdasarkan jarak penerbangan, kreativiti kapal terbang dan persembahan sebelum mereka terbang. Sebagai engineer dalam bidang aeronautikal, memang nak sangatlah tengok kapal terbang peserta terbang jauh dan memecahkan rekod 69.79 meter yang telah dicapai dalam Flugtag di Jerman sebelum ini. Malangnya takde satu team pun berjaya memecahkan rekod tersebut.

This prawn will flyy!!!
Power Ranger dengan robot dia sekali nak terbang
Dari segi struktur, naga ni boleh dah terbang, cuma take off speed takde
Mereka kata durian ni identiti Singapore. hihi.. geli hati dengar

Walaupun begitu, event ni masih lagi menarik dan kelakar. Bukan tiap-tiap hari kita boleh tengok orang tolak kapal terbang durian (?) dari atas platform jatuh ke dalam air. Daripada apa yang saya lihat, orang Singapore memang sporting habis untuk join event yang giler macam ni.

Pasukan yang menang tempat pertama ni terdiri daripada pilot dan ex-cabin crew. Bebekalkan sedikit pengetahuan tentang kapal terbang, mereka berjaya terbang dan mendarat dengan selamat di atas air

Pemenang tempat pertama akan diterbangkan ke Austria untuk melawat Red Bull Hangar 7 iaitu sebuah pusat penyimpanan koleksi kapal terbang & helikopter kepunyaan Red Bull. Pemenang untuk jarak penerbangan paling jauh (18 meter) mendapat hadiah berupa sebuah kereta MINI untuk kegunaan selama 18 hari sahaja (lepas tu pulang balik) :p

Great event. Great day. Untuk dua tiga hari ni kena stay indoor je sebab dah sunburn. Thanks to Red Bull Blue & Silver (Product of Europe) atas jemputan ini. Looking forward to working with u guys on other projects in the future :)


Posted

in

by

Comments

21 responses to “Red Bull Flugtag @Siloso Beach, Singapore!”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    kalau dpt bwk mini tu pon jd la walaupon 18hari. bwk laju2, kasi kena AES byk2, pastu biar Redbull byr. hahah

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yang hadiah tu Mini yang sponsor

  2. azriMy Avatar

    macam meriah je… mesti seronok kan? hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      memang best! Tapi kalau pergi European punya, lagi happening kat sana

  3. donnyien Avatar

    memang best kalau dapat kesana bro..

  4. Nurul Avatar

    Semuanya best2.. main terbang terbang2 plak.. hehehe

  5. matjoe Avatar

    takde orang tak bagi ko masuk ke sebab muka ko mcm budak sekolah?

  6. boni kacak Avatar

    themes power rangers pun ada?hahahaha

  7. ika Avatar
    ika

    cantik gambar, pakai kamera apa? kamera ada kutu? tu yang lg lawa gambar tu…hantar servis ye..thank you :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ni gambar from Red Bull. From your camera tak transfer lagi

  8. hatiputera Avatar

    Memang extreme jer event yang dianjurkan red bull nie.

  9. beliamuda Avatar

    Red Bull Blue and Silver ni lain eh dengan Red Bull yang selalu jual kat Malaysia (kaler gold kot)?

    Ariff tak teringin nak join jugak ke kalau ada peluang? Mana tahu boleh apply knowledge aeronautikal tu.

  10. titan Avatar

    hoho..best gak kalau dapat lompat-lompat nihh..

  11. azmanisma Avatar

    macam2 mereka buat utk memeriahkan lagi acara ni…dapat jemputan ker Arif?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Red Bull Malaysia invite. So ikut jelah :)

  12. Amir Avatar
    Amir

    I know this place and recognize the hotel in the background. Masa pergi Singapore Ogos hari tu ada jalan kat pantai tu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      And you have to know the beach is artificial

  13. Anarm Avatar

    durian tu terbang jauh mana?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Jatuh bergolek. Tak sampai mana pun

  14. akubiomed Avatar

    Ada tim dari Malaysia tak bro?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Rasanya tak