Raya Terakhir Di Moscow

Agak lambat aku tulis entri ni.

Raya kat Moscow macam biasa sehari je. Keadaan kat sini memang tak mengizinkan sangat suasana tu berpanjangan. Apa-apa pun tahun ni beraya di embassy memang not bad at all.

Tahun-tahun sebelum ni memang ada je aku tak pergi beraya di kedutaan. Sebab utama adalah ramai sangat orang, biasanya sampai beratus-ratus. Rimas bila ramai sangat orang dan lebih tak best bila juadah pun tak cukup.

Bila kat luar negara ni, dengan family takde at least makanan time raya mestilah memuaskan hati. Kalau dah tau makanan takkan cukup, eloklah tak datang terus. ye tak?

Nak jumpa kawan pun tak sangat sebab kawan aku yang buat medic kat sini boleh kira dengan jari. Jadi itulah sebabnya sebelum ni aku tak heran sangat nak pergi embassy time raya.

Boleh dikatakan aku tak balik summer tahun ni adalah well timed and well planned. Pertama sebab aku dapat bercuti kat Europe sampai sebulan. Pecah rekod wei! Budak sebelum ni pergi setakat seminggu dua je.. Aku pergi bercuti siap boleh naik berbelas entri kat blog.

Thanks Amir sebab sponsor penginapan selama sebulan. hehe..

Secondly, yelah. Raya ni. Makanan banyak, kuih raya banyak dan tak ramai orang. All is well. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan staf-staf di pejabat kedutaan Malaysia, Russia. Memang terasa macam anak emas tahun ni.

Anak-anak MARA Moscow bersama En. Suhaimi (Pegawai Mara)

Agak terharu bila ada staff-staff kedutaan yang mengenali. Tak tau nak cakap apa.. cuma terima kasih kerana membaca =)

Cuma baju Melayu aku hilang entah kemana. Samada ada orang pinjam tak pulang atau orang Myanmar curik. Entah la..  Biasanya aku simpan baju Melayu maroon tu sekali dengan sampin songket merah dalam satu plastik. Malam raya, punggah-punggah tengok baju Melayu takde dalam plastik tu. #Fail sungguh. Terpaksalah pakai baju kemeja je pagi raya.

Semester akhir dah bermula. Walaupun aku ada empat bulan sebelum presentation final year thesis, empat bulan ni pasti akan menjadi empat bulan yang terpendek dalam hidup aku.

Wish me luck!

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

44 Comments