Rasa Rugi Melabur Dalam Unit Trust

rugi melabur unit trust

Saya 24, fresh graduate dari oversea. Belum bekerja.

Savings masa belajar tak banyak, dalam 10K je sebab elaun kami sikit tapi living cost tinggi. Ikat perut jugak la nak save duit. Savings di Malaysia dah habis guna untuk prepare before fly.

Tapi saya rasa saya quite terburu-buru or terlebih confident…antara benda yang saya buat dengan savings saya ialah sign up unit trust masa bulan February 2015. Equity fund. Dah lama baca pasal unit trust since 2009 tak silap. Masa tu saya banyak baca yang best2 je pasal UT. So saya terlebih confident dan tak amik masa betul2 untuk study pasal fund company lain. Saya decide untuk sign up sekarang sebab kononnya lagi awal mula lagi bagus untuk benefit from compounding interest.

Tapi skarang feeling tu berubah sebab saya dah aim nk beli property. Sebelum ni agak ignorant dengan property investment, mungkin sebab dulu rasa bende tu too complex. Lepas dah baca 2,3 buku pasal pelabuan hartanah baru ada semangat nak beli rumah before 30.

Saya lama-lama realise beli UT sekarang maybe not a very good idea. Kerja takde, apatah lagi 3 months emergency fund and plan takaful. Rasa nak ketuk je kepala sendiri sebab bukannya tak tau pasal ni.

Plus ada unexpected hal brlaku, saya terpaksa pinjamkan RM2.6K dekat ahli keluarga sebab ada hal terdesak (saya dari background lower middle class family). Dan ahli keluarga mungkin tak boleh nak bayar balik dalam masa terdekat. Itu agak menambahkan rasa ralat saya sebab masa balik from oversea saya rasa agak secure dengan savings yang ada.

Sekarang ni komitmen bulan-bulan takde sebab masih duduk dengan parents. Rasa ralat jugak dgn unit trust tu sebab nak tunggu profit mungkin makan bertahun2. Consultant cakap jangan withdraw sekarang tapi hati rasa tak sedap sebab savings dalam TH takdelah banyak sangat, ada dalam 4K je.

Saya mungkin dapat posting mungkin bulan 7. Gaji around 3K lepas campur elaun. Hutang takde alhamdulillah. Plan saya lepas dapat gaji nak terus set up 3 months emergency fund.

Encik rasa ape patut saya buat dengan unit trust saya? Kalau withdraw sekarang memang sah2 rugi. Tapi kalau transfer ke TH at least boleh dapat 6% tahun depan. Saya takd terdesak nak pakai duit tapi rasa tak sedap hati and menyesal tu selalu ada. And rasa keperluan beli rumah tu lebih priority dari beli UT. Dahla servis charge mahal adeh.

Perlu ke saya fix mana-mana part atau just biar je sebab tak lama lagi boleh guna duit gaji untuk top up assets yang liquid and tambah savings untuk rumah.

***

Kita tengok dari segi objektif dulu:

  • Investment dalam unit trust: RM2,000
  • Savings dalam TH: RM4,000
  • Family hutang: RM2,600
  • Total: RM8,600

Pertama sekali, yang dekat family tu, takpelah. Tak payah gaduh sangat nak tunggu yang tu. Boleh diusahakan untuk cari yang lain. Insha Allah akan dipermudahkan.

Kedua, bagus. Savings banyak dan ada awareness. Bila dah dua ni sejak muda, saya tak risau sangat pasal future. Even kalau investment rugi sikit pun, boleh recover.

Tentang unit trust tu, yes. Memang runsing kalau tiap-tiap hari tanya agent macam mana performance investment kita, tapi diberitahu masih tak untung-untung. Benda ni normal pada mereka yang baru melabur.

Unit trust investment ni untuk medium to long term. 3 tahun dan ke atas. Jadi kalau masa letak duit tu tak faham tentang perkara ni, memang tak jadi. Tiap hari nak tanya agent macam mana performance fund kita sampai agent naik penat update. Yang bertanya pun lama-lama penat, dan mungkin frust sebab tak nampak progress.

Saya faham sebab saya macam ni dulu. Itu sebabnya saya tak invest dalam unit trust dan lebih suka simpan dalam saham. At least tiap-tiap hari boleh nampak harga turun naik. Unit trust investment memang boring dan hanya sesuai untuk orang tua yang ada duit banyak sampai berlumut duit tu.

Lagi satu sebab benda ni boleh berlaku adalah kerana savings belum cukup strong. Tambah pulak belum kerja dan takde pendapatan, lagilah runsing takut duit yang ada terkurang sebab fund tak perform.

Kemudian, dicampur pula dengan perubahan matlamat kewangan daripada nak invest dan dapatkan compounding interest kepada nak beli rumah, lagilah nampak ralat sangat kalau unit trust tadi tu tak perform.

Untuk orang muda, nak invest ni senang je. Keep it simple.

Kalau rasa sekarang nak beli property, simpan duit kat tempat selamat dulu untuk beli property. Bila property dah settle, boleh review balik matlamat kewangan dan kejar yang seterusnya. Yang penting, kita tau apa kita nak buat dan stick to the plan.

Simpanan dan pelaburan unit trust boleh jadi dua benda sama atau berbeza. Apa yang pasti, kalau simpanan tak strong, pelaburan dalam unit trust boleh gagal. Untuk yang baru bermula, pastikan ada simpanan yang banyak, baru mulakan pelaburan unit trust.

Untuk yang lelaki, aim untuk beli rumah dulu. Ada rumah nama sendiri baru seksi.

Untuk kes ini, apa yang saya boleh cadangkan:

1) Keluarkan unit trust tu dan letak je dalam TH. Hati tentang. Serius la, kalau ada duit tapi hati tak tenang ap

2) Biarlah unit trust tu dan tunggulah sampai ada keperluan yang mendesak nak guna duit, baru keluarkan. Lagi pun, muda lagi ni. Banyak lagi masa. Nak melabur dan untung banyak kenalah berhadapan dengan risiko. Lagipun risiko inilah yang buatkan kita matang dalam dunia pelaburan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

25 Comments

  • faiz

    24 July, 2015 at 6:23 pm

    Assalamualaikum abg ariff. Saya nak mnta sdikit pandangan abg ariff. Saya berumur 22 thun, student ijazah tahun akhir di UA. Saya sgt krang ilmu tentang kwangan tpi saya mngakui kpentingan mrancang kwangan dgan bijak dari awal untk masa dpan. Saya ada savings dalam TH je btween 10k+. Perlukah saya keluarkan sedikit dan msukan dlam ASB untk tmbahkan dividen sya (Jika perlu berapa jumlahnya)?? Dan apa lagi jenis kewangan yg boleh sya ambil untk membntu kewangan sya. Trma ksih abg ariff.

    • Ariff

      26 July, 2015 at 7:11 pm

      Ok dah dalam TH tu. Tak payah ubah2.

      Next is cari side income. Kalau nak join saya sebagai penasihat takaful pun ok. Saya kena ada yang start masa final year, graduate je dah ada stable income walaupun belum kerja.

      Lain2.. kena kreatif cari sendiri la.

  • diana

    4 June, 2015 at 4:04 pm

    Salam ariff, nak tanya pendapat..saya telah membeli rumah pertama pd tahun lepas dan dijangka siap dalam 2017. saya juga ada melabur dalam UT, TH, dan ASB..okay sekarang sy sdg sambung belajar sepenuh masa dan biasiswa+elaun yg sy dapat sekarang adalah jauh lebih byk dr zaman sy bekerja dulu..jadi, dgn duit lebihan monthly skrg ni..yg mana patut saya utamakan dahulu?

    1. settlekan loan rumah pertama sy dahulu dr melaburkan ke tiga2 pelaburan (UT, TH, ASB) tapi sekarang ni
    2. Laburkan ke tiga2 pelaburan (UT, TH, ASB) dahulu, and by the time rumah pertama sy complete, dividen hasil pelaburan boleh buat bayar monthly installment rumah tu and rumah kedua (kalau dh beli)
    3. beli rumah kedua sekarang (tp x pasti rumah yg dah siap/belum construct lebih sesuai utk dibeli dgn keadaan financial sy skrg dan satu lg masalah saya, jika beli rumah skrg, walaupun sy ada income, tp sy tiada slip gaji dan perlu depend pd suami sahaja utk loan application, which saya takut tak lepas)

  • ghafar

    2 June, 2015 at 6:33 pm

    Pada pandangan saya mana tempat kita simpan duit mestilah ianya Money Making Machine. Pelaburan UT salah satu diantaranya. Sebab tu sebelum melabur dalam UT perlu dapatkn nasihat perunding kewangan. Perunding kwangan akan beri nasihat tentang portfolio yg sesuai dengan pelabur. Encik kenapa perlu rasa rugi melabur dalam UT kerana pelaburan jenis ni terbukti memberikan potential growth lebih tinggi dr TH misalnya. Cumanya pelaburan ini sesuai utk medium to long term. ( 3 hingga 5 tahun atau lebih). Dalam kes encik, sebagai perunding professional, saya tak akan galakkan melabur dlm UT kerana encik mahukan growth dlm masa singkat dan ini bukanlah strategi UT.

  • Tom

    2 June, 2015 at 12:52 am

    Salam Tuan Ariff,

    Saya selalu nampak tuan sebut2 pasal takaful ni..boleh kongsikan kelebihan takaful ke? yg sya tahu dr ipar sya, etika takaful (utk kenderaan) kembalikan sedikit wang kepada klien..sebab itu sya pun cadang nak tukar insuran kereta kepada etika takaful ni. ye la, daripada ambil insuran yg tak pulangkn langsung, baik amik yg pulangkn wang walaupun sedikit kn. mohon pencerahan dari tuan. Thanks.

    • ghafar

      2 June, 2015 at 6:40 pm

      Pada pandangan saya encik dah buat keputusan bijak. Memandangkan strategi UT utk medium to long term. Sangat sesuai dengan portfolio encik. EPF yg encik melabur adalah dari acc 1 hnya boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun. Potential growth EPF encik adalah lebih tinggi. Sebelum membuat pelaburan encik wajib memahami strategi pelaburan dari consultant yg bertaulian

  • K.Anna

    30 May, 2015 at 8:54 am

    Assalamualaikum ariff..
    just nk mnta pndangan..
    – end june ni akak dbrhntikn kerja dsbbkn company brpindh ke Thailand.(kos kt m’sia mahal)
    – pmpsan akak dpt rm100k
    – simpnn yg ade +- rm30k (th 11k asb 22k)
    Hutang..
    – kete rm400
    -asb loan 9k (monthly byr rm98)
    -Komitmen trmsuk htng rm1k.
    -gji sblum ni kasar rm2500. Brsih rm2k

    Akan mncri kerja.ssh nk dpt dsbbkn factor umur n klulusan
    So ape yg prlu dlakukn dhlu smntra nk dpt kerja bru?

    • Ariff

      30 May, 2015 at 4:21 pm

      Kalau tanya saya, saya ajak join jadi penasihat takaful je.

      Pampasan tadi sumbat je dalam ASB. 7% setahun daripada RM130k dapat RM9100 (RM750 sebulan).

      Jumlah komitmen RM400 + RM98 + RM1k = RM1500. Tak cukup lagi RM750 je.

      Kalau buat takaful, dalam masa setahun atau sebulan boleh cukupkan. Sementara nak cukupkan tu, gunalah saving yang ada dengan cermat.

    • ghafar

      2 June, 2015 at 6:46 pm

      Dalam UT x perlu monitor setiap masa. Sebab tu Fund Manager akan uruskan semua tentang pelaburan tersebut. Fund Manager yang dilantik adalah professional dan bertauliah tentang pelaburan.

  • SiberYuzz

    29 May, 2015 at 10:57 am

    Pengalaman macam ni boleh menjadi panduan kepada kita semua. Pendapat saya, rumah adalah aset utama yang perlu kita perolehi dulu berbanding yang lain-lain. Zaman sekarang rumah memang penting, beli dulu pada harga murah, takut harga naik nanti kita pula tak mampu.

  • hisham

    29 May, 2015 at 10:33 am

    bagus ada orang muda (baru grad) yang penuh semangat dan berpandangan jauh (sudah melabur untuk kesenangan masa depan).

    cuma kena sabar…jangan tergesa-gesa. tambah lagi ilmu pelaburan yang sedia ada. untung dan rugi itu lumrah..terima seadanya (redha) sambil tingkat lagi usaha. jangan cepat berputus asa. Insyaallah.

  • rahimah

    27 May, 2015 at 1:42 pm

    Rasanya kalau keluarkan dari Unit Trust pun ok sebab pergerakan harga unit trust selalunya slow. Jadi perbezaannya tak la banyak. Hati pun rasa lebih tenteram dari asyik terfikir-fikir.Kita belajar dari kesilapan .

  • Suriani Noah

    27 May, 2015 at 12:00 pm

    salam.. Maaf lah ye nk komen sikit..
    Sebenar nye kita perlu set kan objektif atau tujuan utk melaburkan wang kita dalam UT .. Iaitu adalah utk objektif jngka masa yg pjg yg tertentu seperti contoh nye menunaikan haji.
    Keduanya… Penyimpanan atau pelaburan itu adalah berdasarkan duit lebihan.. Yg kita tak akan sentuh dlm masa yg trdekat.
    Lg satu faktor adalah prestasi dana trsebut..
    Pd pendapat saya dana tersebut perlu memberikan dividen setiap tahun utk mengurangkn kos average per unit. Krn semakin rendah kos per unit semakin bagus dan nmpk pulangan nya.
    Tq my 1 sen thoughts— DIVERSIFY YR SAVINGS N INVESTMNT

  • blog amir

    27 May, 2015 at 7:31 am

    saya tak ada invest dalam unit trust tapi invest dalam saham

    dalam 10k jugak lah ‘tersekat’ kat saham sebab company tak perform tapi at least kita boleh check tiap hari kan hehe

    dalam saham tu saya ada ilmu insyaAllah sebab tu berani nak letak situ duit instead of kat bank

    tapi saya telah buat kesilapan besar sebab saya buat bisnes. nasihat saya untuk orang muda,

    better amek 10k tu dan reinvest balik dalam bisnes kita. besarkan bisnes kita. buat rolling modal dan beli stock lebih sikit ke hehe

    • razor14

      28 May, 2015 at 9:43 am

      saya pun sama dgn tuan amir ‘sangkut’ duit sebnyk 18k. masa tu buat kesilapan besar sbb terlalu excited perform daily transaction. tidak berdisiplin sbb nafsu ‘tamak’ sudah menguasai. itulah risiko yang kena tanggung. tapi sekurang-kurangnya dapat mematangkan diri dalam dunia saham. saya tidak kata rugi 18k..cuma market masa tu upside down and last keep down and now bounce back. bertahun jgk menunggu.

      UT mmg slow and susah nk monitor, quite different dgn stock, kita boleh monitor tiap2 hari hanya klik di smartphone je.:)