Rahsia Geng Blogger – Dapatkan Score Yang Banyak

Kali ni aku listkan cara kebanyakan blogger guna untuk dapatkan score yang tinggi dalam GengBlogger, sekali gus masuk ke dalam senarai entri popular.

1. Ping blog masa kurang orang ping. Dulu-dulu paling bagus ping selepas pukul 12 tengah malam, tapi sekarang time macam tu pun laju lagi orang ping. Jadi cari masa yang sesuai, contohnya masa orang pergi kerja, masa awal pagi (kebanyakan yang tidur lambat sebab nak ping blog dia tengah malam akan bangun lambat sekali gus tak sembahyang subuh), masa budak pergi sekolah dan sebagainya.. Kenapa? Untuk dapat maximum exposure/impression. Kebarangkalian untuk orang klik dan usha entri kita tinggi apabila:

  • Tajuk entri kita menarik
  • Takde entri baru yang di ping, maka sebab bosan mereka terpaksa usha jugak

2. Gunakan link dari Geng Blogger untuk meninggalkan jejak di shoutbox orang lain masa blogwalking. Orang akan klik pada link tersebut, sekali gus kita dapat score.

3. Gunakan link tersebut di Twitter dan Facebook. Perkara sama, kita gunakan link dari Geng Blogger semaksimum mungkin.

4. Cari blog yang ada CommentLuv, tinggalkan komen kat blog tersebut tapi pada kotak Website, isikan link Twitter anda(lebih kurang macam ni la http://twitter.com/ariffshah). CommentLuv akan tarik latest Tweet korang yang ada link Geng Blogger tu dan dari situ pemilik blog/orang lain akan klik pada link Geng Blogger untuk membaca entri terbarukat blog korang.

5. Cara yang ni aku tak tau sangat jadi ke tak, ada orang cakap kalau reset modem pun boleh jugak buat. Lepas tu klik sendiri. Tapi tanya diri korang sendiri la, bermaruahkah begitu?

Jadi apa sebenarnya cara yang paling bagus?

Kebanyakan yang dapat masuk entri popular harian ni separuh daripadanya entri yang aku tak minat baca. Jadi nak senang, cari topik yang orang ramai minat baca (topik tu semua hang fikir sendiri). Tapi kan cuba tengok pulak entri yang Zack Zukhairi ping, rasanya takde pun masuk entri popular, tapi blog dia tetap popular dan hebat. Dulu aku pernah dengar yang earning Nuffnang dia lebih kurang RM50 seminggu. Itu dulu, sekarang confirm lagi hebat.

Point aku kat sini, disebabkan bakat dia menulis cerita yang menarik dia tak perlu berhempas pulas nak naikkan entri yang dia ping masuk dalam senarai entri popular hari ni. Korang pun boleh buat macam tu. Cuba betulkan niat sikit berblogging ni. Kadang-kadang aku fed up tengok entri yang kurang bermanfaat naik jadi popular entri. Mungkin perbuatan kita memanipulasikan sesuatu memberi faedah jangka pendek kepada kita, tapi lama-lama kalau apa yang kita pos dalam blog sememangnya tak best, orang akan lupakan jugak.

Peraturan berblogging ni senang aje, content is king!


24 thoughts on “Rahsia Geng Blogger – Dapatkan Score Yang Banyak

  1. Nice tips ! Pakai di facebook pun boleh kan link tu ? hehe ~
    .-= Cerita terbaru Eldy.. Hari # 4 – Menganalisis blog lain yang sama tema =-.

  2. salam.
    actually, aku pon baru tau pasal tips2 yg kau tulis ni.
    hehe. sorry guys, buta IT skit.
    tapi ntah la.. pada aku, aku tak kejar dunia glemer kot.
    aku menulis sbb aku suke. :)
    so xde niat lgsg nk dapat title “entry popular” sumer2 ni.
    hehe.
    btw, thanks ariff! da bnyk kali ko mention nama aku dalam
    blog ni. thank sgt2! :)
    .-= Cerita terbaru zackzukhairi.. Awak lah segalanya… =-.

    • No problem la. Ko tak payah kejar fame pun orang still ramai akan ikut blog ko. Aku rekemen pun sebab ko memang originally menulis. So memang xde hal lah.
      Teruskan buat cerita dan kartun yang best2 =)
      Wa caya sama lu!

    • Dah ping entri baru, amik link kat gengblogger tu, then kalau post kat shoutbox mana-mana letak link yang tu dalam kotak untuk URL.

  3. 1. masih lagi berkesan. cuma kena pandai upkan dulu la…

    2. ramai yg wat, tapi meletihkan. maunya nak bukak banyak2 blog wooo…

    3. terbaek yg ni. mmg berkesan. ada skor tambahan kalau kena cara.

    4. tak pernah tahu lak boleh wat cmni. cayalah ariff…

    5. yg ni agak tak best sikit. kalau dapat pun, satu je. pastu kena reset balik. sakit kot…

    tajuk terbaik, tertarik orang klik. apa2 pun, content is king.
    .-= Cerita terbaru beliamuda.. Bayi Dibakar Dalam Tong Sampah, Manusia Hilang Akal? =-.