Pushing Yourself

Kalau saya rajin, saya pergi jogging pada waktu petang. Padang kat belakang rumah ni besar, agak-agak dalam 700-800 meter kalau keliling padang ikut trek jogging.

Tak ramai awek jogging kat sini. Entahlah mana semua awek pergi. Dengar cerita kat tasik Subang Jaya tu ramai awek. Tapi itulah, kena merempit sikit untuk ke sana. Malas.. malas..

Kalau keluar berjogging ni, sekurang-kurangnya keluarlah jugak dari rumah. Sepanjang musim bercuti ni, keluar rumah pun atas urusan penting je. Dari segi positif, duit save. Dari segi negatif, otak terkongkong dalam rumah je. Mana boleh macam tu. Sekali sekala kena keluar tengok dunia.

Berbalik pada kisah berjogging. Biasanya saya buat 4-5 round. Dulu-dulu 3 je.. Sekarang 5 round pun dah macam baru lepas panjat gunung. Saya sedar, satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan keupayaan diri saya ialah dengan bersaing dengan orang lain.

Ramai orang lain yang berjogging sekali. Mudah je. Cari orang yang lebih kurang sama saiz dengan kita dan cabar diri kita supaya boleh menandingi individu tersebut atau sekurang-kurangnya mempunyai pencapaian yang sama dengannya. Kalau dia buat 6 round, kita pun push supaya dapat 6 round.

Persaingan sebegini adalah persaingan sihat. Kita lihat kemampuan orang lain dan kita cabar diri kita supaya mempunyai kemampuan yang sama atau lebih daripada orang itu. Cara yang sama boleh diaplikasikan di tempat lain, misalnya tempat belajar atau tempat kerja.

Kita tak perlu kenal pesaing tersebut untuk bersaing dengannya. Tengok prestasi dari segi luaran pun cukup. Sekurang-kurangnya bertambahlah alasan untuk meningkatkan prestasi dan memotivasikan diri untuk lebih berjaya.

Rasa macam nak masuk SCKL Marathon 2012 ..

Comments

    • Ariff says

      dapat weekend 2 kali seminggu pun ok dah. start slow2. sebelum ni, 6 bulan langsung tak bersukan sebab nak siapkan fyp. balik malaysia barulah ada peluang

    • Ariff says

      betul2. not just jogging, rasanya bersukan pun generally akan ada endorphine. minda positif dan sihat.

  1. says

    Lama jugak tak jogging. badan pon dah naik malas. bila nak start semula tu yg lambat sikit. nak masuk marathon jogging kene konsisten!
    Kagum dgn sorang pakcik kat area i ni, umur dlm 50-60. everytime dia jogging, lebih dari 6 round! then lepas jogging, balik umah naik basikal. memang tabik spring… ^_^
    Entri terbaru little daisy >> Coffee: 2 in 1My Profile

  2. says

    Sekarang pun saya dah start beriadah lepas balik keja. Tak jogging, cuma jalan je keliling Taman Lagenda..Buat aktiviti dengan kawan, dia tak larat jogging katanya :p

    Tapi kira ok la dari tak buat lansung. Keluar jugak peluh, panjat bukit panjat tangga..
    Entri terbaru fina fento >> #ww Wordless Wednesday #9–Senyum =)My Profile