Proton Iriz Tak Laku?

IMG_4975.JPG

 

Berdasarkan laporan The Edge minggu ni:

  1. 17,000 tempahan Iriz sebelum ni hanyalah tempahan online tanpa deposit. Hanya ~4,000 tempahan dengan deposit diterima selepas pelancaran. Ini adalah berdasarkan laporan vendor kepada The Edge yang mengatakan tempahan parts untuk Iriz hanyalah pada kadar 60% pada bulan pertama pelancaran.
  2. Perodua Axia pula dikatakan menerima tempahan sehingga 46,000 unit setakat ini dan 12,000 unit Perodua Axia sudah berada di atas jalanraya.
  3. Dikatakan Perodua Axia telah mengakibatkan penurunan jualan Perodua Myvi.

Apa yang boleh disimpulkan?

  1. Walaupun Iriz mempunyai ciri keselamatan yang bagus, majoriti rakyat Malaysia masih lagi belum mampu untuk memiliki kereta yang selamat. Mereka lebih rela memilih kereta tanpa ABS/EBD daripada membeli kereta yang berharga RM20,000 lebih mahal untuk memiliki ciri keselamatan tersebut.
  2. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang, penjimatan kos adalah aspek penting dalam kehidupan seharian.
  3. Proton juga masih lagi dibayangi dengan imej negatifnya sebagai sebuah pembuat kereta yang bermasalah.

Secara peribadi, saya pun akan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dulu kalau saya nak beli Iriz. Memang betul, imej negatif pada Proton memang sukar untuk diubah. Apa pula kata anda?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

82 Comments

  • ANCAP

    9 January, 2015 at 12:35 am

    About ANCAP.phm leklok ANCAP stand for ?The Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) is Australasia\’s leading independent vehicle safety advocate. ANCAP provides consumers with transparent advice and information on the level of occupant and pedestrian protection provided by different vehicle models in the most common types of crashes, as well as their ability – through technology – to avoid a crash.more info : google je ANCAP

  • edyferdaus

    7 January, 2015 at 10:29 pm

    Tatau la. Stakat ni belum dengar sebarang komen negatif drpade pengguna iriz kecuali yg mmg tak suka proton,
    Dalam process tunggu kelulusan kereta iriz atau myvi,
    Mana loan apprved dulu, itulah yang akan sy pakai, student lg, blm mampu nak beli kereta luar negara.
    I believe the ability of new proton iriz…and of courses myvi

    • ibnabdillah

      10 January, 2015 at 7:21 am

      Saya pakai iriz 1.3MT. Sangat puas hati. Amek corner laju2 pun sedap. Suspension not bad. Power nak pecut pun ok. Bolehla cukup nak potong lori kat jln dlm tanpa ragu2. Previously pakai Myvi(2007), definitely iriz lg sonok. Setakat ni average fuel consumption 7.2l/km urban + highway…most of the time jln jejauh.

      The not so gud part: Gear kena tolak jauh.ada org suka,ada org tak suka.depends. Saya kecik org nya.

  • fuad

    6 January, 2015 at 2:55 pm

    Pada pendapat saya, timing pengeluaran Proton model IRiz yang bersaing dengan Perodua model Axia yang agak serentak menyebabkan ianya tidak laku.Dan harga yang murah menjadi kayu pengukur. Perodua mmg terbukti telah menghasilkan model yg jimat minyak spt myvi & viva

  • FLAVA PICTURES

    8 December, 2014 at 11:14 am

    Proton berkait rapat dengan persepsi dan anggapan orang tentang kereta2 yang lepas. baru2 ini ada cerita viral di FB seorang lecturer mengadu masalah bila pakai iriz. Agak tough nak betulkan persepsi.

  • haider

    7 December, 2014 at 7:56 am

    Teruk betul mentaliti org malaysiani. Belum apa2 dah kata tak mampu beli lereta selamat.
    Beli myvi boleh pulak berlumba2. Harga iriz sama je dgn myvi

  • asd

    3 December, 2014 at 8:57 am

    dah pakai axia advance for 3 months kot…another 1k before 1st service

    1. FC
    – In town driving – average 14.5 to 15++ km/l
    – highway (kl-melaka) – 17to 18km/l (rasa kalo lagi jauh lagi jimat) on average 110-120km/hr
    – fuel tank rasa mcm cepat habis..maybe sbb kecil..
    -total distance for 1 fuel tank roughly about 450km kot…plus minus laa
    -top speed 130km/hr kot

    2. Speed/acceleration
    – flat – superb driving @ 120km/hr
    – rolling/undulating road – speed drops significantly and enginer kinda sluggish upon incline…need to press more throttle to maintain speed
    – 60-100km/hr – sluggish feeling..slow to reach 100km/hr
    – nak potong kereta kat jalan lama x confident sbb xde pickup.
    – nak keluar laju dr simpang pon sama…theres delay 2s in response when pressing the throttle…so u better make sure the dist of incoming car is suffice.

    3. handling – superb

    4. comfort
    – suspension – superb..less bumpy than myvi.. good for long distance travelling..
    – aircond- suck big time….tak sejuk
    – audio- good
    – door lock..sorry no automatic door lock upon pressing brake or moving..

    Verdict – u might want to consider for lower version..if on tight budget..good car but wish the engine to be slightly better and powerful like ford eco boost 1.0…

    btw i have tested iriz 1.3…best jugak..but concern is FC and its reliability….mcm axia it is a proven product …iriz is a NEW product on the road..but hey, proton has improve a lot..

  • Shraqs

    2 December, 2014 at 5:31 pm

    Aku tak peduli apa org nak kata, skrg ni tunggu kereta sampai je.. Iriz as a second car.

    Personally, aku pegi buat drive test 3 model, iriz, axia, n fiesta.

    Sape yg belum cuba, aku syorkan sangat2 korang pegi buat drive test iriz baru korang tau kelebihannya.

    Handling, insulation, stability memang terbaik.

    Ps: keta ni besi n memang normal la kalu rosak sana sini..lebih2 lagi parts yang wear n tear.

  • muaz

    30 November, 2014 at 9:40 pm

    Saya nak beli kereta soon..tapi iriz xkan jadi pilihan sebab harganya walaupun proton offer safety yg bagus..mungkin kemampuan saya belum lagi untuk kereta yang safety..
    So proton boleh buat komen ni sebagai rujukan untuk letak harga kereta anda..hehe..peace yaww!!

  • Hasnieda

    20 November, 2014 at 11:25 pm

    memang betul… bukan senang nak buang imej negatif yang dah terpalit.. it’s a challenge for Proton to wipe that off… tapi, frankly speaking… Iriz may be good in terms of safety aspect… the design?… not that nice… :)

  • Suriya

    19 November, 2014 at 11:56 pm

    wow, banyak sungguh yang komen. yelah kita semua ada pandangan masing-masing, based on our belief and experience. tapi kalau saya, lebih prefer produa. kelisa yang saya beli 8 tahun lepas, masih elok dipakai oleh adik sekarang. masalah kecik-kecik biasalah, tapi tak pernah sampai kena angkat enjin

  • Zul

    18 November, 2014 at 5:59 pm

    Kalau sy mungkin akan amik Axia..Perodua dari segi ketahanan kereta dia lebih lasak drp imej proton yang byk masalah elektronik..mungkin ini yg jadi faktor org takut nak mempercayai jenama Proton..

      • Kaki Wayang

        20 November, 2014 at 9:39 am

        Update terbaru..dapat rebate (refund) sebanyak RM6000.00..bayar RM6888.00 dapat rebate RM6000.00..kemudian jadikan refund tu sebagai DP RM12888.00..baru semalam sign agreement..

        Minggu depan dapat Iriz..hope semua berjalan lancar..

      • Mr Truthfact

        20 November, 2014 at 1:00 pm

        Tak ada yg pelik pun kalau car manufacturer bagi diskaun (rebate) kepada customer since now dah nak hujung tahun. Mana2 manufacturer juga bagi rebate utk get volume (u can search newspaper for car year end discount) toyota, honda & semua manufacturer since people usually hold their purchase till next year. Ini namanyer Strategy permasaran..Proton juga tak terkecuali. Jangan sempitkan pemikiran anda…

        • Kaki Wayang

          23 November, 2014 at 8:47 pm

          Buat pengetahuan saudara..kereta baru tidak akan ada rebate atau diskaun..setahu saya itu adalah kebiasaan bagi apa jua kereta baru..dan buat pengetahuan saudara bukan semua Iriz ada rebate..dan bukan semua showroom memberikan rebate berkenaan..

          Buat masa ini, hanya Iriz berwarna merah sahaja yang mempunyai rebate..warna seperti silver moon dust atau yang lain tidak ada rebate berkenaan..even RM1000.00..tapi buat masa ini hanya Iriz berwarna merah sahaja ada rebate RM5600.00 itu..

          Dan pada ketika ini..refund berkenaan kini sudah dinaikkan ke RM6000.00..

  • hijry

    18 November, 2014 at 3:22 pm

    Saya dah pakai perodua myvi dah dalam masa yang sama baru beli saga flx. Pengalaman saya, myvi 4 tahun baru tunjuk simptom nak rosak, manakala saga flx tahun pertama dah macam2 kene masuk bengkel. Nak support kereta nasional, tapi hati sakit sapa yang tahu… Jangan la asyik melenting kalau ade komen buruk pasal proton…

  • Arjuna Beta Cute Sangat

    18 November, 2014 at 1:40 pm

    Saya rasa bukan x laku. Delivery pertama dh dibuat pd awal november baru ni. Tempahan Axia mgkn byk, tp waiting time dia boleh cecah 3 – 4 bulan. On the other hand, Iriz bukan target utk pengguna Myvi skrg, tp mgkn utk mereja yg nk cari 2nd car. Young executive pun pasti memilih Iriz kerana rekaan & ciri2 nya jd idaman org muda. Iriz & Axia lain segmen nya & lain target market. Apa yg sy paling kagum Iriz boleh kasi ESC sbg ciri standard yg ada pd semua varian nya. Sesiapa yg pernah terbabas atau accident, mcm sy, pasti akan sgt menghargai ciri2 ini. Iriz 1.3 cvt yg sy order bakal sy dpt akhir tahun ni sbg kereta kedua setelah sy amat2 berpuas hati memiliki proton persona sy selama 5 tahun… :)

  • Samurai G

    18 November, 2014 at 11:37 am

    Proton sebenarnya dah banyak berubah. Sy sendiri pengguna kereta Proton hampir 9 tahun dan sangat berpuas hati dgn kereta sy. Isu yang sering dibangkitkan ialah isu Power Window. Proton sngt mementingkan kualiti of their car. Sebab itu Proton berani beri ‘lifetime’ warranty for Power Window. Proton sudah memperbaiki mutu Power Window mereka. Tapi korang mestilah follow the routine schedule for your service car.

    Ada perbezaan between Iriz & Axia..Kalau anda berminat membeli Axia (RM25k) with no safety, Empty for everything …dipersilakn. Lower end variant for Iriz dilengkapi dengan at least 2 airbag. Siapa kata kereta Iriz mahal? Hanya beza RM2k with Myvi (1.5l) and you will get full spec of Proton Iriz..so pilihan di tngan anda..

  • ctee

    17 November, 2014 at 4:15 pm

    walaupun kurang berminat dengan proton, ramai ahli keluarga saya guna proton termasuk suami. Majoriti nak cari yang berpatutan seperti perodua tapi ada juga yang inginkan keselesaan melalui proton. saya ? saya pulak hanya bertemu jodoh dengan hunydai inokom dan skrg honda. Jom baca entry baru saya

  • Teoh

    17 November, 2014 at 2:44 pm

    Saya rasa dia tak laku kerana pada harga ini, dapat banyak alternative yang lebih baik, macam boleh top up sedikit dapatkan Swift, i10, Mirage dan lain lain yang bukan Proton

    • din

      21 November, 2014 at 1:15 am

      haha mirage..aku ada sebijik full spec lg…nk menyesal xbleh..minyak mmg jimat..handling mmg out..1st week pakai brake dh problem..smpi 3minggu nk tunggu parts..nyawa beb …bkn power window..brake prob..lately bila nk start ada bunyi crank kuat sgt..lain mcm bunyi mmg terkejut dgr…gi sc..check2 xde plak bunyi..gb cvt pun ada mcm jerk skit..lebih kurang exora bapak aku..tp bg aku la..semua kereta mmg ada mslh..kereta mahal or murah..majoriti org dulu pakai proton..ms tu plak proton bermasalah..so org dh pandang negative..bg aku proton byk improve..sape bg waranty lifetime power window..aku dh pakai savvy,saga blm,gen2 alhamdulillah xde masalah..tp ada sebiji alza…switch power window problem..xsmpi 6 bulan..naik muak aku gi report..bg aku masing2 punya duit ada hak utk memilih..jgn plak bila pakai kereta import ckp xde problem pdhal nk cover malu..salam semua

  • Mazni Azmi

    17 November, 2014 at 2:02 pm

    Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Bagi pengguna yang baru bekerja memang tak sesuai beli kereta mahal

    Kereta pertama sekadar cukup untuk beralaskan hujan dan sedikit keselesaan untuk outstation

    Kereta baru yang safety tinggi dan harga mahal menyebabkan aliran tunai keluar tinggi

    Nak pergi kursus dan simpan buat invest ment pun tersangkut gara gara duit banyak ditarik pada kereta dan keperluan

    Servis dan macam macam lagi

    Saya sendiri akan lebih cenderung beli kereta second yang masih cemerlang keadaannya daripada beli kereta baru dalam keadaan sekarang

  • alantsukasa

    17 November, 2014 at 12:53 pm

    normal la hujung tahun, semua tunggu promosi dan rebate next year..
    pembeli sekarang dah bijak..
    nak beli mesti tunggu rebate punya, senang nak cut-off deposit kereta baru..
    tapi jangan tunggu lama-lama, GST is around the corner..

  • lackoffacts

    17 November, 2014 at 10:43 am

    Walaupun saya dah booking Perodua Axia, apa yg dikatakan oleh blog ini amatlah tidak berasas berkenaan dgn Proton Iriz.

    Proton Iriz bukan tidak laku, sebab kebanyakan stock hanya akan ada hujung tahun ni dan awal tahun depan untuk kesemua jenis package dia.

    Maka, amatlah normal jika booking utk Iriz utk buat masa ini dlm bilangan yg rendah sebab tak semua boleh bersabar untuk mendapat kereta baru dlm masa terdekat.

    Insyallah dlm December 2014 – March 2015, booking utk Proton Iriz akan bertambah masyuk dan ramai akan membelinya.

  • keyboard warrior

    17 November, 2014 at 10:20 am

    Saya pakai kete preve.. Stkt ni kete preve saya ok je.. maslah? Normal laa..
    power wndow.. dashboard gegar.. gear shift prblem… normal je tu. Minor problem… kete kita ada warranty.. guna la warantty yg dah dibagi tu.. hak kita sbgai pengguna tu.. warranty 5 tahun.. claims je apa yg blh diclaims.. hak kita..kita claims je

      • Mazni Azmi

        18 November, 2014 at 6:17 pm

        Saya pakai Myvi tahun 2009 sampai sekarang alhamdulillah.

        Memang puas hati.

        Sayang negara juga tapi kalau cukai sana sini kebajikan rakyat marhaen pun tak berapa pandai jaga

        Hmm… Pandai pandai lah nak hidup

        MInyak masih isi petronas lagi. Sebab minyak petronas belum ada problem.

        Ada kualiti.

        Masuk kedai mesra pun senang hati lagi.

        Servis macam ni kita nak. Bukan beli mahal mahal lepas tu rosak keluar duit.

        JPJ pula saman sebab Plat dari kilang tak memenuhi spesifikasi dan piawaian.

        :) Panjang sangat dah ni.

  • keyboard warrior

    17 November, 2014 at 10:16 am

    Wahai keyboard warrior sekalian.. tnggu n lihat la.. lama2.. iriz akan berlambak2 dijalan raya. Proton tak akan bangkrup selagi masih ada org yg memperjuagkannya..

    skdr jadi keyboard warrior watpe.. support la bro.. kalu tak beli pun tkpe support n bagi semngat..

    • Anwar

      25 November, 2014 at 4:00 pm

      Aku support Proton. Tapi sekarang hanya mampu pakai Kancil 2nd je.. Duit kena simpan RM1500 sebulan beb..Pakai Iriz tak bleh simpan duit nanti.. aku tetap support.. support tak semestinya kena beli bro..

  • rocco

    17 November, 2014 at 9:19 am

    ermm..itu la harga yg perlu dibayar oleh proton disbbkan masalah2 model2 terdahulu..mcm preve yg dikatakan model global..tetap ad masalah2 dari pengguna sekarang…leh baca review2 dorang di alam maya ini…committed to be better katanya

    • Ah Beng

      17 November, 2014 at 10:14 pm

      Totally not agree with Ariffshah..Proton hot variant 1.3cvt will be deliver next mth. This variant can overtake myvi sales. Besides, do you what Axia variant that sold like pisang goreng panas? It was their 1.0mt std E which the smallest profit margin across the variants. Do you think Perodua making huge profit by selling this variant? Haha..Ah beng didnt think so..Proton can get 5x more profit by selling a unit Iriz than Perodua..

  • Khairil Mazri

    17 November, 2014 at 8:34 am

    Kemungkinan harga yang agak jauh dari Axia membuat Iriz tak laku. Sebenarnya mereka tak nampak lagi dengan kebaikan kereta tu.

    Yeop masih tiada peluang untuk menguji 2 kereta ini. Tetapi untuk spesifikasinya, Iriz masih mengekalkan harga yang berpatutan berbanding Axia.

  • asha

    17 November, 2014 at 6:55 am

    Selalunya kereta yang saiz macam tu akan jatuh jadi 2nd car, tapi harganya mahal bagi orang yang berpendapatan seperti saya. Better cari yang lagi murah.

  • hanisaleeya

    17 November, 2014 at 6:35 am

    Axia jadi pilihan sebab kereta tu akan jadi kereta kedua. Kalau kereta pertama mungkin akan pilih Iriz. Tengok ayah pakai Exora sedap. Cuma masalah ruang seatbelt agak sempit menyebabkan seatbelt tersekat bila sejuk. Pagi2 kalau nak keluar memang jenuh nak tarik seatbelt.

  • puteraohtrabulan

    17 November, 2014 at 12:36 am

    Yup.Proton Iriz memang sebuah kereta yang serba lengkap.Cuma kuasa RM untuk membeli kereta Iriz itu.
    Dengar khabar sekarang ni yang sedang menempah Perodua Axia perlu tunggu dekat setahun.Betul ke ?

      • iman

        18 November, 2014 at 8:20 pm

        bro ko punya entri pun tak betul. Axia and Iriz is different car segment. Buat la comparison with Myvi. Oh btw berapa Perodua bayar ko … kekekeke

        • Ariff

          18 November, 2014 at 8:31 pm

          Kat Malaysia ni kalau kereta kurang daripada RM50k, tak payah cerita pasal segment bro. Market at this range price sensitive, orang tak kisah segment apa pun. Tu sebab Axia punya sales mencanak. At this price range, people don’t care much about safety. Asalkan boleh jalan, ada gaya sikit, setel.

    • Khairul

      17 November, 2014 at 6:22 am

      Yup.. kesian.. even walaupun skrg masalah power windows dah xde dan certified ancap safety 5 stars, x ramai amik peduli…

    • kevin

      17 November, 2014 at 7:41 am

      Memang betul la susah untuk ubah persepsi. Zaman proton dengan tin milo dah berlalu. Proton sekarang dapat penarafan 5 bintang. Kalau nak ikut tin milo bagi tahun 2014 ni rasanya lebih kepada Toyota vios memandangkan terdapat aduan tentang bumbung vios 2014 yang bising seperti duduk dibawah atap zink semasa hari hujan. Tapi itula kereta luar semua nampak yang baik je, kereta tempatan semua terarah keburukan ja

    • Yopi

      17 November, 2014 at 8:16 am

      I da pakai perodua alza & myvi & viva..for me proton n perodua is same..cuma masing2 ada ability masing2..perodua bagius becoz engine nya toyota..proton bagus kerna kereta lagi solid n better handling…keburukan perodua ialah handling quality n quality build sangat2 mendukacitakan..memang akan terasa low quality build interm of handling n plastic material..proton pula engine technology still menghampakan..rata2 mengeluh kerana engine proton yg masih belum tahap optimum n international award..but for me, i still choose proton becoz of quality build..

  • eyriqazz

    16 November, 2014 at 10:49 pm

    Personally, saya prefer beli Perodua Axia juga..Track record menggunakan myvi memang puas hati..bandingkan dengan abg ipar yang pakai kereta proton, memang byk masalah…

    Kata orang, better safe than sorry….Time untuk kereta pun ikut harga pasaran..takkan minyak je kan?

      • senkek

        19 November, 2014 at 2:26 pm

        atas kehendak masing-masing la..kalau rasa bagus mesti bersebab. kalau rasa teruk mesti juga bersebab. service centre perodua pon menarik setakat yang saya pergi.

  • akubiomed

    16 November, 2014 at 10:14 pm

    Tanggapan negatif yang masih ada. Walaupun menang beberapa anugerah antarabangsa dan ciri-ciri keselamatan belum mampu menarik pembeli. Faktor harga dan ekonomi semasa antara faktor mempengaruhi kuasa membeli.