Projek 1Malaysia Yang Menguntungkan Rakyat

Reading Time: 2 minutes

RM50 juta untuk projek email? Walaupun berulang kali katanya projek tu bukan ditaja oleh kerajaan, manalah datangnya duit nak buat projek tu? Takkan syarikat tu buat kerja amal keluarkan dana untuk bagi email percuma kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas? Memang tak faham. Selama ni orang guna email percuma takde masalah pun.

Daripada RM50 juta tu dibazirkan untuk buat email, baiklah digunakan untuk perkara-perkara lain yang boleh mendatangkan faedah kepada orang. Ini antara yang aku dapat fikirkan, mungkin anda semua boleh tambah.

1Malaysia WiFi

WiFi percuma untuk sekalian rakyat. Daftar menggunakan Mykad untuk mendapatkan kata laluan, walau bagaimanapun penggunaan akan dipantau untuk mengelakkan salahguna (melayari laman web lucah, muat turun fail yang di bawah hak cipta dsb.). WiFi boleh didapati di mana-mana sahaja tempat awam seperti stesen bas, stesen LRT dan pusat membeli belah.

1Malaysia 1Fare LRT

Melalui program ini, pengguna LRT hanya akan dikenakan satu jenis kadar tambang untuk seluruh rangkaian LRT. Dengan ini dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kadar tol tidak perlu lagi dikurangkan dan orang akan mula memilih samada ingin menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja ataupun menggunakan pengangkutan awam.

Untuk merealisasikan pelan ini, bilangan LRT, laluan dan stesen LRT perlulah ditambah. Kekerapan LRT tiba di setiap stesen pada waktu kemuncak haruslah ditingkatkan kepada dua minit untuk setiap LRT. Ini boleh dicapai dengan mudah kerana sistem pergerakan LRT dikawal sepenuhnya oleh komputer.

1Malaysia Free Education

Kerajaan haruslah memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dahulu sebelum memberi benda-benda lain yang tak berfaedah seperti akaun email. Pendidikan percuma wajar diberikan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan felda untuk meringankan beban penduduk di sana. Skim ini juga boleh diberikan kepada mereka yang layak dan berpendapatan rendah.

Diskaun Untuk Pembayar Bil Dalam Talian

Sebenarnya sangat mudah untuk menggalakkan rakyat menggunakan internet untuk membayar bil. Pembayaran bil online memudahkan urusan semua, terutamanya pembayar dan pegawai yang menguruskan pembayaran tersebut (di pejabat post atau mana-mana sahaja). Berikan diskaun 10% untuk amaun bil yang dibayar dan hasilnya bilangan pengguna yang menggunakan pembayaran bil online ini akan bertambah berpuluh kali ganda.

Diskaun yang diberikan sepatutnya datang daripada syarikat itu sendiri kerana dengan inisiatif ini, pembayaran yang masuk ke akaun mereka akan berlaku dengan lebih cepat.


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Projek 1Malaysia Yang Menguntungkan Rakyat”

  1. ieda Avatar
    ieda

    klakar kut dialog Rosmah tu…nmpk sgt 1st time gune emel…ahaks….pttnye RM50 juta tu digunakan untuk repair jalan ke, byk sgt lubang2 nye…huhu

    1. fahmi ibrahim Avatar

      jalan lubang-lubang tu kira ok la.. kawan-kawan kita yang ada kat pedalaman sabaha sarawak ni masih tak merasa jalan, air dan elektrik lagi tau… Elok dana tu dilebihkan di sini

  2. iekan78 Avatar
    iekan78

    sapa buat dialog rosmah tu??? hhhaaa….hhhaaa….sakit perut duk bergelak sakan tau!!!

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak tau. Aku jumpa dalam FB. Kelakar, jadi aku letak je.

  3. ZulAswadi Avatar

    Gud idea bro…
    tp pemikiran org politik ni
    lain skit
    banyak motif tersembunyi..

  4. Adilla Harun Avatar

    Benar, dengan Rm50juta tu terlalu banyak lagi boleh diberikan pada rakyat Malaysia ni. Sekilas pandang mata mungkin terkelabu dengan ampu-ampuan ke atas projek ciptaan sendiri diorang tu. Tapi ibarat sebelah tangan menghulur sesudu madu, tangan dibawah memberi setimba tuba.

  5. alex adriana Avatar

    mmg tak setuju 50 juta untuk email 1malaysia, satu email dikenakan caj 50sen. konon jimat dan cepat banding urusan pos. tak perlu setem, tak perlu kertas, environment friendly kononnyalah. padahal tak pk ke. nak jimat kejadah jimat apa kalau kos internet pun mahal. sudahlah mahal lembab pulak.

    ye pun nak buat email 1malaysia ni pk la dulu masak2. internet jangankan kat kampung, kat mall kat area KL pun takde free access. jadah apa

  6. Apesal Avatar

    best entry ni….buat kite berfikir.
    aku salah sorang pengguna pengangkutan awam
    kat mlysia ni walaupun ade kete. Paling ok aku rase kat putrajya je la.kalau shah alam, kl tu memang amik mase 3 jam naik bus, komuter. lrt..hoho. Pleaseee improve that thing first walaupun menteri semua naik kete ade driver.

    p/s:ipoh lagi teruk still naik bas buruk tahun 80an

    1. shah Avatar

      ipoh?kenapa ipoh?

  7. Izwan Avatar

    ada email,tapi kalau rumah takde internet,takde komputer ye takleh nak access.. basic point..
    macam2 isu malaysia skrg ni..

    1. alex adriana Avatar

      betul. nak buat email ni kena pk dulu pasal luaskan free internet access. baru bertepatan. lol

  8. daus Avatar

    belambak je email free, buat apalah nak dibazirkan.. lagi bagus kalau guna buat p 1Malaysia Wifi.

  9. Bro Framestone Avatar

    Hang balik Malaysia nnti.. bro akan calonkan mu bertanding bahagian parlimen…

    kot2 terus up jadi menteri or S/U di jab perdana menteri

    1. ariff Avatar
      ariff

      er.. bertanding tanding ni tak nak la bro. Lagi suka mula sebagai pegawai kerajaan. Tak suka politik.

  10. Nasih Avatar

    korang boleh baca entri 5 Fakta Emel 1Malaysia untuk tahu beberapa fakta pasal emel 1Malaysia ni.. aku mula2 pun kondem gak projek ni.. tapi lepas aku baca entri ni, mungkin betul jugak fakta2 yang diberi penulis entri ni..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Syarikat Tricubes Berhad yang membangunkan projek email 1Malaysia adalah milik Nazir Tun Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Selepas projek tersebut diluluskan, saham Tricubes Berhad yang agak teruk sebelum ini telah mengalami kenaikkan mendadak (exponential) sehingga 491%. Harap rakyat faham, Ini projek untuk rakyat!

      Oh! Media

      1. Nasih Avatar

        kalau ikutkan apa yg aku paham, memang tu tujuan dia buat program tu. untuk bantu lonjakkan balik prestasi saham syarikat yg bermasalah macam Tricubes tu. tapi kalau dah nak bantu syarikat kroni sendiri, itu melampau la tu. kata program untuk rakyat tapi kroni yang makan laba. apa cer? haihhh..

  11. sazali yusof Avatar

    setuju dgn point ariff pasal free wifi tu..
    mula2 akupun x setuju bila dengar 50mill just for setup free email.. but.. after aku jumpa one friend from PEMANDU… baru aku faham policy yang diorg guna.. and faham mengenai private funding initiative (PFI)

    situation yang org xfaham macmni.. let say… if celcom yang buat project email 1malaysia tu.. and celcom announce sendiri tanpa melalui najib mesti xjadi isu..(contoh)

    masalah yang jadi isu dgn 3cube ni PM yang jadi juru cakap project mereka untuk mendapatkan mileage… dan company tu ada kenamengena dgn adik dia hurm.. memang kesilapan besar disitu.. anyway.. point diatas memang bagus..

  12. shah Avatar

    membazir!..kroni kot

  13. azura Avatar

    1Malaysia Free Education the best…no fee all for free…

    1. denaihati Avatar

      FREE ni bagus cuma selalunya tak dihargai dan utk long term akan jadi budaya yg tak sihat dan susah nak tarik balik seperti subsidi sekarang. FREE Melatih manusia jadi semakin malas dan manusia lain yg usaha untuk dapat sesuatu semakin sukses.

  14. Lord Zara Avatar

    Ariff, yang kamu tanya pasal yuran tu adalah untuk tulisan ini ke?

    Dan ya, aku tak faham untuk projek email ni, adakah yang disediakan sekarang tak mencukupi? By the way, pasrt pendidikan itu memang aku cukup setuju. Kalau boleh berikan lebih banyak kepada membangunkan modal insan dan bukan hanya kepada benda-benda yang agak….

    1. denaihati Avatar

      Kita rasa EMAIL ni senang sebab kita tahu tetapi berapa ramai Rakyat Malaysia yg masih asing dengan EMAIL tak percaya pergi kat jalan tu dan tanya. Aku masih ingat akhir tahun 90an ada EMAIL macam kira dah BAGUS habis lah… sebenarnya masih ramai lagi yg tak faham dan tak tau apa ini EMAIL…

  15. namaakulynn Avatar

    SETUJU!
    daripada buat projek email yang tah apa2 tu,baik buat projek macam ni..semua org dapat faedah..
    and,free education tu mmg stuju habis.

  16. hamdan Avatar
    hamdan

    education malaysia kira free la…bayar sikit tu supaya ibu bapa ada commitment sikit…bayaran terlalu kecil…yg x mampu ada bantuan diberikan melalui saluran tertentu…jgn percaya dakyah yg malaysia ni x de kebajikan…byk gile subsidi…minyak kira murah lg dr negara jiran…subsidi baja petani…anak benih free, baja free, benih ikan free nak tlg rakyat…kene bayar keta mahal sikit dah bising padahal tax lain rendah gampang kot…nak ke buat 40% cukai pendapatan mcm negara maju? anyway email tu bodoh sgt…cadangan yang out of place…x kena masa x kena tempat…tujuan tak jelas…thumbs down for najib

  17. mcjust~ Avatar

    selama berapa tahun guna email free ni okay je. yg sengaja nak buat email baru mahal2 tu apasal la pulekk.. ish terok bebenor.

  18. myvitrd Avatar

    email aku yg free dah berlambak.. nak urus email 1malaysia ni pon satu hal.. aku memang kurang bersetuju.. mcam kata kawan2 ada udang sebalik mee bandung

  19. Meow Avatar

    haha…kerajaan suka buat benda yang menbazirlah…

  20. Dila.13 Avatar

    Nicely said, Tuan Ariff. Hopefully orang2 atas boleh terima idea ini dengan hati yang terbuka.

  21. nizam Avatar
    nizam

    Huh, banyak tu RM50 juta. Nizam pun tak tahu nak cakap apa.Cuma nizam berharap kerajaan buat tindakan yang sewajarnya. Jangan sampai rakyat benci pada tindakan kerajaan sendiri.

  22. takky Avatar

    aku ada baca psal emel 1malaysia 2 dekat FB…
    disebabkan sekarang sume ye boleh share dan link dlm FB…
    mostly rakan2 FB aku dah link blog yg dorg bace…
    1 of the blog is: MiloSuam
    info nie aku dapat dari status FB kawan aku…
    aku linkkan entry psal knape emel 1malaysia diwujudkan kat link atas 2…

  23. Pojiepooh Avatar

    Paling best part free education tuh.
    Actually masih ramai lagi budak2 pandai di luar sana tak dapat melanjutkan pelajaran sebab masalah kewangan..

    Tapi tak rasa pelik ker? Beriya buat email segala nanti hujung2 nak apply itu ini dalam kerajaan kene print, anto pos jugak.. Mana katanya nak soh rakyat celik IT segala??
    Tak faham.. Tak faham..

  24. Amir Izzat Avatar

    Bismillahirahmanirrahim.

    Entah la. Mak cakap ” jangan sangka buruk kat kerajaan” walaupun ana tak berpuas hati dengan email 1Malaysia ini.

    Seperti yg akhi katakan di atas. Ana amat bersetuju terutama sekali berkenaan pendidikan percuma itu kerana masih ramai lg rakyat Malaysia yg memerlukan bantuan kewangan itu. RM50 juta bukan sikit.

    Seperti org kebanyakan kata ” Mana ada benda percuma kat dunia” Mungkin ada udang di sebalik mee.

    Entah la. Kalau bersangka buruk,kang berdosa tapi jika benar itu duit rakyat. Kerajaan sewajarnya mempertimbangkan hal ini. RM50 juta banyak lagi boleh buat..jalan raya,kelengkapan sekolah,bantuan org miskin dan banyak lagi yg mampu membantu rakyat Malaysia yg tercinta ini.

    Tapi yang hairannya pemimpin negara tidak nampak apa yang rakyat nampak. Apa sebenarnya yg mereka “nampak”? Wang? Harta? Pangkat? Perempuan? Gulp..

    Rakyat gembira negara pun aman. hehe.

  25. Shahrulsite Avatar

    Mustahil RM50juta bukan duit rakyat…dah la bagi projek kat company kroni yang bermasalah…

  26. Osman Avatar

    Yang first tu best :D

  27. sayacomel Avatar

    emm..setuju. itu lebih bagus. dah berlambak email percuma provider. Tak yah buat la..

  28. ekspresiruang Avatar

    Pemikiran rakyat Malaysia sekarang bukan macam pemikiran rakyat tanah Melayu. Apa yang dibuat oleh kerajaan pasti akan diketahui dengan cepat kesan dan tujuan tersirat di sebaliknya.

    Cukai dah naik, takkan lah tiada pendidikan percuma? Even Germany yang mengenakan cukai paling tinggi di dunia pon boleh berikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyatnya sampai ke peringkat universiti. Tu la bezanya negara maju dengan negara korup.

  29. landax Avatar

    owh~najib yang bijak =_+

    yeah!u’r rite!

  30. NailahAzman Avatar

    Aku suka entri kau ni!
    Paling suka mestilah 1Malaysia 1wifi.
    Yang lain pun best jugak.

    Macam LRT tu. Letak tambang sama je macam naik Rapid.
    Lagi memudahkan. Ye dok?

    Dalam banyak cadangan kau tu ..
    Aku rasa paling patut buat mesti lah free education.
    Dapatlah jugak mengurangkan beban orang susah.

    Kat Malaysia ni ramai je lagi kebulur.
    Tapi pemimpin kita sibuk berlumba nak jadi negara pertama negara yang dilanda bencana. =_=