PR1MA – Betul Ke Murah dan Mampu Milik?

prima alam damai

Saya merujuk kepada projek PR1MA Alam Damai yang dalam proses tandatangan S&P. PR1MA Alam Damai adalah projek di bawah PR1MA yang pertama di Kuala Lumpur.

PR1MA ni dengar macam bagus. Nak sediakan perumahan mampu milik kepada orang ramai. Katanya mereka jual di bawah harga pasaran. Tapi betul ke?

Harga apartment di PR1MA Alam Damai:

  • 662 sqft = RM 243k
  • 935 sqft = RM 365k
  • 995 sqft = RM 385k
  • 1048 sqft = RM 400k

Purata harga jualan projek ini adalah RM381 setiap kaki persegi. Kebanyakan projek PR1MA adalah leasehold.

Harga Aliran Damai Apartment, kurang 500m dari perumahan PR1MA Alam Damai:

  • 974 sqft = RM 400k | iProperty Listing Date 30 Nov 410
  • 1006 sqft = RM 370k | Agent Listing 30 Nov 367

Purata harga jualan bagi apartment Aliran Damai adalah RM389. Lebih kurang je dengan PR1MA. Aliran Damai ni freehold.

Kalau orang tanya saya berbaloi ke tak beli PR1MA Alam Damai ni, saya cakap tak. Dengan sekatan 10 tahun tak boleh pindah milik dan sewa, lebih baik beli apartment Aliran Damai yang harga lebih kurang dan freehold.

Projek PR1MA sepatutnya 15% – 20% lebih murah berbanding harga pasaran di sesuatu kawasan. Dah la kena letak downpayment 10%. Beli projek bukan PR1MA lagi bagus dengan macam-macam diskaun dan low down payment.

Kadang-kadang saya tak berapa faham apa yang orang PR1MA ni buat. Boleh bagi penjelasan tak? Sangat dialu-alukan.

Harap projek lain yang bakal dilancarkan tak mengecewakan macam ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

33 Comments

  • SHARIL JAMALUDDIN

    26 January, 2016 at 3:16 pm

    saya dapat utk pemilihan unit rumah diatas,jadi serba salah pulak sama ada nak terima atau tidak ya…kalau leasehold mmg saya tak naklah…harga tak berbaloi…baik cari rumah freehold…apa pendapat tuan ariff shah???

    • Ariff

      27 January, 2016 at 8:04 pm

      Kalau kawasan dalam bandar, memang susah nak jumpa freehold.

      Jangan tanya saya nak beli ke tak. Tanya diri sendiri kenapa nak beli. Kalau dapat jawab tu, tanya pulak poket, ada ke tak bajet. Kalau tak silap rumah Pr1ma ni takde diskaun2. Jadi kalau loan 90% deposit 10% kena keluarkan, lawyer fee, S&P semua kos sendiri (kalau tak silap saya ya, nanti investigate sendiri).

  • syahmi

    19 January, 2016 at 4:23 pm

    Masih ada ke rumah baru dalam linkungan 250K lagi?? kalau ada dekat mana? dekat area balakong paling murah 300K untuk studio

  • raja

    29 December, 2015 at 3:12 pm

    Nak mintak pendapat en ariff. Sy terpilih untuk rumah prima. Namun loan tak lepas. Prima ada bg optional Rent to own (RTO) untuk mereka yang tak lepas loan. Rasa2 perlu ke sy ambil RTO ni atau sy xperlu ambil? Sbb klu sy x ambil myb xde lg peluang nak beli rmh. Tp RTO ni pn konsep mcm menyewa jadi agak rugi di situ. Mohon pendapat pakar2 ye.

    • Ariff

      29 December, 2015 at 11:15 pm

      RTO ni biasanya sewa tu masuk sekali dalam instalment rumah. Jadi kita dah bayar harga rumah dalam sewa tu. Pemaju tak ambil untung sewa. Sepatutnya macam itulah RTO yang membantu orang ramai memiliki rumah.

      Saya perlu tau dulu pakej RTO PR1MA macam mana untuk bagi pendapat. Kalau ikutkan macam saya cakap ni, maka berbaloilah.

  • Noriza Rahman

    13 December, 2015 at 8:28 am

    Pendapat saya pun sama, kalau kerajaan bertujuan nak membantu rakyat mendapatkan rumah pertama melalui skim PR1MA ni, harga sepatutnya lebih murah dari developer lain…kalau lebih mahal dan status pun leasehold memang terasa ruginya beli

  • Sukri

    9 December, 2015 at 12:39 am

    Ade info psl prima cyberjaya x?sy dpt rmh tu.mggu dpn kene pg pej prima tuk pilih unit rmh..nk tau berbaloi ke beli.keluasan 1000sf..harga xtau lagi cume bermula dari 220k kalu x silap.bermula dari 220k max xtau la..tah2 280k terberak nk byr.tu pn kalu loan lulus.

    • Ariff

      9 December, 2015 at 8:50 pm

      Kalau tak silap ada beberapa projek pr1ma cyberjaya. Berbaloi ke tak tu.. kena tengok apa yang dia bagi. Kalau 1000sf kurang daripada 280k masih lagi murah untuk Cyberjaya.

      Cuma kena tengok betul2 kawasannya dulu. Takut jauh sangat

      • Syu

        10 December, 2015 at 9:14 am

        Sy dan husband telah pon sign S&P utk prumahan cyberjaya ni.. 850sqf dgn harga 269K. Bagi kami ia amat la mahal jugak..tp since, kami berjaya mendapatkan skim rumah ptamaku dri maybank..kami amik kputusan utk ambik jgak. skrg tgh crik duit utk lawyer fees sbb xinclude dlm loan..kawasan nmpk ok.. sedang membangun… dkt dgn 5 lebuhraya…hope everything goes well..

  • Nurul

    8 December, 2015 at 4:36 pm

    Sepatutnya apa yang ditawarkan oleh kerajaan seharusnya lebih murah dan berbaloi.

    Macam juga harga rumah yang ditawarkan oleh PKNS lebih kurang sama dengan developer yang lain dalam kawasan yang sama. Pada hemat saya seharusnya lebih murah kerana tanah yang dibangunkan adalah tanah PKNS sendiri.

    Just my 2cent opinion :)

  • sotong kurita

    4 December, 2015 at 10:54 pm

    Saya pun terpilih untuk projek Pr1ma ni. Nama saya dah masuk AKPK. tapi alhamdulillah, saya bayar akpk setiap bulan tanpa masalah. Kalau ikutkan saya pun rasa mahal. Tapi dah dekat 10 tahun menyewa umah orang. Ada ke bank nak luluskan loan rumah saya kalau nama dalam AKPK? Kalau ada bank yang boleh luluskan pinjaman rumah saya, sudah tentu saya tolak projek ini. Memang takde pilihan lain.

  • Tariq

    3 December, 2015 at 9:48 am

    “Kebanyakan projek PR1MA adalah leasehold.”

    Moga tuan Ariff check sama ada projek ini benar-benar leasehold atau freehold, dan bukan membuat spekulasi seolah-olah SEMUA projek PR1MA adalah leasehold.

    Walaupun harga Aliran Damai lebih kurang atau lebih murah ikut kps berbanding PR1MA, berapa banyak unit yang dijual dengan harga yang dinyatakan di atas? Kalau sekadar 40-50, tak adil kepada pembeli lain sebab unit yang lain akan dijual dengan harga lebih mahal.

  • Nurul

    2 December, 2015 at 4:32 pm

    Kalau ,

    i) 850sf – RM 280k.
    ii) 900sf – RM300k
    iii) 800sf – RM188k , RM193k , RM198k ( Depends level )
    iv) 900sf – RM260k

    Affordable atau tidak ? Boleh bagi pandangan tak ? Reply di email dan twitter sangat di alu alukan . Terima kasih .

    • Ariff

      2 December, 2015 at 8:01 pm

      Affordable ni maksudnya kita mampu dapat loan atau tak dengan gaji kita. Purata gaji isi rumah penduduk bandar ~ Rm3,000. So kalau 50% (RM1,500) gaji bayar rumah, harga rumah kurang RM350,000 dikira affordable.

  • cinet

    2 December, 2015 at 1:24 pm

    tak tengok lg harga..lepas tengok ni terkejut jugak..mahainyee.sangat tak berbaloi beli…rumah maiwp ok sikit..tapi dalam masa skrg ni byk offer waive downpayment knp nak beli yg kena bayar downpayment kan…;D

  • Faji

    2 December, 2015 at 12:29 pm

    Aliran damai ni pon ye mmg freehold, tapi ikutkan parking pon susah nak dapat. Sempit. Harga pon lebih kurang je dgn pr1ma alam damai.

    Ye nampak mmg mahal, tapi bile fikirkan depan2 dah sekolah menengah n sek rendah, 200m dr sit ada balai polis as well. Guarded. Parking bertingkat. Sama je harga lebih kurang. Kawasan cheras. Cuba carik di iproperty rumah apartment yg dalam 870sf and above starting price pon 370k ke atas.

    Disebabkan itu juga, rumah pr1ma ini utk org yg betul2 nak mendiami bukan utk penjualan sewa beli. Bagi sy ada pro n con nye. Ikut kemampuan pembeli.

  • myvitrd

    2 December, 2015 at 12:08 am

    Sy salah sorang yg apply tp tak dpt.. alhamdulillah tak dpt sbb harga diluar kemampuan… dlm web pr1ma.. apartment dkt atas tu starting rm218k rasanya… tapi kalau yg ariff ckp paling murah rm243k… sgt mhal.