Portfolio 2017 & 2018

Dah hujung tahun. Masa untuk review stock pink 2017 dan umumkan pilihan saham 2018 saya.

Sebelum saya mula, kena tahu objektif stock pick dulu. Kat sinilah nak uji overall pemahaman anda tentang saham dengan mengambil kira jangkaan keadaan semasa setahun yang akan datang dan jangakaan prestasi syarikat.

Dalam stock pick, saya akan pilih beberapa saham untuk dimasukkan ke dalam portfolio bayangan dengan modal bayangan RM100,000. Boleh simpan sehingga 30% daripada modal untuk satu syarikat sahaja dan minimum saham yang perlu ada dalam porfolio adalah lima. Tiada jual beli boleh dilakukan sebab kita nak tau saham yang dipilih pada awal tahun ni perform atau tidak.

Stock pick ni lebih kepada latihan untuk menguji pemahaman fundamental analysis. Itupun kalau buat reseach la sebelum masukkan saham tu. Kalau tak buat research, stock pick tu hanya jadi macam main tikam je.

Top Performing – Aemulus 197% gain

Risiko paling tinggi saya ambil untuk portfolio ni. Itu sebabnya pecahan modal pun paling sikit. Logik untuk masukkan syarikat ni ialah kalau perform, ia akan out perform semua saham dalam porfolio dan kalau tak perform, risiko rugi tak banyak.

197% gain. Memang manis kalau ada saham macam ni dalam porfolio.

Worst Pick – Yeelee -7.13% loss, HSPlant 6.27% gain

Saham berkaitan sawit memang tak perform tahun 2017. Tengok index CPO pun tahu dah. Jadi untuk stock pick tahun-tahun seterusnya, saya akan cuba elakkan saham berkaitan sawit ni.

Yeelee paling teruk sebab tahun ni ekonomi agak teruk. Sales jatuh untuk trading division. Walaupun statistik cakap ekonomi ok dan outperform, tapi efek ni biasanya lambat.

Best Pick – GHLSYS 69.10% gain

GHLSYS ni memang saya tahu dari tahun lepas akan perform. Tengok jelah mana-mana credit card terminal yang ada di mana sahaja kebanyakannya daripada GHL. Bonus bila syarikat ni ada lakukan kerjasama dengan Alibaba untuk DTFZ. This is my best pick, saya memang confident saham ni akan naik dan ia naik. 69% tu banyaklah.

Overall, porfolio ni masih bagus dengan kenaikan keseluruhan sebanyak 42.8% setahun. Porfolio saya masih dalam top 20 stock pick rasmi di forum i3investor. Dengan kenaikan paling tinggi 133% dan prestasi saya dalam top 20, nampak sangat 2017 memang tahun yang agak sukar untuk pasaran saham.

Stock Pick 2018

Tahun ni saya ambil risiko lebih sikit sebab nak ride on kenaikan harga minyak mentah dunia. Aramco nak IPO, jadi expect harga minyak naik tinggi, silap-silap boleh cecah $75-80. Dengan itu, Reach-Wa dipilih untuk ride on this sentiment.

CMSB & Huaan adalah dua kaunter yang saya paling confident dengan 30% pegangan setiap satu. Walaupun saya tahu Huaan akan jatuh dalam Januari ni, tapi untuk 11 bulan seterusnya, saya harap prestasi syarikat ni akan kekal bagus.

CMSB & KKB. Banyak projek kat Sarawak yang mereka pegang. Tahun 2018 ni most probably duit akan masuk banyak daripada projek-projek tersebut. CMSB ni memang saya monitor sejak dari 3-4 tahun lepas.

Elsoft. Bisnes margin besar baq hang. Lebih kurang 50% net profit margin. Saya expect revenue & margin mereka improve dan bagi lebih banyak dividen. Sebenarnya dah takde idea nak masukkan saham apa lagi, jadi Elsoft ni nampak macam safe bet sebagai filler.

Tiga daripada lima kaunter ni ada dalam secret group yang saya share sebelum ni. Saya cuba elakkan ambil yang sama, tapi tak boleh. It just proves that kaunter ni ok sebagai long term investment. Which one? Cannot reveal. Join the group.

Group ni untuk orang yang ada duit nak invest tapi tak tau dan takde masa nak analyze. Your job beli je saham yang kita dah report dan tunggu harga naik. Biasanya kalau pilih saham based on fundamental, jarang rugi dan kalau rugi pun sangat minimum seperti yang berlaku dalam portfolio 2017 saya.

Also, kalau anda ada fund dan memang takde masa nak hadap stock market tapi masih nak invest, boleh hire saya. Sila PM tepi.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

Leave a Reply