Blogger yang menulis atas identiti sendiri memang menghadapi masalah ini. Sepanjang hampir tiga tahun menulis blog di sini, saya melihat ramai blogger lelaki tenggelam (berhenti menulis) atau berubah haluan ke genre blog yang lain. Sesungguhnya bukan mudah untuk menulis blog atas kapasiti peribadi dan terus kekal dalam dunia blog.
Populariti
Populariti dalam dunia blog sering dikaitkan dengan pendapatan. Kadang-kadang tak semestinya. Kadang-kadang populariti ini memberi nafas baru kepada penulis blog untuk terus menulis. Adakah ianya perlu? Ya. Populariti mendorong penulis blog untuk lebih rajin menulis dan dalam hal saya, mendorong saya untuk sentiasa menghasilkan penulisan yang memberikan nilai kepada pembaca.
Namun populariti pun ada tahap-tahapnya. Untuk blogger biasa seperti saya, kalau dapat 1000 orang baca blog dalam sehari pun dah rasa cukup popular. Kalau lebih daripada itu, memang dah jadi satu penghormatan buat saya. Saya melihat populariti seperti respon pembaca terhadap penulisan saya. Biarpun kadang-kadang bilangan komen sedikit, tapi dengan melihat kepada bilangan yang membaca dapat memberikan gambaran kepada saya bahawa penulisan tersebut adalah releven pada waktu itu.
Memanglah dengan populariti datangnya peluang untuk menjana pendapatan daripadanya. Itu adalah satu kelebihan pada masa ini tetapi saya tidak meletakkan fokus sepenuhnya pada pendapatan. Kalau peluang datang tu, saya terima dengan hati yang gembira (banyak tanggungan kan.. ), kalau tidak tak mengapa.
Originaliti
Untuk blog genre personal, originaliti adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah dalam minat penulis blog tersebut. Tapi kalau penulis tu tiba-tiba minat bidang hiburan dan tukarkan blognya kepada blog hiburan macam mana pulak kan? Adakah pembaca akan menuduhnya sebagai ‘terjual’ kerana ingin mengejar populariti blog semata-mata untuk menjana pendapatan?
Jauh di sudut hati saya, saya masih tertanya-tanya, masih terdapat lagikah pembaca yang membaca blog ini sejak saya bermula dahulu? Ini adalah satu persoalan yang sentiasa bermain-main di fikiran saya. Memang ada sesetengah yang berasa bosan kalau saya asyik bercakap tentang saham, tapi itu minat saya sekarang. Nak buat macam mana kan? Atau mungkin saya patut buatkan satu blog khas untuk cerita pasal saham?
*****
Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini, tak kira siapa anda dan di mana anda berada. Saya sebenarnya baru ditemuramah oleh wakil sebuah akhbar tempatan. Insya Allah terpampang lagilah muka ni di dada akhbar. Kebanggaan tu adalah sikit-sikit, tapi saya lebih menghargai pembaca yang datang ke sini setiap hari. Tanpa anda, saya tidak akan berada sehingga ke tahap ini. Saya harap apa yang ditulis dapat memberikan faedah atau sekurang-kurangnya berbaloilah masa yang diluangkan.
Konsep saya dengan blog ini masih sama, dari dulu sampai bila-bila. Tiada paksaan dalam membaca dan follow. Lagipun, ini hanyalah blog personal. Siapalah saya untuk memaksa anda membaca?
57 Comments
hidupbiarbest
10 July, 2012 at 3:47 ampopulariti dengan kualiti dua2 penting untuk blogger….tapi bergantungla pada blogger sama ada nak mengejar popular ke atau nak menulis untuk dapat kepuasan
wanabe
9 July, 2012 at 10:10 ammemang menjadi masalah utama. tetapi bagi aku, menulis more untuk berkongsi maklumat dan kepuasan menulis..populariti dan pendapatan tue perkara lain. kalau dapat ianya satu bonus..:)
Ikhtiar Shah
6 July, 2012 at 8:04 pmbagi aku steady jer original kemudian populariti akan dtg dgn sendiri.baru pure.hehe
LynnAiza
6 July, 2012 at 5:08 pm“Jauh di sudut hati saya, saya masih tertanya-tanya, masih terdapat lagikah pembaca yang membaca blog ini sejak saya bermula dahulu?”
yes. i still read blog.ariff even skrg nak blogwalking pon malas yaaamat. so kalau sekali masuk sini,harus la baca 4,5 entri yang terlepas. jama’ sekali. hihi. keep blogging! :)
lAl
6 July, 2012 at 5:42 amYa… Sejak dua menjak ni, mmg kepala aku sendiri pon pikir hal yang sama… Kalo nk kejar popular tu mmg letih… Bagi aku ORIGINAL tetap menjadi pilihan aku. Sebab originaliti tu baru datang nilai dan kualiti.. Insyaallah…
azman
4 July, 2012 at 12:45 pmBlog personal lelaki yang saya tgk,ramai juga yg kecundang dan hilang macam tu jer,tapi tulah menulis kerana minat,lepas tu baru pikir pasal pendapatan –
iAwani
4 July, 2012 at 12:46 amitu yang paling penting. originaliti, passion, jenama dan disiplin memasukkan content terbaru.
pinkbubblegumprincess
3 July, 2012 at 7:39 pmsy perlu belajar lebih banyaaaak lagi dunia blog nih..:p
naihusna
2 July, 2012 at 11:34 pmTeruskan saja dengan cara sekarang..memang nampak mcm caca-marba sebab setiap entri kadang2 tajuknya pelbagai..asalkan entri2 yang ditulis tu bertujuan nak bagi/kongsi info yang berguna untuk pembaca…
zahidahwahid
2 July, 2012 at 11:19 amblog saya hanya catatan peribadi dan luahan perasaan yang merapu…hehehe
Azham Vsvc
2 July, 2012 at 11:08 amHurm….kalau blogging dan mengharapkan populariti pun tak boleh juga…especially kalau entry byk copy paste…dah tak original kan? For me, kena banyak hasilkan karya sendiri, pastu kalau terpopular tu…syukurlah ;)
daddydee
1 July, 2012 at 11:44 pmBetul tu tuan. Saya setuju. Ramai kekawan yang saya kenal (lelaku) sudah mula stop blogging sabab blog lelaki susah nak popular.
Saya pun terus berblog kerana minat dan untuk berkongsi. Sejahat mana pun saya, saya tetap ingin berbuat sesuatu yang baik.
Fathiah Jasni
1 July, 2012 at 8:50 pmx perlu kot buat blog baru utk saham semata-mata.. nnti, kalo tiba2 minat berubah ke langsir, takkan nk buat blog baru utk langsir pulak.. habes tu, ariffshah.com nak update ape? heeeeeee v(^^)
Ariff
2 July, 2012 at 11:09 amhahaha.. blog langsir. Rasanya takde lagi
adillaharun
1 July, 2012 at 6:10 pmHensem tajuk entri kali ni! Menulis blog ni saya akui, ada masa-masa kurang momentumnya. Apa pun kalau rasa suka tu masih ada, bukan populariti yang dikejar. Selain originaliti itu hanya pembaca yang dapat menilai. Saya juga kekadang buntu nak menulis entri. Apa yang penting entri itu kita niatkan memberi manfaat untuk yang membaca. Kita pun lega, orang pun dapat faedah.
tarmizishukri
1 July, 2012 at 2:22 amblog saya personal, tp banyak cakap pasal fotografi.. kadang2 diri sendiri pun konfius, tapi takpelah, yang penting isi kandungan blog memberi input kepada pembaca, itu dah cukup bagus :)
akubiomed
1 July, 2012 at 12:17 amBukan mudah untuk mengekal momentum bagi pembaca setia kerana mereka ini tepat setia walaupun blog tersebut jarang kemas kini pun tetap datang. Keunikkan niche dan cara menulis adalah satu tarikan bukan mudah untuk sampai tahap tersebut dan mempunyai tanda aras sendiri. Saya menghormati penulis blog yang berkarisma.
Norfa
30 June, 2012 at 4:11 pmSaham? perghhh.. bagus ah bro ariffshah..entry yang menarik.. populariti atau originaliti… blog bro ariff mmg ada pembaca.. =)
Ariff
2 July, 2012 at 11:10 amHarap dapat kekalkan momentum pembaca yang datang
ReM
30 June, 2012 at 3:41 pmOriginaliti bertahan lebih lama dari populariti dan ramai suka kan yang original dari yang popular.
Teruskan blogging
LilyNrman
30 June, 2012 at 2:57 pmSaya sekarang pun sedang mencari identiti untuk blog saya. Agar originaliti itu sentiasa ada dan konsisten. Saya percaya populariti akan datang dengan sendiri jika ada yang sudi membaca perkembangan di blog saya secara konsisten jua.
Konsep blog personal saya ketengahkan ialah passion saya terhadap penulisan berpuitis dan kecintaan pada dunia retro vintage. Ini adalah resepi utama dalam mengekalkan originaliti dan identiti pada blog saya.
Kata John Chow, seseorang blogger yang perlu bijak menjenamakan blog nya. Treat your blog as business. Saya nampak usaha Ariff pada itu dalam setiap kali apa jua acara. Seperti membina syarikat Ariffshah.com dan juga acara marathon atas nama Ariffshah.com. Yakin pada jenama sendiri. Saya akan melakukan perkara yang sama, biarpun status blog baru setahun jagung.
Berblog kerana cinta, untuk memberi nilai kepada pembaca. Agar pembaca cinta kepada kita.
Ariff
2 July, 2012 at 11:16 amPerjuangan untuk menjadi original bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang kita terpengaruh tengok orang lain buat duit melalui blog dan terasa macam nak mengikut jejak langkah mereka. Satu perjalanan yang mencabar, tapi di hujung jalan nanti, pasti kita akan berpuas hati kerana dapat membina sesuatu yang unik dan merupakan hasil daripada buah fikiran kita sendiri.
KNizam
30 June, 2012 at 2:34 pmbukan senang untuk menghasilkan blog entry yang original dan berkesan. hehe :)
Zarul Umbrella
30 June, 2012 at 1:13 pmakhbar manakah itu?
Ariff
2 July, 2012 at 11:17 amhehe.. yang tu rahsia, cuma akhbar ni antara yang mainstream gak
halif
30 June, 2012 at 12:58 pmMantap bro, memang anda ada aura tersendiri.
Shahrul
30 June, 2012 at 12:39 pmagak jarang juga blog peribadi dapat mengekalkan originaliti mereka…lama-lama bosan juga
the malay male
30 June, 2012 at 10:22 amblog personal selalunya lebih bebas. Bebas menulis tentang apa sahaja yang terlintas difikiran. Dari isu personal, sukan, politik mahupun isu isu semasa lain.
eddie
30 June, 2012 at 10:16 ambagi aku ada orang mudah cepat bosan dan kadang terlalu mengikut niche…hu3…tetapi ada yang betul2 serius blogger…original dan popular akan datang sekali…
yaya
30 June, 2012 at 10:08 ampopular tu tak penting sangat..originaliti tu perlu utk org kenal kite..hihi.. sy pon bru berjinak-jinak merpati dgn blog ni.. :)
Ariff
2 July, 2012 at 11:17 amall the best =)
Fazrol
30 June, 2012 at 5:23 amWalau apapun, aku ttp suka baca blog nie..
Ariff
2 July, 2012 at 11:18 amThanks a lot bro!
hatiputera
30 June, 2012 at 3:44 amGaya penulisan adalah unik menyebabkan aku tidak bosan bila membaca,,,simple dan padat.
Kazen
30 June, 2012 at 12:22 amsesungguhnya blog peribadi itu lebih kepada originaliti kerana hari ini banyak blog yang popular tapi entri copy paste dari dada akhbar dan akhbar online tidak kurang juga dari facebook. cam aku dah 2 tahun menulis blog tapi follower tak ramai jugak, tak popular dan tak da pendapatan sebab blog itu diari aku dan laman sosial secara tidak langsung :)
myvitrd
30 June, 2012 at 12:12 amselagi ada entri diupdate disini insyaallah akan terus dan terus membacanya…
boni
29 June, 2012 at 11:07 pmbagi aku pula, jika bro nak tukar selera ke mana2 pun, tak kisah.. sebab ini adalah personal blog bro.. dan, jangan risau.. jika readers dah selalu setia dengan blog ni, mereka akan tetap berada di sini dan membaca setiap apa yang ditulis walau apapun topik yang dibentangkan.. percayalah..
sharinginfoz
29 June, 2012 at 10:28 pmmemang sungguh menarik topik ini, bagi saya keaslian entri sangat penting, menulis mengikut cara kita
Kak Jie
29 June, 2012 at 9:51 pmkak jie baca semua entri ariff….cuma utk komen tak punya byk masa
mgkn org lain pun serupa – kat blog kak jie misalnya
dah bertahun tahun dia baca blog kita, dia dah mengenali dan cuba mengikuti kehidupan cataatan harian, cuma sekadar ambil tahu bkn lagi meninggalkan komen
Saufi Karim
29 June, 2012 at 9:46 pmSaya sangat setuju dengan entri Tuan Ariff. teruskan.
sensasi2020
29 June, 2012 at 9:27 pmAda originaliti nama akan jadi identiti,
Guna populariti blog kita makin dikenali,
Kerana keduanya ada kelebihan tersendiri,
Setiap orang tahap pemikirannya tidak selari.
nurmisnan
29 June, 2012 at 9:05 pmApa yang penting kerjasama.. har3
sama2 support blogger untuk maju..
All d best brother..
azriMy
29 June, 2012 at 8:28 pmpaper mana tu bro?
Ariff
29 June, 2012 at 9:14 pmYang tu nanti tunggu keluar la :)
abangensem
29 June, 2012 at 10:50 pmApasal lu tak petik nama gua kat reporter tu? Ini mesti kes lu jeles kalau gua dapat enter frame kat paper. Cisss… Tak nak geng la camni!!
Ariff
29 June, 2012 at 10:58 pmDia nak bawah 30 unfortunately :P
azrijohan
2 July, 2012 at 5:28 amjarang beli paper dah sekarang ni :p
titan
29 June, 2012 at 8:23 pmwalaupun pernah dijemput untuk masuk paper. aku tolak. haha..malas aku masuk paper..
Ariff
29 June, 2012 at 8:25 pmSebenarnya aku nak cadang nama ko tadi, tapi aku rasa ko dah lebih 30, so tak jadi.
Persoalannya sekarang, adakah umur ko lebih 30?
titan
30 June, 2012 at 11:11 pmciss..aku bawah 30 la.. lom masuk geng-geng pakcik-pakcik dan makcik-makcik. haha..
nurmisnan
29 June, 2012 at 9:07 pmTitan bukan jual mahal tapi takut
ain maisara + Fatin lebih fofuler… har3…
titan
30 June, 2012 at 11:12 pmtakkkk. aku takut diorang marahh..haha..
hafiz
29 June, 2012 at 8:22 pmTahniah..makin popular la bro lepas masuk paper nanti..sy memang respek cara penulisan dan konsistensi bro dalam berblogging..keep up d good work.
eyriqazz
29 June, 2012 at 8:13 pmIndeed…can’t agree more..originality itu penting…Ariffshah ada aura tersendiri yang buatkan orang cam saya terus melekat dari tahun 2009 sehinggalah sekarang…
abangensem
29 June, 2012 at 10:54 pmCisss… ayat bodek yang melampau.
eyriqazz
30 June, 2012 at 12:51 amhahaha..take note ariff…Sila belanja saya makan…
mkhafiz
29 June, 2012 at 8:11 pmYup..btol tu. Kadang2 ada yang ‘terpaksa’ ciplak artikel orang utk meraih populariti.