Poin Penting Sesi Sembang Santai Gandakan Wang – SUPER 2015

simposium pengurusan ringgit ariff

Kepada yang tak dapat hadir sesi Sembang Santai Gandakan Wang Anda, ini antara point-point penting dalam sesi tadi. Saya tambah sikit mana yang saya tau.

Pelaburan Saham

  • Secara asasnya, beli pada harga murah, jual pada harga mahal.
  • Modal. Menabung dan kumpul modal dulu. Kalau tabungan pun takde, memang susah.
  • Masa kegawatan ekonomi, sesuai ke nak melabur dalam pasaran saham? Biasanya masa kegawatan ekonomi harga saham syarikat yang bagus juga akan jatuh sebab bukan semua orang mampu bertahan melihat saham yang dibeli jatuh. Bila ini berlaku akan beri peluang kepada mereka yang mencari peluang untuk membeli saham syarikat yang bagus pada harga diskaun. Saham sebegini akan beri pulangan besar bila ekonomi pulih.
  • Bagaimana menangani risiko dalam pasaran saham? Melabur dalam benda yang kita tahu. Contoh, syarikat elektrik, air. Dua benda kalau apa-apa berlaku pun orang tetap bayar bil sebab memang keperluan. Bisnes kukuh. Risiko rendah. Contoh lain, syarikat telekomunikasi, syarikat pembuat sarung tangan getah, syarikat pembuat kertas.
  • High risk, high return dalam saham. Betul ke? Tak semestinya. Benda yang kita tak tahu adalah risiko. Melabur dalam syarikat carigali minyak adalah risiko kalau kita tak faham perniagaan carigali minyak. Kurangkan risiko dengan melabur dalam syarikat yang kita faham. Dengan itu kita boleh nampak peluang syarikat tersebut untuk berkembang dalam perniagaannya.

Pelaburan Hartanah

  • Secara asasnya, beli hartanah dan jual selepas beberapa tahun. Dalam menunggu nak jual, boleh disewakan.
  • Modal. It depends. Kalau anda deal untuk beli di bawah harga pasaran, boleh minta untuk mendapatkan deal zero money down dengan penjual. Ada projek boleh bagi low downpayment package serendah RM1,000 tapi jangan jadikan sebab boleh dapat low downpayment ni sebagai alasan utama untuk membeli hartanah tersebut. Kalau hartanah tu memang bagus dan boleh dibeli pada low downpayment, itu bonus.
  • Masa kegawatan ekonomi sesuai ke nak melabur dalam hartanah? Kebanyakan deal yang menarik Faizul dapat adalah semasa kegawatan ekonomi 2008 – 2009 dulu. Lebih kurang 10 buah hartanah dibelinya dalam tempoh tersebut. Tiga daripada hartanah tersebut memberi pulangan sewa RM2,000 setiap unit setiap bulan. Hartanah macam ni memang bukan untuk dijual.

Pengurusan Kewangan

  • Anda pilih nak hidup macam mana. Kalau bermewah selalu, minum kopi mahal hampir setiap hari, memanglah susah nak kumpul modal dalam melabur.
  • Orang muda zaman sekarang banyak lambat melabur disebabkan kereta. Bayangkan. Kereta bayar sebulan RM700 – 800, insuran tahunan RM1,000 – 2000, maintenance tahunan RM 2,000 – 3000, Tol bulanan RM 200 – 300. Jadi memang logik kalau beli kereta masa awal bekerja akan menyebabkan anda susah nak mula melabur.
  • Jangan mudah percaya dengan skim yang menjanjikan pulangan luar logik akal. ASB 7% setahun tu sebenarnya dah cukup tinggi dalam dunia pelaburan.

Tambahan dari saya:

  • 2015 – 2016 orang cakap kegawatan ekonomi, harga rumah bakal jatuh bla bla bla. Saya sempat tanya Faizul sebelum sesi berlangsung tadi, berapa banyak dia beli tahun ni? Dia cakap banyak. Tahun ni macam tahun kegawatan 2008 dulu. Banyak good deal. Saya senyum je sebab saya pun dapat satu good deal tahun ni.
  • Saya kumpulkan modal hartanah dalam pasaran saham. Saya kenalpasti saham yang boleh bertahan dan mempunyai prestasi konsisten atau sedang berkembang dan beli sikit-sikit setiap bulan. Buat ni dalam masa 6 bulan hingga setahun dan apa yang bakal saya dapat adalah tabungan bulanan yang terkumpul serta kenaikan nilai pelaburan saya. Tapi buat ni mestilah ada ilmu. Saya recommend, belajar dengan Pakdi.
  • Perlindungan kewangan. Dalam sibuk melabur, pastikan pelaburan kita dilindungi. Mesti ada protection. Mesti ada medical card sendiri. Sebab kalau tiba-tiba sakit kritikal, memanglah company tempat kerja akan tanggung bil perubatan, tapi bila dah berhenti atau diberhentikan kerja, takde cover dah. Duit simpanan & pelaburan sendiri akan hangus untuk bayar bil perubatan. Ingat ya, sakit bukan datang sekali. Boleh datang berulang kali. Ini bukan politik ketakutan, tapi peringatan.

Rasanya itulah yang saya ingat. Kepada yang hadir, kalau ada point yang saya tertinggal, boleh kongsikan di ruang komen.

Saya harap sesi di bawah kelolaan saya ini dapatlah menjawab persoalan anak-anak muda tentang dua cabang pelaburan ini. Direction soalan sepenuhnya dari saya, berdasarkan feedback pembaca blog ini dan sentimen umum semasa tentang kedua-dua pelaburan ini.

Sebenarnya banyak point dalam sesi sembang santai ni saya dah kongsikan dalam blog ni di bawah kategori Personal Finance sebab saya follow apa yang Faizul tulis dalam bukunya dan saya follow banyak good practices dalam pengurusan kewangan. Benda lebih kurang sama je.

Ramai yang pergi program bagus-bagus macam ni tapi tak amalkan apa yang dibuat. Itu masalahnya.

Macam biasa, kongsikan entri ini kalau anda rasa ianya berguna kepada rakan/keluarga anda.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

9 Comments

  • rizal embi

    16 November, 2015 at 4:59 pm

    Memang banyak cara yang keluar cara menyimpan yang baik. Ramai juga yang dah sedar betapa pentingnya menyimpan. Tetapi bagaimana pula dalam keadaan ekonomi yang tak menentu kini adakah simpanan kita akan terjamin atau perlukah kita menyimpan dalam bentuk aset untuk mengelakkan kerugiaan pada simpanan berbentuk wang? harapkan jawapan.

  • Mohd Saiful Dzulkefly

    16 November, 2015 at 10:55 am

    Assalamualaikum En. Ariff,
    Terima kasih atas perkongsian.
    Saya juga bercadang untuk membeli hartanah pada masa sekarang, kerana mempunyai pandangan yang sama dengan En Ariff dan En Faizul.

    Cuma saya ingin minta pandangan dan juga cadangan En. Ariff tentang membuat personal loan untuk renovation/furnishing rumah yg dibeli, bagi tujuan meningkatkan nilai sewa tersebut.
    Saya ada terbaca yang jika ada personal loan, akan menyebabkan loan bank untuk beli rumah susah nak lulus.

    • Ariff

      16 November, 2015 at 8:01 pm

      Buat personal loan untuk renovate rumah. Sangat tak digalakkan.

      1. Berapa banyak je sewa boleh naik lepas renovate? Kalau kadar kenaikan sewa boleh cover balik kos bulanan atau lebih instalment PL, takde masalah
      2. Penyewa tak appreciate renovation ni. Biasanya apa yang penyewa nak benda basic je macam aircon, water heater, peti sejuk, mesin basuh
      3. Rumah untuk orang duduk tak perlu renovate cantik-cantik.

      Betullah tu. Kalau ada PL, memang payah loan rumah nak lepas lebih2 lagi kalau komitmen dah tinggi.