Kenapa Aku Setuju Dengan Pemansuhan PMR & UPSR

Aku memang dah lama terfikir pasal benda ni. Sistem pembelajaran disekolah kita terlalu panjang. 11 tahun!!!!! Itu semua basic je, sepatutnya kalau nak betul-betul belajar kena banyak luangkan masa di peringkat pengajian tinggi. Bukan di sekolah. Tengok formula yang dibuat di negara maju. Semua nak cepatkan anak-anak muda mereka masuk universiti.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

UPSR untuk masa sekarang ni macam no point sangat. Dulu mereka buat sebab nak tengok samada pelajar tu boleh belajar membaca, menulis, mengira; samada pembelajaran di sekolah berkesan ke tak terutamanya di sekolah kampung. Aku sekolah kat kampung dulu. Pembelajan dan pengajaran di sekolah kampung tak bermasalah sangat, yang bermasalah adalah ibu bapa & keluarga. Guru-guru kat mana-mana aje memang buat kerja mereka, tapi kalau ibu bapa takde inisiatif nak ambil tahu pasal pembelajaran anak-anak kat sekolah dan rumah, memang ke longkang la jawabnya.

Jadi disebabkan sekarang ni majoriti dah lulus UPSR dan majoriti lepasan pelajar sekolah rendah memang dah tahu macam mana nak mengira, menulis dan membaca. Dah tak ramai yang buta huruf. Settle. Mansuhkan UPSR dan lagi bagus, pendekkan pembelajaran di sekolah rendah kepada 5 tahun. Percayalah aku cakap, Malaysia dah semakin maju. Kadar IQ anak-anak semakin tinggi. Jadi biar kita ‘push’ sikit supaya minda mereka tercabar. Mereka masih muda, mampu bertahan dengan cabaran. Pasal sukatan pelajaran, banyak benda yang dipelajari di sekolah DIULANG balik di sekolah menengah. Kenapa membazir masa macam tu?

Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

ahhh.. tolonglah. Jangan sebab nak pilih pelajar masuk SBP, kena kekalkan peperiksaan yang makan masa dan kos tinggi macam tu. Setakat nak masuk SBP, pelajar boleh menduduki peperiksaan kemasukan ke SBP. Penilaian boleh dibuat berdasarkan prestasi mereka di sekolah. Isu remeh. Now I tell you this, kat mana pun seseorang tu belajar, kalau dia nak belajar betul-betul memang akan dapat punya keputusan yang bagus dan boleh mintak biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Pada pendapat aku, masa form 1 dulu memang relax sangat. Exam pun tak kisah result apa dapat sebab mindset semua orang fikir, “aahhh.. masih terlalu awal untuk bekerja keras” Cadangan aku, mansuhkan form one. Lepas tu, ubah balik sukatan pengajaran dan pembelajaran supaya volume kat setiap peringkat (tingkatan) seimbang.

brought to you by

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

PMR ni pada aku hanyalah ujian pilih jawapan yang betul berdasarkan logik akal. Yang betul-betul aku belajar dan hafal/ingat untuk PMR dulu adalah subjek sejarah. Kena ingat tarikh, tahun, tempat, etc. Yang lain, kalau dah faham subjek tu, tak payah nak belajar sangat boleh dapat 8A. Buktinya? Adik aku sendiri. Dia tak belajar sangat dulu. Peperiksaan percubaan pun result ala kadar je. Tapi bila dapat result PMR, tiba-tiba je dapat 8A. Semua orang terkejut.

Point aku kat sini, peperiksaan PMR adalah setakat nak pilih jawapan yang betul je. Semua orang boleh lepas kalau mereka nampak the bigger picture.

***

Berdasarkan apa yang aku cadangkan, kita dapat memendekkan tempoh persekolahan kepada dua tahun. Kenapa aku nak pendekkan? Macam ni, semua orang ada ‘graf semangat’ dia sendiri dalam melakukan sesuatu. Pada peringkat awal, semangat tinggi, rajin berusaha, memang semua tip top. Bila masa berlalu, semangat (morale) ni semakin turun sebab wujudnya kebosanan. Kebosanan datang apabila kita terdedah dalam persekitaran yang sama berulang kali. Belajar sesuatu yang kita dah tahu membosankan.

Kalau nak cakap 18 tahun ni masih terlalu muda dan tak matang lagi nak belajar di universiti, think again. Kematangan tidak datang berdasarkan umur. Ada orang umur 20 lebih pun, masih berfikiran kebudak-budakan. Kematangan datang daripada pemikiran, ilmu pengerahuan dan pengalaman. Masuk universiti dah tak boleh main-main. Belajar kantoi, kena buang. Hutang pinjaman pendidikan kena bayar. Jadi cara pemikiran pelajar ni tadi akan berubah. Mereka akan lebih serius. Dari situ, mereka akan menjadi lebih matang.

Mari bincangkan bersama.


38 thoughts on “Kenapa Aku Setuju Dengan Pemansuhan PMR & UPSR

  1. Pada aku lebih baik mansuh semua peperiksaan , buat macam sistem sekolah kat US, siapa yang tak lulus final exam dajah/tingkatan takkan naik kelas. Buat sukatan pendidikan yang membentuk cara berfikir yang kreatif , Malaysia ni kurang sangat pelajar-pelajar yang kreatif.

    Malaysia ni kekurangan para-para pencipta yang boleh merekacipta peralatan ataupun apa-apa jer perkakasan.
    kalau ada pun barangan yang dicipta oleh syarikat atau organisasi.

  2. Mengapa sistem pendidikan di luar negara hanya memerlukan tempoh masa yang sedikit untuk ke universiti? adakah kerana IQ mereka tinggi? Ingat keseimbangan IQ dan EQ amat penting bagi mematangkan seseorang manusia. IQ yang tinggi hanya akan menghasilkan pelajar yang bijak. EQ amat penting bagi membentuk akhlak pelajar. Justeru, perlu ada satu alat untuk mengukur EQ para pelajar.

    • tak pasti, tapi kalau duduk di sekolah lama-lama pun tak mematangkan pemikiran pelajar juga sebab kat sekolah semua benda disuap.