Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi waktu Malaysia. Saya dah penat dan mengantuk. Walaupun ada lagi beberapa perkara yang perlu dibuat pada blog ini, tapi cukuplah setakat malam ni je.

blog.ariff sekali lagi berpindah rumah. Dulu server terletak di Dallas, Texas. Sekarang dah dipindahkan ke Los Angeles, California. Nama je blog bahasa Malaysia, tapi dihoskan di US sana. Dah nama pun free kan. Asalkan yang kita dapat tu berkualiti dan dapat jimatkan kos, guna jelah. Alhamdulilah, pemindahan berjalan dengan lancar, cuma ada beberapa komen dalam entri sebelum ni hilang. Maaf ye.. tapi saya dah baca, don’t worry.
Hosting yang saya gunakan sekarang adalah daripada Media Temple. 1 TB bandwidth. Lebih kurang RM70 sebulan kalau ikut harga sebenar. Tak tau berapa banyak user boleh ditampung dalam satu masa, tapi saya rasa dengan apa yang ada tak akan mendatangkan masalah kepada saya dalam jangkamasa panjang.
Theme yang digunakan adalah Nomnom oleh Zeaks. Saya gunakan theme berbayarnya yang berharga US$5. Memang murah untuk theme yang berkualiti dan kemas. Masih lagi mengekalkan layout sebelum ni.
Beberapa perkara lagi dalam perancangan untuk blog.ariff. Harap dapat berkembang dengan lebih pesat tahun ni. Terima kasih kepada semua yang menyokong.
Ribuan terima kasih kepada Eizil kerana membantu saya memindahkan blog ini. Kepada yang memerlukan bantuan teknikal dan sekuriti blog, boleh hubungi saudara Eizil.

rugi xstart berblogging time satu universiti ngan Eizil kat Germany dulu. kalau x, bley dpt byk ilmu dr dia directly. huhu
Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Lotus House: Kediaman Mewah Oleh 29 Design Di Kajang
MacBook Pro berapa inci kah itu? 13? 15? hehe .. saya minat MacBook.
13 jer. Model 2010
Suka kucing kamu tu bro. :) selamat berpuasa.
Entri terbaru halif >> Salam Ramadhan Untuk Semua
Nampaknya tiada masalah berlaku ketika blog Ariff ini dilayari. :-)
Entri terbaru akubiomed >> Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala
RM 70 sebulan agak ok juga.
Mungkin di masa akan datang bro akan gunakan perkhidmatan dia :)
Entri terbaru Bro Framestone >> Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2012 Anjuran Petronas
harga baik untuk otai ni..
Entri terbaru Mus >> Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49
yeay!! ade kucing!!! terus follow hehe..jumpe blog kat blog yuyu.. =p
Entri terbaru sharz >> #60 days
kat instagram saya banyak kucing
pergh..tuka lagi..hebat bro ni..semoga terus maju bro
Nanti boleh lah kongsi tip2 pindah server nih,apa yg perlu kena buat :)
theme nom nom ni berbayar ke?..
boleh share tak camane nak buat landing page waktu pindah hosting?.. camane tempoh propagation boleh cepat eh..tak sampai sehari rasanya ni..
Landing page guna plugin (search under construction plugin atau apa-apa keyword yang sewaktu dengannya). Tempoh propagation adalah di antara 6-12 jam
Walaupun server kau terletak diluar. Bagi aku weh hang memang ringan. Tidak memerlukan masa yang lama untuk load
gebu nya kucing hang..hehe
makin maju…tahniah tuan…semoga terus maju dan maju
Entri terbaru daddydee >> Buku Jutawan : Kenapa Saya Membeli Buku Jutawan??
owh.. beliau tu pakar dalam wordpress sahaja atau blogspot sekali ye?
Entri terbaru boni kacak >> Lyssa Faizureen Tetap Kesayangan Aku
kirim salam kat meow2