Pilihan Saham 2017

Reading Time: < 1 minute

Bukan portfolio saya, cuma sekadar portfolio “what if” kalau saya ada duit nak invest banyak-banyak. Setiap tahun saya akan follow cabaran portfolio saham di laman i3Investor. Cabaran ni simple je. Dengan bajet RM100,000 yang diberi, allocate saham dengan kuota max 30% daripada total bajet. Pemenang akan dipilih berdasarkan portfolio paling besar pada 31 Disember 2017 nanti.

Hadiah tak pasti ada ke tak. Tapi tak penting bagi saya. Saya join sebab nak belajar dan test pengetahuan sendiri pasal saham je.

Untuk portfolio tahun ni, pilihan saham adalah seperti berikut:

  • Aemulus. Non syariah. Saham sektor teknologi. Kaunter ni dari tahun lepas ada desas desus khabar angin. Baru ni gerak.
  • GHLSYS. Saham sektor teknologi. Pembekal terminal kad kredit. Sedang cuba memasuki pasaran Asia Tenggara.
  • HSPLANT. Saham sektor pertanian. Sekadar nak diversify.
  • MUHIBAH. Saham sektor oil and gas. Harga minyak dah mula naik maka job semakin banyak tahun ni.
  • YEELEE. Saham sektor consumer. Red Bull, Ribena, Spritzer. Selagi ekonomi berkembang, selagi tu ok.

Portfolio 2016 agak kelaut. Still learning.


Posted

in

by

Comments

6 responses to “Pilihan Saham 2017”

  1. Al Ashry Avatar

    salam bang. saya da buka cds akaun. cuma nk mintak panduan skit mcm mana nk pilih kaunter yg bagus.

    1. Ariff Avatar

      Susah nak cakap. Banyakkan baca akhbar bisnes. tu salah satu cara

  2. suhaida suaid Avatar

    Dah lama tak trading. Kenkunun sebok sangat.
    Rindunya nak trading balik. Kena tengok nota balik. Huhuu..
    Ok je portfolio tuan. Ada jugak gain.

  3. siti hazreen Avatar

    saya ada akaun saham. tapi belum pernah melabur lagi. kena cari ilmu dulu hehe

    1. Ariff Avatar

      Cuba cukupkan RM1k dan beli saham yang rasa ok. Dari situ lagi cepat belajar dan pandai. Dalam saham ni kalau tak praktikal terus, memang sampai tua tak jalan. Percayalah

      1. Jiesusanos Avatar

        Jie pn ada akaun saham tapi xbrani nk serius dgn saham ni..