Pilihan Saham 2017

Bukan portfolio saya, cuma sekadar portfolio “what if” kalau saya ada duit nak invest banyak-banyak. Setiap tahun saya akan follow cabaran portfolio saham di laman i3Investor. Cabaran ni simple je. Dengan bajet RM100,000 yang diberi, allocate saham dengan kuota max 30% daripada total bajet. Pemenang akan dipilih berdasarkan portfolio paling besar pada 31 Disember 2017 nanti.

Hadiah tak pasti ada ke tak. Tapi tak penting bagi saya. Saya join sebab nak belajar dan test pengetahuan sendiri pasal saham je.

Untuk portfolio tahun ni, pilihan saham adalah seperti berikut:

  • Aemulus. Non syariah. Saham sektor teknologi. Kaunter ni dari tahun lepas ada desas desus khabar angin. Baru ni gerak.
  • GHLSYS. Saham sektor teknologi. Pembekal terminal kad kredit. Sedang cuba memasuki pasaran Asia Tenggara.
  • HSPLANT. Saham sektor pertanian. Sekadar nak diversify.
  • MUHIBAH. Saham sektor oil and gas. Harga minyak dah mula naik maka job semakin banyak tahun ni.
  • YEELEE. Saham sektor consumer. Red Bull, Ribena, Spritzer. Selagi ekonomi berkembang, selagi tu ok.

Portfolio 2016 agak kelaut. Still learning.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments

Leave a Reply