Pilihan Saham 2016

pilihan saham 2016

Cara paling senang nak belajar main saham adalah beli saham dan track prestasi saham tersebut. Tak payah masuk seminar apa-apa pun. Trial and error.

Masalah orang kita ni kalau nak join skim cepat kaya, senang-senang je tabur duit. Takde pulak rasa takut nak join. Tapi kalau cakap pasal saham, terus kecut perut.

Terus terang saya cakap, nak belajar saham ni kena jadi rajin membaca je. Analisis percuma dah banyak sangat orang buat sekarang. Pilih je mana kaunter saham yang kita minat dan rasa ada potensi besar dan letak duit. Senang sangat.

Ini senarai pilihan saham saya untuk tahun 2016. Kalau ada RM100,000 nak invest, ini yang akan saya beli. Hujung tahun nanti kita tengok prestasi saham ni macam mana.

Objektif portfolio ni adalah untuk cari saham yang perform sepanjang tahun 2016. Macam unit trust / ASB la. Masuk duit dan biar je. Dengan saham pun boleh buat macam tu cuma lebih fleksibel dengan pilihan saham.

Boleh tengok perbincangan tentang setiap saham dalam portfolio tu. Ada point-point dalam perbincangan yang membuatkan saya pilih saham-saham tersebut.

Sesiapa yang nak copy portfolio ni, silakan. Mungkin bukan RM100k, RM10k pun boleh.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

29 Comments

  • Fatin

    29 January, 2016 at 8:36 pm

    Saya pun active trader tapi sambil bekerja. Saham pilihan 2016 saya adalah MYEG, MPI & Kawan. High risk kalau beli saham murah buat masa sekarang sebab market tak menentu

  • Cetek

    28 January, 2016 at 2:57 am

    Pendapat saya…

    Kalau Invest dalam saham tanpa ada apa-apa titik peluh atau usaha yang mendatangkan banyakkkkkkk keuntungan tu HARAM… Ini saya namakan SAHARAM hehe… Akan tetapi, keuntungan ajaib pada had atau aras inflasi tahunan pada pendapat saya yang tersangat cetek can be considered as SAHALAL… Ideologi ini pula dikukuhkan selanjutnya bagi mereka yang melabur tanpa mengetahui risiko dan faktor-faktor asas seperti company profile and the fundamental well being. Tanpa pengetahuan informasi asas tapi penting, niat pelaburan mungkin terpesong tanpa sedar ke arah ‘menikam’ aka ‘menJUDI’… hehehe… betul tak Yang Arif? apa pendapat Yang Arif???

    Akan tetapi, jika Invest dalam saham dengan giat usaha yang berpeluh peluh titikan air mencari dan menganal pasti sesuatu kounter saham ke tahap yang boleh dianggap sebagai kerja harian i.e… DayTrader, maka besar kemungkinan keuntungan yang diperolehi boleh dianggap sebagai gaji atau ganjaran ‘from an educated and informed choice of’ pelaburan dan bukan hanya berdasarkan konsep “mari kita lihat sapa yang kena” atau “kejap takde… tiba-tiba ade” yakni RIBA semata-mata.

    Pendapat Yang Arif… Silakan…

    • Ariff

      28 January, 2016 at 10:29 pm

      Maaf. Tentang halal haram ni saya follow yang ahlinya sahaja. Syariah dan non-syariah stocks.

      Of course nak melabur dalam saham kena ada ilmu. Mustahil orang ada ilmu boleh end up profit. Maybe boleh lucky seround dua, last-last lebur.

      Terpulang pada Tuan nak klasifikasikan macam mana.

    • Ariff

      14 January, 2016 at 8:59 pm

      Sama je macam unit trust lain. Kalau fund manager tak perform, investment tak perform.

      Kalau nak compare jugak, tengok senarai daripada morning start & the edge (google). Tiap2 tahun ada ranking unit trust yang mereka keluarkan. Boleh rujuk tu

  • Taufik Mansor

    12 January, 2016 at 3:37 am

    Sekadar pandangan;

    Duit kertas/fiat itu debt. Nilainya bersandarkan confidence dan persepsi shj.

    Income Bank-bank di seluruh dunia adalah drpd deposit/savings dan loan beserta interest/bunga/upah yang kenakan pd rakyat mcm kita semua. Debt=money. Lebih byk loan yg kita buat, makin banyaklah duit bank. Itulah rangka sistem kewangan dunia dan Malaysia. Itulah hakikatnya.

    Debt malaysia sudah 55% dari GDP. Jepun, amerika hutangnya sudah lebih dari GDP.

    Emas hanyalah simpanan yg kalis inflasi. Bukanlah sangat pelaburan. Pelaburan emas hanyalah beli pd waktu harga murah dan jual balik pd waktu harga mahal utk ambil untung. Itu sahaja. Dan BUKAN dijanjikan income bulan2 spt pegasus, pak man telo dll.

    Jika harga emas jatuh, ini menandakan nilai matawang kertas dollar mengukuh. Jika dollar lemah, harga emas akan naik. Hubungan songsang di situ. ?

    Akhir kata, emas ni fungsinya SECURE nilai. Emas nilainya berdiri dgn sendiri mengikut berat emas tersebut.

    Saham dan matawang kertas bergantung pd persepsi dan confidence shj. Apapun, saham dpt ‘kembangkan’ duit jika saham ok. Emas dpt ‘selamatkan’ nilai duit.

    Salam.

  • emalin mohd

    10 January, 2016 at 5:06 pm

    Dulu-dulu ingat yang main saham ini untuk orang yang super duper kaya. Sebab ingatkan kena banyak cash baru boleh main saham. Rupanya tak kan? Cuma kena ada ilmu tapi cash kena ada juga..

  • kazam

    6 January, 2016 at 3:33 pm

    inilah cara yg paling mudah untuk mengenal apa itu saham…
    syabas Arif….kipidap… teruskan usaha murni ni…gerenti ada sambutan.

    kazam

  • haz

    6 January, 2016 at 12:21 pm

    Salam En Ariff,

    Saya merupakan “silent reader” En Ariff. Boleh tak saya nak tau dimana En Ariff belajar tentang indikator saham? Antara azam saya tahun 2016 adalah untuk masuk ke bidang saham. Kemungkinan saya beli dahulu IPO yang ada offer sekarang ini contoh Ranhill untuk sesi perkenalan sebelum beli saham secara online di bursa malaysia.

    • Ariff

      6 January, 2016 at 8:55 pm

      IPO bosan.

      Indikator tak perlu.

      Pergi kat laman i3investor tu, baca semua kaunter yang aktif. Banyak orang share fundamental analysis mereka dan ada yang betul2 bagus. Teknikal analisis yang guna indikator ni untuk short term trader sahaja. Bagi yang baru, cari saham yang bagus (fundamental) je. Beli, simpan dan tunggu quarter report.

  • cinet

    4 January, 2016 at 9:28 pm

    Suka entry mengenai saham. Setuju saham utk yg rajin membaca dan peka dgn info semasa. Yang malas baca mcm saya mmg terpinga pinga main saham..heheheu