Pictures In My Life (Part 3)

Dashboard MacBook. Paling penting suhu. Moscow siang pun dah 13, malam lagilah gila. Diorang cakap minggu nih salji turun. Mula menyampah dah. Kasut kotor, seluar kotor.

Aku tak beli iPhone 4 tu. Pinjam kawan bilik depan punya. Samsung Galaxy S vs iPhone 4? Aku lagi suka Galaxy S sebab nak jaga iPhone 4 leceh. Pengguna iPhone 4, pernah tak phone korang terjatuh atas jalan raya? Kalau pernah mesti bercalar kan.. Belum cerita lagi perasaan macam nak gila mengenangkan benda tu jatuh. Aku tak suka. Aku lasak, hidup kat Moscow ni nak cepat jer. Nak jaga telefon mahal macam tu yang sangat fragile adalah sesuatu yang menyusahkan hidup. Samsung Galaxy S aku dah berapa kali jatuh, boleh relax je.

Lagi satu kalau nak guna iPhone kena jailbreak nak dapat apps free. Beli tak mampu. Dulu beli sebab dapat iTunes credit yang murah, hackers dari China dapat hack iTunes store punya top up codes. 100USD credit dulu RM100 je. Ada yang lagi murah. Account aku hidup lagi sampai sekarang tak kena banned. Tapi sekarang takde dah credit murah tu. Samada jailbreak atau beli mahal-mahal. Aku tak suka jailbreak. Menyusahkan.

Magazine feveret masa kat Malaysia. Hari tu nampak versi Russia punya, bumper edition. Murah jer. Tak sampai 10 ringgit. Beli je lah saje buat belek-belek kat bilik. Bukannya nak baca sangat pun. Tengok ah sampai seru nanti aku baca.. Macam biasa magazine orang barat nih ‘menarik’ sikit. Hmm..

Buku rekod keputusan exam aku. Untuk semester lepas baru je tutup hari ni sebab aku baru settlekan satu repeat exam dengan lecturer tadi. Itu sebab aku agak diam sikit sejak sampai sini. Ada beban ni atas bahu. Nak main basketball pun tak boleh langsung. Alhamdulillah hari ni settle. Tengok cop fakulti (yang no. 7 tu) maksudnya exam untuk sesi lepas semua aku dah habiskan la.. Lega. Sekarang aku bebas.

oh.. untuk test minggu lepas dapat markah penuh tu.. giler ah. Tak sangka aku. Hari ni hari yang agak best =)

Hoodie baru. Bila hati dah gembira aku pergi shopping. Takdelah shopping mana pun, just aku suka reward diri aku ni dengan sesuatu yang baru kalau dapat achieve something.

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

31 Comments