PetronM – Kali Pertama Limit Up

Untuk yang tak biasa dengan term saham ni, limit up berlaku apabila saham mengalami kenaikan sehingga mencapai had yang dibenarkan oleh Bursa Malaysia dalam satu sesi urusniaga.

Bagi saham bukan IPO, limit up dia adalah pada kadar 30% untuk saham berharga lebih daripada RM1 dan 30 sen untuk kaunter saham kurang daripada RM1. Untuk saham IPO, limit up dia adalah 400%.

Dah beberapa kali saya nampak limit up ni berlaku kat pasaran saham, tapi tak pernah dapat ride sekali dengan kenaikan tersebut. Alhamdulillah, hari ni dapat merasa sekali.

Saham Petronm sebelum ni terkeluar daripada senarai syariah tapi baru-baru ni dimasukkan semula. Berikutan daripada prestasi kewangan yang baik dalam laporan suku tahunnya yang terbaru, saham ni dilihat sebagai deeply undervalued. Bila ini berlaku, pembeli membeli selagi harga kaunter ni masih berbaloi dengan nilainya sekarang.

Laporan kewangan keluar petang Rabu masa pasaran untuk hari tu dah ditutup. Khamis pagi, harga buka terus jadi RM5.62 dan jatuh sekejap ke RM5.30 sebelum ia terus naik sampai RM6.01 pada waktu pasaran ditutup. Saya dapat beli sikit pada harga RM5.40 walaupun masa tu dah gap 15% daripada harga ditutup sebelumnya.

Dan disebabkan saya masih di Italy hari ni, terpaksa bangun jam 2 pagi untuk beli saham ni. Nasib baik tak silap key in. Tak tau nak naik sampai berapa ni, harap esok limit up lagi sekali XD

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

9 Comments

Leave a Reply